Sejauh Mana Keburukan Internet!?

Sesuaikah tajuk entri kali ini? Tak kisahlah janji aku suka (wakaka). Erm… satu lagi entri berkisarkan ketagihan terhadap dunia tanpa sempadan, internet.

Internet memang dicipta untuk memudahkan perkhidmatan dari yang dilakukan secara tradisional kepada digital seperti kemudahan persidangan dalam talian, perbankan, urusan jual beli, e-surat, perkongsian fail, blog, jaringan sosial yang hebat antara kau dan kau dan banyak lagi. Ternyata ianya menjadikan semua kerja dilakukan dengan lebih mudah.

Apa yang menjadi isu apabila ianya dikaitkan dengan keburukan penggunaannya yang disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab seperti kes fitnah, hasutan, politik, gejala sosial dan macam-macam lagi. Penyebaran kes-kes seperti kes fitnah anwar, kes bunuh atlantuya dan serangan peribadi terhadap seseorang menyebabkan akan menjadi bertambah buruk apabila ada cerita yang ditokok tambah demi kepentingan orang lain atau motif tertentu seperti politik. Wajarkah perkara seperti ini berlaku?

Perkara seperti ini sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana ia bisa menjadi jalan mudah untuk menjatuhkan manusia lain dengan cepatnya penyebaran maklumat yang tidak betul. Ianya juga satu jenayah yang harus diperangi habis-habisan.

Sepatutnya ia menjadi jalan terbaik untuk kau dan aku menyampaikan maklumat yang berguna kepada orang ramai disamping menjana pendapatan. Ia juga boleh dijadikan saluran nasihat dan panduan untuk mereka yang memerlukannya hasil dari pengalaman dari mereka yang sebelumnya.

Technorati Tags: fitnah, , internet, politik,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

12 Responses to “Sejauh Mana Keburukan Internet!?”

  1. aidil kata :

    Au sokong ngan entri ko sebab aku pun tak suka orang manipulasikan internet sebagai membawa masalah kepada yang lain. Aku pun baru je dalam bogging ni tp rasanya dah banyak aku belajar ngan mentor aku macam mana boleh buat duit dengan blogging ni. Yang menjadi peliknya remaja sekarang ni kenapa suka menghabiskan waktu melayari internet yang tak senonoh sedangkan boleh buat duit dari internet Betul tak?

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    aidil - setuju. sebenarnya bergantung kepada pendedahan pertama mereka ketika mereka kenali dunia internet.

    [Balas Komen]

  3. aTiQah kata :

    Setuju jugak. Rasanya kena buat kelas ‘melayari internet dengan beretika’. Hmm…

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    atiqah - bukankah mereka katakan mahu adakan course blog di universiti!? eheh.

    [Balas Komen]

  5. Mohd Ismail kata :

    internet makin hari makin sama dengan real world… orang makin senang berkomunikasi, maklumat makin cepat sampai..

    jadinya, internet takleh nak jadi sesuatu yang 100% positif..laman porno hari ini lebih banyak dr laman ilmu sains…

    tetapi KITA yang melayari internet ini ada kebarangkalian utk menjadi positif.. =) didik anak2, adik2 kita tuk layari internet dgn lebih berhemah & jangan salah guna..

    [Balas Komen]

  6. topo kata :

    internet ni memang ‘jahat’…
    sekejap je aku dah boleh carik bahan utk asignment…hohoho

    [Balas Komen]

  7. alexi kata :

    Tenet niee kadang2 baik…kadang2 “Bengap”….n kadang2 teman mlm…Mujur gak laa ader internet niee…xder laa aku sorang2 jaga umh mlm2

    (Actually aku xleh tdo mlm…klau apply jd BATMAN…mmg cnfrim leh laaa)

    [Balas Komen]

  8. KNizam kata :

    setakat neh internet mmg membantu aku untuk cuti2 malaysia dan jalan2 carik makan. hehe dapat duit lagi. hehe :)

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    mael - setuju. pokok pangkal didikan dan pendedahan. alahai dalam realiti kehidupan, ada juga tersesat inikan pula dunia tanpa sempadan yang berada di depan mata hoho.

    topo - jahat!? ada ‘makna’ tu eheh. tapi bagus untuk cari info kan? dari cari kat library hohoho.

    alexi - hoho teman malam yang biasa tersesat :p .

    knizam - setuju. termasuk mencari balik rancangan yang terlepas di tv kan!? ;)

    [Balas Komen]

  10. chot kata :

    keburukan internet ni bg aku terpulang pd individu itu sendiri la…so far ni aku mmg menghargai internet dlm kehidupan aku..

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    chot - lebih menghargainya jika ianya dapat buat duit kan bro!? eheh

    [Balas Komen]

  12. aman kata :

    ramai yang salah gune..tapi ada yang wat duit pun cara salah..huhu

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.