Sejauh Mana Aktiviti Sosial Mempengaruhi Kehidupan!?
Tidak dapat dinafikan aktiviti sosial memainkan peranan yang penting untuk membentuk komuniti yang memberikan kita banyak manfaat. Peranan yang dapat kita adaptasikan sebagai pegangan dalam hidup bermasyarakat.
Tiada aktiviti sosial menjadikan kau seorang yang sombong dan tidak menerima orang lain sebgai cara hidup. Terlalu penting juga untuk membentuk nilai-nilai murni dan juga pengalaman dalam menempuhi kehidupan secara berkumpulan.
Kebaikan yang kita boleh dapati dalam hidup bersosial terlalu banyak dan ianya boleh menjadikan seseorang itu lebih matang dan berfikiran terbuka. Perkara seperti inilah yang kita mahu dalam mencapai tahap moral hidup bermasyarakat yang tinggi.
Positifnya apabila kau bisa menerima pendapat orang lain. Menerima keadaan atau situasi orang lain yang mungkin tidak sama dengan kita. Menambah baikkan hubungan silaturrahim. Mengembangkan budaya bermasyarakat yang telah lama diamalkan oleh generasi terdahulu. Senang ianya satu perhargaan jika ada orang lain mengambil tahu mengenai kita.
Namun tidak dinafikan dalam kebaikan ada keburukannya, ini terpulang kepada cara kita mengendalikannya mahupun menguasai sesuatu keadaan. Sombong, hasad dengki, tidak menerima pendapatan orang lain, pentingkan diri sendiri dan sikap tidak ambil peduli adalah antara penyebab seseorang tidak tergolong dalam kelompok tersebut.
Jika ada orang seperti ini didalam komuniti. Bahayanya apabila ia seperti virus yang membiak secara senyap yang bekal meracuni orang lain supaya menjadi seperti busuk hati. Jangan jadi seseorang yang bodoh sombong kununnya kau boleh hidup tanpa orang lain. Apa faedahnya? Apa yang mereka dapat hasil darinya?
Apa yang boleh kita katakan disini ialah aktiviti sosial memang boleh mempengaruhi kehidupan kau dan aku. Terpulang kepada pendirian kau dan aku untuk menerimanya sebaik mungkin. Terima dengan ikhlas dan jujur. Jangan hanya tahu mengkritik orang lain tentang keburukannya malah kita patut mengajak mereka untuk menjadi sebahagian dari kehidupan sosial yang baik.
PS - akan dibincangkan topik ini dengan lebih detail… insya allah
Technorati Tags: sosial, moral, emosi, minda, komuniti
August 11th, 2008 at 12:38 am
Yang aku pasti, aku sudah tak sosial dulu sejak dah tak dudok kolej ni..
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 12:53 am
titan - kebanyakan bekas student akan rasa macam tu. seperti aku mula-mula keluar kolej dahulu. tapi hubungan sosial ini tidak hy tertumpu kepada golongan sebaya je. ramai lagi manusia yang berada disekitar kejiranan kita.
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 7:06 am
huhu.salam ziarah megat,kawan twitterku:)ahaks!
btol tu, dgn bersosial kita akan lebih open-minded:)tak gitu?
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 7:53 am
bagaimana kalau activity sosial dalam facebook ? hehe
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 8:07 am
aktiviti sosial ni biasanya akan mendewasakan dan mematangkan pemikian seseorg. cara pergaulan, tingkah laku dan sebgainya. hehehe.
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 12:29 pm
Kadang-kdang harus tahu juga cara sosial yang bagaimana.Bersosial memang bagus juga sebenarnya lebih2 lagi ia dapat mengajar kita siapa sebenarnya org di sekeliling kita…yang benar2 perlukan kta,atau sengaja mempergunakan kita…
Zaman sekarang ni penuh dengan manusia hipokrit dan tidak peka dengan keperluan org sekeliling mereka….
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 2:22 pm
sosial??
Aku masih lagi ditahap ini. Sebenarnya masih lagi bersosial untuk mendewasakan dan memperbaiki kehidupan aku.
Sukar orang seperti aku untuk berhenti bersosial..
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 5:34 pm
liyana - salam cik liyana. open minded penting untuk input dan output yang bagus.
knizam - tak kisah dalam apa jua keadaan. jika ada perhubungan dua hala demi kebaikan. cuma bezanya antara realiti atau maya eheh.
taukey - setuju. lbh mendewasakan kita dan menghadapi zaman dewasa akan datang. ia jua menjadi ukuran cepat atau lambat proses kematangan kita.
shila - manusia hipokrit adalah kategori yang tidak baik dlm perhubungan sosial kini. tapi kita haruslah tetap dengan sikap yang positif.
maen - jangan berhenti demi kebaikan. percayalah tentu ada keistimewaan nya.
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 9:55 pm
sekarang aku lebih suka menyendiri… entah mengapa aku pun tak tahu. hinggakan perempuan mengajak aku dating pun aku tolak mentah-mentah. aku lebih suka mengadap komputer dan layan internet. alamak… aku dah jadi internet addict. adusss
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 10:22 pm
syam - net addict hoho. perlu sosial utk jadikan pelengkap dlm hidup. jgn hingga kematian tiada yg ambil peduli mcm jiran aku.
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:29 pm
maksud aku sosial ni. Dah jarang sanga aku kuar dengan pempuan. Dulu rajin gak jalan sana sini..
Tapi sekarang, aku lebih prefer layan anime kat rumah dan buat kerja online. Kalau budak2 ni ajak kuar. Aku selalu lepak bowling atau futsal je..
Dah tak macam kat kolej dulu. Kul 3-4 pagi, kalau minyak keta tu masih ada. Jalannn…
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:44 pm
titan - yalah masih bersosial tapi tak lah sampai masa oranng tido pun berjalan lagi kan!? itu namanya pengalaman.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 5:47 pm
hehe..dulu la. sekarang dok dengan family. Malas aku bagi chance mak aku mengamuk tak tentu pasal..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:46 pm
setiap orang melalui proses kematangan dan kesedaran terhadap realiti yang berlaku disekitar kita sendiri.
ya lah dari merangkak hingga berjalan dan terus berlari, kini menerima perubahan di sekeliling kita pula. he3.
[Balas Komen]