Satu Jasad, Dua Personaliti
Sebenarnya aku sudah tidak mahu menulis perihal peribadi di dalam blog ini lagi. Tapi aku tidak lari dari perihal peribadi yang mana penuh dengan mainan minda dan emosi. Aku mula menulis pun selepas aku menerima impak yang hebat dalam hidup. Sebelum aku kecapi kebahagian, sebelum aku aku kecapi yang aku miliki kini dan sebelum aku pernah merasai menjadi seorang yang penuh keyakinan dalam hidup ini.
Dan ini mungkin ini adalah antara entri yang melibatkan perihal peribadi aku. Kalau korang perasan banyak entri-entri peribadi aku sudah aku buang dari pengkalan data blog ini. Tapi kali ini melibatkan keseluruhan hidup aku dan blog ini adalah sebenar-benarnya tempat aku mengadu. Apa yang aku maksudkan “satu jasad, dua personaliti“!?
Sebelum aku mengenali dunia tanpa sempadan ini (internet), watak asal (Faisal Amirul), hidup penuh dengan tekanan dan aku hampir berputus asa. Segalanya terasa gelap, dan aku sendiri pernah merasa tersisih dari kehidupan realiti ini yang penuh dengan pembohongan dan kepura-puraan.
Dan kerana itu aku telah mencipta watak ini (Megat), yang merubah keseluruhan hidup aku menjadi seorang yang penuh keyakinan. Sejak itu juga aku kenali dengan dunia blog. Panggilan Megat berasal dari panggilan sahabat baik sultan johor iaitu Pak Ya (Yahya Ismail) dan lebih membanggakan nama ini pernah disebut oleh sultan yang ketika itu aku cuba mendapatkan projek balak dengan bantuan Pak Ya.
Sejak itu aku begitu berkeyakinan dan hidup aku semakin terurus sehingga kini. Dari seorang yang hampir berputus asa hingga aku mampu lakukan segala-galanya. Terima kasih Pak Ya yang juga menjadi keluarga angkat aku sejak dari peristiwa itu. Hidup aku kembali ceria dan dunia ini terasa bercahaya hingga mampu menyuluh seluruh perjalanan hidup ini.
Apa yang aku miliki sekarang sebenarnya berlaku dalam dunia yang aku cipta sendiri. Aku tidak pura-pura tapi hanya mencari jalan untuk menyelamatkan diri aku dari dunia gelap ketika itu. Perubahan watak tersebut menyebabkan beberapa orang disekeliling aku terkejut dan tidak menyangka dengan apa yang aku miliki sekarang termasuk keluarga dan rakan-rakan kampung.
Tapi aku tak mampu untuk terus bertahan kerana kedua-dua watak tersebut tetap berada dalam satu jasad. Jasad aku kini tidak mampu untuk menyokong perjalanan watak asal dan watak ciptaan aku yang ingin mengejar cita-cita yang masih belum tercapai. Aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki tapi aku masih tertanya-tanya adalah aku mampu meneruskan segalanya!?
Aku tidak mengharapkan simpati tapi ingin berkongsi cerita yang mungkin suatu hari nanti manjadi rujukan atau kenangan kepada orang tersayang dan kepada yang mengenali diri ini. Setiap apa yang kita lakukan mungkin tidak menjadi perhatian ketika kita masih ada.
Ada perkara yang betul-betul yang membuatkan aku begitu emosi sehinggakan hidup aku tidak terurus. Apa yang aku takutkan selama ini bakal berlaku. Mungkin suatu hari nanti korang akan mengerti apa yang aku maksudkan.
June 12th, 2008 at 9:10 am
wow… aku tak sangka rupanya kau adalah seorang yang mempunyai multipersonaliti. hebat. kalau kau tahu mengawalnya.
aku kire mastermind alliance ko mesti tahap gaban kan?
