Selamat Tinggal

Setelah selama beberapa tahun aku berhempas pulas mengembeling tenaga dan keringat serta mewujudkan ideologi baru di sana, akhirnya khidmat aku tidak diperlukan lagi. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tapi itulah hakikat yang perlu aku terima. Bisnes adalah bisnes, penuh dengan politik dan saingan.

Aku masih terganggu dengan keputusan syarikat sekarang dan beberapa syarikat IT yang lain. Aku perlu buat keputusan untuk menyertai salah satu dari mereka. Sama ada aku masih kekalkan di syarikat aku sekarang atau memilih untuk berkhidmat di syarikat baru. Ada beberapa kriteria yang aku fikirkan iaitu gaji, skop dan lokasi kerja.

Ya ada dua tiga syarikat yang menawarkan jawatan menarik kepada aku, cuma aku fikirkan berapa tawaran gaji yang mereka sanggup bayar aku! Sekurang-kurangnya mereka sanggup tawarkan dari 30% hingga 50% dari apa yang dapat sebelumnya.

Skop kerja juga penting, berbaloi dengan jawatan dan gaji yang bakal diterima. Bukan aku nak memilih tapi kita mesti ada prinsip dalam apa jua yang kita lakukan. Syarikat tidak boleh suka-suka memerah keringat dengan menyuruh melakukan kerja diluar skop kerja kita!

Memandangkan aku bukan bujang (tiada dara) dan belum kahwin LAGI (kuota 3 lagi wakaka) , maka agak susah untuk aku dilokasikan dimana-mana mengikut kehendak syarikat. Aku perlu buat keputusan untuk menetap di satu tempat supaya anak-anak aku tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Sebenarnya aku perlukan suasana tempat kerja baru dan skop kerja baru untuk mendapatkan pengalaman baru. Kepada rakan-rakan terima kasih kerana tak putus-putus memberi kata-kata semangat dan membantu dalam segala hal. Insya allah tuhan maha adil, rezeki boleh dicari.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

18 Responses to “Selamat Tinggal”

  1. azrn kata :

    ermm… so, hari ni hari last la keje eyh?
    huhuhu…semoga sukses di mana-mana.
    mmg betul, kat mana2 pon Tuhan dah bagi kita rezeki. cuma kita je kena usaha lebih!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih datink! Insya allah.

    [Balas Komen]

  2. Quantiera kata :

    Aku doakan agar kehidupan serta masa depan ko akan lebih baik dari yang sebelum ni. Biasanya itulah yang berlaku. Kesusahan itu akan berakhir dengan kesenangan.. Percayalah.. Cuma kena hadapi kesusahan itu dengan penuh KEIMANAN & KESABARAN.

    “SEBUAH KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN UNTUK SERIBU KEJAYAAN”

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih Quan! Insya allah everything will be OK.

    [Balas Komen]

    shutterspeaks Reply:

    nama quantiera nih macam ada dlm surat khabar je baru2 nihh

    [Balas Komen]

  3. Afzai Afandi kata :

    Sebaik aku on laptop aku…dapat satu offline mesej daripada ko dan tajuk postnya “Selamat Tinggal”. Dalam hati aku, biar betul megat ni..takkan dah tak nak berblog…rupanya2, tipah tertipu bang.

    Apapun keputusan yang ko buat, aku harapkan itu yg terbaik untuk ko dan family. Semoga terus cemerlang,gemilang,terbilang dan bukannya temberang :)

    [Balas Komen]

  4. mimi kata :

    ingatkan nak menghilang ke mane laa td…tetibe ucap selamat tinggal…hoho…selamat bertugas dan memerah keringat di mana-mana sahaja pilihan anda :)

    [Balas Komen]

  5. azlan a.raof kata :

    heheh den pun terkeno ingat nak pergi obersea ker hehe

    oo nak tukar kerja, buat lah keputusan dengan bijaksana

    jangan jadik macam aku dah tersepit, tak bleh nak kemana dah

    [Balas Komen]

  6. kita kata :

    ermmm..walaupun kita tak mengenali satu sama lain…aku tetap nak komen…kalau kita dah ada family sendiri memang setiap keputusan perlu fikir sedalam-dalamnya…yang penting fikir demi kebahagian keluarga kita..apa pun semoga succes

    [Balas Komen]

  7. shila kata :

    Semoga Megat dapat buat keputusan terbaik dengan menimbangkan rasionalnya sesuatu langkah yang diambil. Tempat baru,suasana baru dan skop kerja baru,mungkin memberi byk pengalaman baru kepada Megat nanti. Sebagai kwn,sy mendoakan terbaik.selamat maju jaya!

    [Balas Komen]

  8. Rjuna kata :

    Ceh aku ingat Selamat Tinggal..blog lah tadi, taktik mybloglog namanya nih hahaha

    Nasihat aku, jangan takut menimba pengalaman-pengalaman baru, lupakan hal syarikat lama dan fokuskan periuk nasi keluarga ko, jangan risau rezeki untuk anak insyallah ada

    Dewa-hidup adalah perjuangan

    [Balas Komen]

  9. azwanhadzree kata :

    kalau kau fikir pasal keluarge then pilih location first. tapi kan, tak semestinya syarikat tu tak akan hantar kau kemana-mana lepas ni.

    bila bab kerja ni, fikirkan yg mana kau lebih suka. sebab masa kita lebih di pejabat dari di rumah. kalau tak happy, nanti balik rumah macam mana pulak.

    [Balas Komen]

  10. Azhar Ahmad kata :

    Hummmm, masih blur2 lagi….

    [Balas Komen]

  11. Noorizam kata :

    buat kerja kerana minat.. duit tu jadikan soal kedua.. dengan minat mendalam duit akan datang terus menerus.. yakin dan tawakal

    [Balas Komen]

  12. shutterspeaks kata :

    yupp buat kerja kerana minat. pasal skop kerja nih… ssh nak cakap…

    cakap pasal lagi 3 tuh hehehe…. suker atie ko la baii…

    [Balas Komen]

  13. Cuti Rehat -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT kata :

    [...] yang rakan-rakan sedia maklum, aku sedang dalam proses untuk berpindah ke lokasi kerja yang baru memandangkan kontrak di syarikat [...]

  14. arelin kata :

    aip!!!…dah x kje kat mmhe g a?
    xpew..rzki ade dmne²..kn?
    do de besh erk..

    [Balas Komen]

  15. Megat kata :

    Doakan aku semoga berjaya menempuh alam kerja baru! Thanks

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.