Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 51

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, aku baru sahaja mendengar laungan kemerdekaan pada detik 12 malam tadi. Seraya itu aku sambut dengan rasa kesyukuran dimana kita masih berada dalam negara yang merdeka. Ini  juga bermakna negara telah masuk hari kemerdekaan yang menjadi sejarah sejak 51 tahun dahulu.

Harapan aku dan juga kau yang menyayangi suasana aman seperti sekarang ini, semoga aku dan kau dapat menikmati kemerdekaan negara selama-lamanya. Negara memang sudah merdeka dan termaktub perjanjian antara wakil negara terawal dengan wakil dari pihak british tatkala bendera Malayan Union diturunkan dari berkibarnya di tanah air kita.

Negara dah merdeka! Bagaimana pula dengan rakyat jelata yang tinggal di negara yang merdeka ini? Adakah mereka juga turut merdeka?

Perkara inilah yang menjadi persoalannya. Bagi aku semakin banyak kelemahan dan keburukan yang nyata aku dan kau boleh lihat pada masa kini. Bermacam-macam gejala, bermacam-macam trajedi, bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam propaganda dan bermacam-macam lagi (boleh guna ker ayat ni!? huhu).

Ketika aku dalam perjalanan balik ke kampung di Kota Tinggi, perasan perjalanan aku begitu lancar! Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kesesakan yang melampau terutama di Ulu Tiram dan jalan masuk ke Kota Tinggi. Dibenak aku timbul seribu persoalan, dimanakah manusia tempatan? Tidakkah mereka menyambut hari bersejarah ini?

Pendapat aku selagi fikiran dan jiwa individu itu sendiri tidak merdeka, maka masih banyak yang perlu diperbetulkan jika ingin negara kekal harmoni dan aman seperti sebelumnya. Jika tidak kau akan berada dalam bayangan sendiri dan sesalan di kemudian hari.

Bertindaklah selagi masih ada waktu. Ubahlah demi diri sendiri. Tekadkanlah untuk memajukan diri. Teruskanlah berusaha. Berpijaklah pada bumi yang nyata!

Bagaimana pendapatan kau dan kau pula?

Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51! Semoga apa yang kita miliki kini terus kekal, malah kau dan aku terus berjuang dengan penuh semangat patriotik demi agama, bangsa dan negara.

Technorati Tags: , malaysia, patriotik

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

11 Responses to “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 51”

  1. negaraku.net kata :

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 51 | MEGAT…

    “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, aku baru sahaja mendengar laungan kemerdekaan pada detik 12 malam tadi. Seraya itu aku sambut dengan rasa kesyukuran dimana kita masih berada dalam negara yang merdeka. Ini juga bermakna negara telah masuk hari kemerd…

  2. KNizam kata :

    marilah kita sama2 memperbaiki diri pasca merdeka 1957 dan sempena bulan ramadhan ini. hehe :)

    Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Have You Seen “Living Malaysian Hospitality (Malaysia Airlines Employee Advocates’ Blog)” ?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah dapatlah kita memperbaiki diri demi masa depan yang terjamin! semoga perubahan ini bakal menjadi sejarah untuk diri sendiri juga.

    ramadhan lain entri hoho :p

    [Balas Komen]

  3. slumbeR@J@ kata :

    salam kemerdekaan semua. boleh tahan jugak blog nie… kemas dan menarik

    anyone wanna exchange link? slumbeR@J@!

    Entri terakhir slumbeR@J@ yang dikemaskini : How to Learn English: Japanese Style

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam merdeka. terima kasih.

    kat blog aku ni sudah dipasang plugin kemaskini dari blog pengomen, kau komen dan kau dapat link ke blog secara automatik! ;)

    [Balas Komen]

  4. Richie kata :

    merdeka3!!
    sape dah dengar lagu oag tentang merdeka?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    merdeka!

    salam merdeka richie. semoga bertambah semangat untuk bersama dalam pembentukan negara.

    [Balas Komen]

  5. azwan kata :

    Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 51

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    selamat menyambutnya wan ;)

    [Balas Komen]

  6. titan kata :

    huhu. selamat merdeka. Walaupun aku belum bebas lagi merdeka dengan kebebasan kewangan dan kebebasan hidup bujang..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sekurang-kurangnya kau ada telah banyak peluang yang kau tak lepaskan. yang penting daya usaha ke arah kejayaan!

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.