Semakin Keliru

Semakin lama semakin sukar untuk aku kemaskini blog aku. Setiap kali aku berada di depan komputer dan ingin menulis, pasti aku temui jalan buntu. Sebenarnya aku seperti berada dalam keadaan keliru. Aku masih dalam keadaan tertekan dan semakin teruk!

Apa sebenarnya yang terjadi!?

Aku tak mampu untuk berfikir sewarasnya dan seolah-olah hilang keupayaan untuk membuat keputusan. Aku semakin hilang pertimbangan, tak tentu arah. Aku sentiasa rasa kepala aku ‘bengang’ dan hati aku berdebar-debar. Pergerakan dan keupayaan berfikir terasa amat perlahan.

Aku semakin terdesak untuk membuat sebarang keputusan. Terus terang aku tak mampu bertahan, banyak perkara yang terjadi. Banyak perkara yang berubah. Banyak perkara yang membuatkan aku buntu!

Ia seolah meresap ke dalam tubuh aku perlahan-lahan dan menjangkiti setiap organ yang berada dalam tubuh aku. Dan perlahan-lahan memusnahkan setiap fungsi-fungsi organ aku.

Banyak kali semasa memandu aku seperti hilang arah. Bila aku sedar aku berada di mana-mana sahaja. Lebih malang ia bukan tempat yang aku ingin tujui malah jauh tersasar destinasi dan jaraknya!

Apa sebenarnya yang harus lakukan!?

Aku tak pasti dan aku masih keliru. Persoalannya kepada siapa yang harus aku mengadu!? Siapa yang sudi mendengar masalah aku!? Aku terasa setiap orang di sekeliling aku seperti menjauhkan diri mereka dari aku dan sedang kertawakan aku. Malah isteri aku pun tak banyak membantu. Adakah ini hanya illusi!?

Ya allah ya tuhanku ya rabbi, aku mohon padamu tunjukkan aku hidayah dan berikan aku kekuatan untuk keluar dari jalan buntu ini… amin

Blog inilah yang sebenar-benarnya tempat aku meluahkan perasaan dan rakan-rakan di blog ini yang sering memberi semangat dan pandangan. Terima kasih yang sudi membantu!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

14 Responses to “Semakin Keliru”

  1. aria ayumi kata :

    God knows u are able to manage those barriers. so, be strong man… ;)

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    aria ayumi
    insya allah. thanks!

    [Balas Komen]

  3. Azhar Ahmad kata :

    Cik megat kena rilis tension tu… Jom pi tengaok wayang malam minggu ni….

    Rilis puas-puas, baru senin, perjalanan hormon menjadi ok…

    [Balas Komen]

  4. chot kata :

    lelaki ke strong beb..

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    azhar
    betul tu. aku perlu rilis tekanan aku. boleh juga kan ;)

    chot
    aku rasa ini bukan masalah aku strong atau tak tapi ia memang menekan aku sehingga aku jadi macam ni uhuhu

    [Balas Komen]

  6. Heartless Devilish kata :

    bro,
    sesekali u need someone to talk and he/she must be a good listener…
    just sembang dan bgtau apa dalam hati itu..
    release tension pun bagos.. tp takot tension itu datang kembali laks..
    then.. u need to say it out loud!!!
    just tell..and shoot…
    maybe dengan cara meluahkan isi itu..
    anda akan kembali normal dan yakin utk menghadapi hari yg akan datang..
    stay calm..stay focus..
    be strong.. and ganbatte!

    [Balas Komen]

  7. shila kata :

    En Megat,
    I think what u need most is someone to share the pain.. Well..susah sebenarnya utk kita cari somebody yg boleh rasa apa yg kita rasa.But at least u have to find one..
    Sometimes,wife/husband pun tak dapat bantu kita untuk menyelami masalah kita. Itu fakta yg mmg berlaku. Bukan sebab mereka tak layak/tak mampu mendengar,tapi krn mereka bukanlah insan yg sesuai utk mendengar luahan hati kita dalam sesetengah situasi yg melanda..
    And for sure u must have a good rest dan cuba luangkan masa utk hiburkn diri..i hope to hear that en megat dah berjaya atasi stress ni.Tapi sy pun sedih bila membaca artikel en megat yang satu ni…be strong,dude…sy tahu En Megat lebih dari mampu…..!

    [Balas Komen]

  8. Mohd Ismail kata :

    betul.. luangkan masa tuk hiburkan diri.. spend lebih masa dgn yg tersayang =) hehe..

    teruskan bercerita dgn isteri walaupun dia x banyak membantu.. teruskan cerita..

    [Balas Komen]

  9. kita kata :

    saya faham perasaan u megat..i pun selalu dilanda masalah dan dugaan but ia akan hilang bila tiba masanya nanti..so kita kena fikirkan yang posistif…dugaan dari Dia sentiasa berubah-berubah hari demi hari.Hari ini lain dugaan , esok , lain dugaan,Dia tidak akan meberi dugaan yang melampaui kemampuan seseorang.

    [Balas Komen]

  10. asuhara sue kata :

    ini semua dugaan kan…
    tapi saya pun rasa tak gembira bila tau en. megat masih dihimpit perasaan tak keruan nih.

    cuba-cubalah release tension tu, lepak la kat desaru tu ke….mana-mana ajelah tempat yang tenang…asalkan tak perlukan anda berfikir byk ketika mencuba untuk melepaskan tensi tu….

    luahkan perasaan pun perlu, kalau isteri mungkin bukan yang sesuai, carilah kawan lelaki lain yang boleh mendegar, tapi pada saya, luahan padaNya adalah yang terbaik, kerana Dia Maha Mendengar.

    Insya Allah, semoga en. megat terus tabah ya.
    Gambatte kudasaiiiiiiiiii

    Saya tunggu entri yang menggembirakan macam dolu-dolu yer!

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    heartless devilish
    saya sebenarnya sedang cuba selesaikan masalah ini secepat mungkin. thanks!

    shila
    benar. mungkin kerana orang yang terdekat dengan kita tidak melalui jalan yang sama :(

    mohd ismail
    sebenarnya memang itu salah satu jalannya. tapi ia masih tak dapat membantu.

    kita
    aku rasa macam tu. tapi apa yang aku risaukan mungkin ia bukan melibatkan tekanan yang biasa kita hadapi. seolah-olah ada sesuatu yang lain… aku masih tercari-cari!!??

    asuhara sue
    insya allah. saya sendiri inginkan ketenangan dan dapat menulis seperti sebelumnya.

    [Balas Komen]

  12. Afzai Afandi kata :

    kesian kat ngko megat.

    Pengalaman aku megat, bila aku diduga dgn perkara2 yg berat aku selalu membaca surah alwaqiah (peristiwa besar) and then selain itu aku akan selalu bersama sahabat sejati aku untuk menceritakan perkembangan seharian.

    [Balas Komen]

  13. rasso kata :

    kene reles stress tu bro… gi travel… nyelam ker? cuti2 mesia ker… ngeteh2 ker…

    [Balas Komen]

  14. Megat kata :

    afzai afandi
    aku sudah melakukan apa yang disaran agama kita. tetapi realitinya amat sukar dan aku masih dalam keadaan yang sama uhuhu

    rasso
    dalam perhatian eheh. thanks!

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.