Teamviewer, Selesaikan Masalah Komputer Dalam Talian

Semakin lama terjebak dalam dunia internet, semakin banyak perkara menarik yang dapat diketahui. Sungguh hebat penangan internet sehingga memudahkan segala keperluan dalam penggunaan komputer itu sendiri.

Kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia komputer dan internet mungkin sudah lali dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Yang menjadi masalah ialah kepada orang baru, yang masih terkial-kial untuk menimba ilmu. Lagi lah kepada pengguna pasif!

Kali ini aku ingin berkongsi mengenai aplikasi ringan dan mudah untuk mengawal (remote) dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Aplikasi berkenaan dikenali sebagai Teamviewer.

Memiliki dua versi iaitu versi penuh (full version) dan versi klien (quicksupport version).

Versi penuh dipasang ke atas komputer pengawal (remote) atau admin. Antara muka yang mudah dan ringkas serta memudahkan pemindahan fail. Fail yang melalui proses pemindahan juga cepat kerana fail-fail tersebut dikompres (compress) dahulu.

Versi klien pula untuk dipasang di komputer klien yang ada masalah supaya dapat disambung kepada komputer admin (remote). Tidak perlu dipasang dan failnya kecil.

Aplikasi ini memudahkan lagi proses melihat masalah yang terjadi kepada sesebuah komputer lain melalui talian. Sesuai untuk kegunaan seseorang yang berilmu mengenai komputer untuk menyelesaikan masalah ke atas komputer yang dikawal (komputer yang bermasalah).

Dan yang paling menarik ianya menggunakan platform web dan bukannya seperti aplikasi yang lain. Ianya selamat kerana masih dilindungi oleh firewall. Tidak perlu mengetahui maklumat talian pengguna hanya mengunakan ID dan katalaluan yang akan diberi secara automatik.

Admin perlu tahu ID dan katalaluan dari klien dan kemudian terus dapat disambung. Mudah dan ringkas!

Aplikasi ini percuma untuk kegunaan peribadi. Selamat mencuba!

Kredit kepada Odin.

Technorati Tags: teamviewer, perisian, software,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

39 Responses to “Teamviewer, Selesaikan Masalah Komputer Dalam Talian”

  1. negaraku.net kata :

    Teamviewer, Selesaikan Masalah Komputer Dalam Talian | MEGAT…

    Kali ini aku ingin berkongsi mengenai aplikasi ringan dan mudah untuk mengawal (remote) dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Aplikasi berkenaan dikenali sebagai Teamviewer….

  2. kita kata :

    fuhhh menarik gak….nanti nak cuba erk…sesuai untuk mereka yang berkerja di bahagian support it

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya betul, eheh.

    [Balas Komen]

  3. zamz kata :

    mcm aku je tu pengguna pasif..kalau tak pun tau guna je lain2 tak tau hehe

    Entri terakhir zamz yang dikemaskini : Liverpool vs Manchester United

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    lama-lama pasti ada perkembangan ;)

    [Balas Komen]

  4. KNizam kata :

    dia pakai concept client-server relationship ni.
    mcm sap la plaks. ahaks :)

    Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Taufan Ike Mula Melanda Texas Dengan Kelajuan Angin = 178km/j !

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    lebih kurang la zam. kau bermain dengan sap ke!?

    [Balas Komen]

    KNizam Reply:

    yep ada la dalam 5 tahun bergelumang dengan sap neh.
    tapi bro azwan lagi terer la. hehe

    Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Taufan Ike Mula Melanda Texas Dengan Kelajuan Angin = 178km/j !

    [Balas Komen]

    Extremist Thinker Reply:

    korunk berdua mmg terer. ptt la kaki belogz. huuu. respek.

    [Balas Komen]

    Extremist Thinker Reply:

    lupa nk aktifkan –> Benarkan CommentLuv menayangkan kemaskini dari blog anda! hehe.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sayang klu x aktifkan. rugi trafik hoho :p

    Megat Reply:

    terer hoho.
    xde lah masih belajar mengenali dunia ni.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    yap, aku difahamkan macam tu juga.
    korang mesti lagi pakar dalam sap.

    aku baru nak berkecimpung.
    boleh la beri tunjuk ajar ;)

    [Balas Komen]

  5. titan kata :

    macam ni pun ada gak ker? hai..tenet oh tenet..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mesti ada punya. memudahkan.