Entri terakhir syam yang dikemaskini : Kenapa Kau Harus Elakkan Kegagalan
[Balas Komen]
June 12th, 2008 at 11:56 am
ko mmg hebat la . hehe :)
Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : EURO 2008 - Results : Czech Republic vs Portugal & Switzerland vs Turkey
[Balas Komen]
June 12th, 2008 at 2:37 pm
Tak salah punya dua personaliti yg mana kedua-duanya saling membantu memajukan diri. Tapi entri en megat ni banyak timbulkan persoalan pulak kpd saya,especially perenggan terakhir tu. Org sekeliling En Megat kena faham,dan bagi saya samada faisal atau megat,kedua-duanya insan yang sama.Punya fizikal dan hati yg tetap satu. All the best.Saya tahu En Megat mampu mengawal kedua-duanya.
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Bila Anak Berkata "Nak Itu…!"…..
[Balas Komen]
June 12th, 2008 at 3:23 pm
syam - sebelum ini mungkin. hebat atau tak aku rasa bukan persoalan tapi lama juga untuk merealisasikannya.
knizam - biasa jer. aku rasa ada ramai lagi yang lagi hebat!
shila - masih dalam satu jasad. sebelum ini mmg dpt kawal tapi setelah jasad tidak mengizinkan, rasanya semua konflik.
[Balas Komen]
June 13th, 2008 at 9:06 am
mana-mana watak pun, kau harus pilih satu untuk menjadi dominan. kalau tidak mungkin diri sendiri pun tak terkawal
[Balas Komen]
June 13th, 2008 at 11:43 am
azwan - aku faham maksud ko dan ia benar. sebenarnya aku dh tak kenali watak asal kerana selalu berselindung dalam watak ke 2. tq
[Balas Komen]
June 14th, 2008 at 3:13 am
jangan sampai ‘krisis identiti’…
Entri terakhir ladymariah yang dikemaskini : Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak
[Balas Komen]
June 14th, 2008 at 6:56 am
ladymariah - terima kasih atas nasihat. sy faham apa maksudnya. sy percaya ia tidak berlaku pada sy cuma jasad sy yg mampu membawa watak baru.
[Balas Komen]
June 14th, 2008 at 1:42 pm
megat.. teruskan menulis.. kitorang still baca apa yang kau tulis..
kadang-kadang, bila kita share pasal perihal hidup kita kat blog, ada orang yang akan bagi comment. dari situ kita akan lebih bersemangat.
tak semua orang ada kelebihan luahkan apa yang terpendam dengan lancar dari segi lisan. ada yang boleh meluahkannya melalui penulisan.. teruskan menulis.
:)
[Balas Komen]
June 14th, 2008 at 2:03 pm
ikoko aka azlina - terima kasih. lina antara orang terawal yang kenalkan sy mengenai dunia blog. Dan sudah pastinya sy akan terus menulis selagi hayat dikandung badan.
[Balas Komen]
June 21st, 2008 at 12:51 am
Betul tu kata Ikoko, saya pun rasa macam tu. Takpe Megat, berusaha utk lakukan yg terbaik.
Saya pun macam tu, sama mcm semua org, ada masalah. Tapi kena fikir, bukan diri kita je yg ada masalah, org lain pun. So, takde berat sgt kepala ni berfikir. Satu lagi, berkawan la dgn mana2 tok guru ke apa ke…minta ayat2 Al-Quran yg boleh diamalkan utk menghilangkan stress. Then, tambahkan doa…Insya-Allah akan selalu membantu :)
Entri terakhir kakeru yang dikemaskini : POSITIF yang membina KREATIF?
[Balas Komen]
June 21st, 2008 at 1:50 pm
kakeru - insya allah saya sedang lakukan sesuatu. terima kasih.
[Balas Komen]
June 23rd, 2008 at 6:44 pm
dwi personaliti..ehm. perkara itu sangat unik.
Entri terakhir titan yang dikemaskini : Look Of The Year - Online Beauty Contest
[Balas Komen]
June 24th, 2008 at 12:39 am
titan - dan ianya agak menyukarkan pada sesuatu ketika :(
[Balas Komen]