Tahniah Misbun Sidek, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)
Kemenangan anak didiknya, Chong Wei di Sukan Olimpik yang lalu adalah antara kegigihan Misbun Sidek yang tak kenal penat lelah. Malah beliau sudah banyak berjasa kepada sukan negara yang semakin popular dunia iaitu sukan badminton.
Misbun Sidek, telah menerima bintang kebesaran kerajaan negeri Melaka iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk di Air Keroh, Melaka semalam.
Baca berita selanjutnya disini.
Aku lebih suka bercerita mengenai kegigihan dan bakti atau pengorbanan seseorang individu itu sendiri. Ini dapat membentuk psikologi dan semangat seseorang untuk terus mencapai kegemilangan bukan semata-mata mengharapkan balasan.
Kau juga perlu tahu, setiap jasa yang dikorbankan memerlukan penghargaan yang secara tak langsung membentuk psikologi seseorang menjadi lebih bersemangat dan membina matlamat baru yang lebih cemerlang!
Secara tak langsung dapat membentuk sahsiah diri seseorang individu itu sendiri sebagai penyemarak untuk terus memikirkan formula baru terhadap apa yang sedang dilakukan.
Berbeza jika berlaku disebaliknya, jika individu itu tidak dihargai. Mereka akan terus memberontak dan terus tertekan bukan hanya kepada apa yang berlaku disekitarnya malah sahsiah diri juga terganggu.
Aku rasa tak salah jika inisiatif seperti ini terus menjadi tren demi kecemerlangan bangsa dan negara. Rantaian perhubungan manusia juga menjadi seimbang.
Bukan membazir dengan inisiatif yang berfaedah dan tidak mendatangkan kebaikan pada agama, bangsa dan negara. Malah menjadikan seseorang lebih bongkak dan bangga diri.
Kesimpulannya setiap pengorbanan dan khidmat yang baik harus dibalas dengan suatu penghargaan agar dapat membina insividu yang cemerlang.
Technorati Tags: misbun sidek, bintang, psikologi, moral, chong wei, olimpik
August 28th, 2008 at 9:53 am
Tahniah Misbun Sidek, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) | MEGAT…
Kemenangan anak didiknya, Chong Wei di Sukan Olimpik yang lalu adalah antara kegigihan Misbun Sidek yang tak kenal penat lelah. Malah beliau sudah banyak berjasa kepada sukan negara yang semakin popular dunia iaitu sukan badminton….
August 28th, 2008 at 12:31 pm
aku agak kurang setuju dengan pendapat kau ni. kerana pemberian gelaran (x kira lah apa) masih tidak konsisten. kriteria2 nya masih tidak jelas. kenapa dia dapat dan dia ni pulak x dapat? soalan-soalan ni byk kali kita dengar.
contohnya, aku masih lagi tertanya-tanya kenapa diberikan datuk pada
- yang berlayar keliling dunia tu - tujuan nya untuk apa - duit yg dibelanjakan pun byk
- yg berenang merentasi apa ntah, aku tak ingat - itu pun kenapa, sebab dia boleh berenang.
dan jika Chong Wei dapat datuk, adakah selepas ini, semua pemenang di dalam future olympics akan mendapat yang sama?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 1:20 pm
aku rasa persoalan yg timbul sudah masuk topik lain dan aku cuma sampaikan asas kepada penghargaan tidak semestinya pangkat.
setuju dgn apa yg kau katakan tentang kriteria tapi kita boleh fikirkan secara global dimana yg terjadi di negara lain pun macam tu juga, cuma gelaran yg diberi berlainan.
itu tidak termasuk propaganda antara mereka.
[Balas Komen]
azwan Reply:
August 28th, 2008 at 9:48 pm
ya aku tau, lari topik sikit :)
tapi since you mentioned it, aku tambah-tambah ajelah. seronok tengok orang dapat datuk ni, tapi kekadang tu, is it worth it bagi?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 29th, 2008 at 12:12 am
xpe nnt aku buat entri lain pasal topik yg kau maksudkan. yalah sebelum pekena orang kena puji dulu, psikologi yang baik apa eheh.
tengok orang dapat seronok, klu sendiri dapat camner eh!? eheh. ada blogger pernah dapat pangkat datuk tak?
[Balas Komen]
mie89 Reply:
September 28th, 2008 at 5:57 am
pangkat Datuk diberi ats byk sbb kan..da yg melalui percalonan,sprt kategori smbgn kpd masyarakat..yela,kalo tdk…xda la aktivis yg dpt…nnti bl borang perncalonan dh buke…semua blogger,pakat2 plh blogger terbaik…mne la tau,dpt gak pangkat 2…
[Balas Komen]
August 28th, 2008 at 12:52 pm
bro sejujurnya kije ape skang? xkan men tenet je? ke jd pakar ceramah?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 1:22 pm
aku dok umah je, duit masuk dalam akaun camtu je dlm akaun. hu3.
aku tipu. he3.
sementara ni aku tak keje, aku masih dalam cuti sakit misteri. hu3.
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
August 28th, 2008 at 3:22 pm
ye kew. nape? diameter size seluar semakin naik ke bro? itu bukan sakit. itu bahagia nama nya.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Permasalah Perempuan
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 9:07 pm
hoho. tidak spt yg kau bayangkan!
biarlah ia menjadi misteri dahulu. doakan kesihatan aku sudahlah :p
[Balas Komen]
August 28th, 2008 at 1:25 pm
Bagus gaklaa dia dapat datuk.. nanti nak training dia taklah kekok panggil Datuk Chong Wei sebab dia pun dah boleh dipanggil Datuk Misbun.. aku kena tunggu ada cuculaa baru dapat gelaran..
Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 1:50 pm
yalah, lagi pun beliau coach chong wei mmg patut dapat nama juga.
aku tak nak datuk. aku nak terus tan sri huhu.
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
August 28th, 2008 at 9:05 pm
huhu. mmg gilaan pangkat. nasib akoo dah dapat TUN!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 9:14 pm
TUN apa? TUNgku dapur ka!? mwahaha.
[Balas Komen]
August 29th, 2008 at 12:11 am
yep. setiap orang ske diberi penghargaan tp kne la pk jugak spaya xmeninggi diri atau bongkak..
manusia ni mudah lalai dgn tiga TA.. wanita, harta, takhta..
renung2kn dan selamat beramal.. :P
Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : My server is on so what?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 29th, 2008 at 12:19 am
setuju. aku lebih suka tgk individu yang telah diberi penghargaan dan masih melakukan perkara yang sama seperti sebelum dapat pangkat.
insyaallah dekatkan diri kita dengan-NYA.
[Balas Komen]
August 29th, 2008 at 7:24 pm
Aku tak kisah.
Dah orang nak kasi, takkanlah nak tolak. Mak aku kata, rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.
Yang orang lain tak senang tu kenapa plak’kan?
Pedulik haper aku. Kalau aku jadi Chong Wei, aku terima dengan hati yang terbuka sebab bukan aku yang terhegeh-hegeh nakkan title datuk tuh.
Betul?
Ada yang setuju ngan aku?
Wahahahaha :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 29th, 2008 at 9:10 pm
aku setuju. bukan senang nak dapat eh? klu aku pun kebas je mwahaha.
[Balas Komen]
August 30th, 2008 at 2:23 am
hehe..last2 dua2 dapat datuk gak. :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 30th, 2008 at 5:18 am
yalah, itu yang sepatutnya. macam kita juga, klu kita berjaya kreditnya pegi kepada orang tua kita!
[Balas Komen]