Sumbangan Yang Ber’bau’ Politik!?
Terima kasih kepada warga Titan yang memberikan sumbangan ikhlas hasil dari derma kilat di antara pekerja-pekerja mereka. Aku bangga dengan cara kalian yang memberi bantuan walaupun aku bukan pekerja yang berkhidmat dengan kalian.
Tapi lain pula dengan sumbangan yang di war-warkan oleh pihak Yang Berhormat dan kuncu-kuncunya. Inilah perkara yang terjadi apabila sesuatu perkara di campur adukkan dan atas kepentingan sendiri. Apa yang aku nampak perancangan tentang sumbangan itu ber’bau’ politik! Ah… apa pula bakal berlaku selepas ini!?
Sampai bila aku nak tunggu? Dah lah dalam kesakitan tapi masih nak bersoal jawab dengan mereka dan mengikut rentak kau. Dia orang aku ini apa!? Nampak gayanya bertangguh lagilah sesi pembedahan aku untuk kali yang ke tiga. Secara tak langsung mengubah persepsi aku terhadap mereka yang membantu tapi bersyarat (politik).
Balik-balik minta persetujuan aku untuk masuk dalam artikel surat khabar. Apa cerita ni!? Kenapa? Nak tunjukkan yang kau bantu aku? Nak suruh orang lain tengok aku dapat bantuan dari kau!? Atau untuk kepentingan peribadi kau? Ah… persialkan! Aku nasihatkan kalau kau nak lakukan sesuatu perkara seperti ini biarlah ikhlas!
Yang nak dibedah adalah jasad aku, kenapa nak panjangkan isu!? Maaflah aku tak boleh terima bantuan seperti itu. Susah sangat aku tarik diri dari pertolongan mereka. Kalau macam tu punya perangai baik tak payah bantu!
Aku akan berusaha untuk mencari sumber sendiri dengan bantuan sahabat baik aku saudara Azam. Hari ini aku terlalu bengang (hangin satu badan) dengan cara kerja mereka. Jangan salahkan aku jika aku kurang ajar, aku ini manusia yang ada nyawa dan hati. Dan bukan boneka untuk kau permainan mengikut rentak kau.
Ini bukan entri menghasut tetapi ianya benar-benar berlaku ke atas aku!
July 31st, 2008 at 1:41 am
ishk2 …
ade2 je depa ni…
mmg slalu camtu pon. nak tayang org ramai apa yg diorg dah buat utk rakyat. diharap bersabar yea.
Tuhan akan menyebelahi orang yang benar & bersabar.
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 2:27 am
kalo dah nama ahli politik.. mmg macam tu la.. mcm aku penah tulis kat blog aku, ko kene pandang ahli politik sbg pelakon.. semua hebat2 blaka lakonan.. kalah pelakon hollywood.. kalo nak bg oscar, dari yg paling atas sampai la yg baru nak naik (tak kira kerajaan ke pembangkang) layak menang anugerah tuh..
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 8:16 am
finally u realize what is political all about…
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 9:07 am
nak menyumbang pun bersyarat. ’sumbang’ betul diorang ni.
bila operation ni sebenarnya? kau sudah bersedia?
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 1:17 pm
e’in - itulah kebenaran yang nyata dunia sekarang. kununnya kerana ihsan sesama manusia.
mrkay - mereka mungkin tak suka tengok wayang tapi mereka buat wayang uhuhu
momok - not talking about realize but dah jangka! tapi lebih baik dari mereka yang buat tak tahu jer uhuhu
azwanhadzree - nasib aku cepat bertindak! tak tahu lagi sehingga tunggu capai kosnya. aku mmg dh lama sedia dan dah tak tahan.
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 1:50 pm
diorang memana mcam itu..ape mereka tidak tahu ker,pahala mereka bukan dikira berdasarkan berapa banyak keluar masuk akhbar!!!
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 4:15 pm
xmindfreakx - tu la pasal. sungguh handal wayang yang dihasilkan mereka
[Balas Komen]
August 1st, 2008 at 11:06 am
kadang² bukan semua org yg buat tak tahu tu xmelihat & berfikir. kalo kita nk buat semua org faham tu susahla sbb kita pn kena sedar kita ni cukup memahami ker…
[Balas Komen]