Sultan Pahang Murka Dengan Penulis Blog
Sudah banyak artikel mengenai blog diperkatakan sehingga mewujudkan lebih banyak penulis yang berwibawa dan berkaliber. Sehinggakan mereka mampu untuk menjana pendapatan hasil dari penulisan bernas mereka.
Dengan sedikit kajian dan bukti tentang topik yang hendak ditulis mereka dapat hasilkan tulisan yang begitu memberangsangkan disamping dijadikan rujukan dan gedung ilmu untuk dikongsi bersama pembaca blognya.
Perlu diingatkan setiap perkara yang dicipta manusia itu sendiri ada kebaikan dan keburukannya termasuklah bidang penulisan blog. Kalau boleh kita mahukan semua perkara berlaku dalam keadaan baik dan berguna untuk semua orang.
“Jangan kita ikut halwa nafsu. Jangan kita memecahkan perpaduan orang kita iaitu orang melayu” titah baginda sultan pahang kepada pemberita.
Tetapi hari ini kita dikejutkan dengan kemurkaan sultan pahang tentang penulisan blog yang cuba memecahkan perpaduan orang melayu. Ini termasuklah kes-kes hasutan dan fitnah yang cuba meracuni fikiran orang melayu. Yang lebih memalukan apabila mereka lakukan sedemikian kerana tujuan politik termasuk fanatik kepada fahaman masing-masing.
Kenapa kita harus bersengketa antara kita? Bukankah kita hanya berbeza fahaman sahaja, bukan untuk meruntuhkan bangsa sendiri yang mana bangsa lain sedang memerhati kejatuhan bangsa kita. Fikirkanlah demi masa depan orang kita sendiri, bukan hanya kepentingan peribadi sahaja.
p/s teringat kata-kata cikgu di sekolah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” dan “jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga“.
July 15th, 2008 at 12:18 am
zaman dah berubah.. kita dah maju sekarang.. heh.
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 1:32 am
Erm.. semakin x paham dibuatnya.. huhu
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 2:16 am
kadang2 tgk orang2 politik kita mcm budak2 dapat ps2. tak kira siapa pun lawannya, depa tau nak menanggg jek.
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 4:53 am
adi - mungkin benar kata-kata dari iklan tu eheh tapi biarlah bertempat tidak melibatkan isu bangsa.
shida - akan datang akan jadi makin tak faham.
asuhara - a’ah seperti itulah. x nak mengaku kalah dah tu tak semena-mena bergaduh dan memburukkan masing-masing.
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 7:14 am
jap. sultan pahang baca blog rupenya..
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 9:02 am
titan - mungkin juga kot!?
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 1:03 pm
Politik ni kan, yang kawan boleh jadi kawan.
Bagus bagus kau menghasilkan artikel kat blog, luahkan pandangan, ada pulak pihak yg satu lagi tak setuju, dah cakap itu fitnah plak.
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 3:37 pm
wah.. bagus la tuh.. sultan pon ambik kisah pasal blog.. jangan tgk pada negatif je.. tgk gak positifnye…
pisau pemotong daging tuh berguna kalau kita nak potong daging ayam atau ikan.. tapi pisau tuh gak boleh digunakan senjata
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 4:27 pm
mazudi - itu baru adil. buat perkiraan dan perbandingan, baru boleh buat keputusan. tidaklah mereka membuta tuli membuat sesuatu keputusan kan!?
uncle g - setuju. wah bahasa tinggi nampak ekeke.
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 3:31 am
Kebiasaannya sultan ni menerima maklumat daripada orang keliling dia.. Yang jadi masalah bila sultan hanya dengar satu belah pihak sahaja.. Yang kata fitnah ni pun hanya satu belah sahaja juga (walau pun tak nafikan ada blog berunsur fitnah) tapi yang jelasnya maksud ungkapan di atas tu hanyalah ke pihak pembangkang semata-mata.
Sebenarnya kalau nak kira fitnah akhbar arus perdana lagi banyak fitnah (setuju atau tidak itulah fakta dan hakikatnya) begitu juga media elektronik pun banyak berita fitnah juga.
Jadi tidak adillah kalau tuju kepada penulis blog sahaja. bagaimana para editor akhbar yang melapor berita fitnah???
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 7:49 am
wan - setuju. rasanya kalau selain berita nyata, klu xde fitnah nampaknya paper tak laku kot!? ohoh. sbb tu kita kena adil. lihat dari segala sudut.
[Balas Komen]