    [Balas Komen]

  6. zool kata :

    Aku dah lama tak ikut perkembangan teknologi komputer nie..
    Tapi baguslah info ko ni,,..
    Boleh aku apply dalam keje..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya, sesambil ronda-ronda dan mencari sesuatu yang berguna terjumpa benda-benda camni dan terus aku kongsi disini. mana tahu ada rakan-rakan lain memerlukannya juga eheh.

    [Balas Komen]

  7. |1f34|-|1r3 kata :

    kat opis aku ada gak lebih kurang menatang ni…bila dia web based…menyenangkan kije ko..ko xyah nak setting firewall n router ko untuk port forward port2 specific cam p2p…senang utk orang yg kurang paham psl network2 ni…

    Entri terakhir |1f34|-|1r3 yang dikemaskini : Update on Negaraku! Break Fast

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya betul! itu yg aku maksudkan kesukaean utk setting firewall dan router.
    sebelum ni aku guna VNC, skang ni pakai aplikasi ni cam senang utk troubleshoot masalah mudah.

    klu nk masuk server klien takleh la eheh :p

    [Balas Komen]

  8. is150 kata :

    hmm… dua-dua pc kena di’on’ kan…. bagus gak.. boleh buat kerja-kerja opis kat rumah…

    Entri terakhir is150 yang dikemaskini : Poning

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya betul. dan lebih seronok jika network laju eheh.

    [Balas Komen]

  9. Kujie kata :

    Betul tu saya sokong…tapi kita juga kena filter sendiri lambakkan maklumat yang diterima…kadang² jadi keliru..hehehe

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    apa pun kak, ianya perlu fikiran kedua tanpa terus membuat keputusan atas satu sumber untuk elak kekeliruan.

    [Balas Komen]

  10. Extremist Thinker kata :

    aik… akoo update benda len. ko pegi terjah komen benda len. hehe. review2 camtue akoo selit2 je bro. satu lg LHC tue. selit2 gak. saje nk dpt hits :p

    Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    eheh. kekadang pembaca tak tengok pada entri yg diupdate tp mencari entri yang seronok dibaca.

    sebab tu nak kena tahu kehendak pembaca. macam kekalkan kextreaman fikiran kau pasti berbaloi huhu.

    [Balas Komen]

    Extremist Thinker Reply:

    macam tue plak. akoo reveal diri akoo xnk komen ke :p haha. ntah. susah ma nk wat artikel benda fact. lg pun gmbr proton dlm bangunan sbnr xleh amek. huhu. terikat ngan law. kalo atas jalan xpe la. lalallala!

    Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ooo ada reveal eh? ingatkan tipu hoho.
    xpe nnt aku tgk eheh.

    [Balas Komen]

  11. Constantin kata :

    Megat,

    thanks for your post on TeamViewer from the TeamViewer crew in Germany!

    If you need any further information about TeamViewer please contact me. Here´s our feed: http://feeds.teamviewer.com/company/newsfeed.aspx for further news about TeamViewer.

    All the best,
    Constantin

    Entri terakhir Constantin yang dikemaskini : TeamViewer Manager 3.0.503

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    constantin,

    it is my honor to promote this software as it is very useful to me. i hope that your product could be more useful and at the same time your future could be more successfully.

    thanks visiting my blog also.

    [Balas Komen]

  12. Extremist Thinker kata :

    huyooo. orang ah sing masuk belog uncle. uncle bila operate? diz week ke?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    x jadi ET. lepas raya. kali ni stay lama skit kat spital tu. jadi tunggu lepas raya lah.

    [Balas Komen]

  13. Extremist Thinker kata :

    slmt hari raya uncle.

    [Balas Komen]

    aisyahkama Reply:

    selamat hari raya jugak uncle ( errk… ikut ape yg ET panggil) =)

    Entri terakhir aisyahkama yang dikemaskini : Trend Perempuan Cantik Malaya

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    musykil betul tgk korang la huhu

    [Balas Komen]

  14. adi kata :

    sgt berguna ni. x perlu pegi pc org len nak betulkan prob diorg

    Entri terakhir adi yang dikemaskini : Wanna Try Some Pussy?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    yup. x perlu sesusah nak setting network security.

    [Balas Komen]

  15. wazy kata :

    Aku dah gune team viewer ni..setakat ni alhamdulillah..semua masalah komputer member2-member aku dapat di selesaikan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    klu guna streamyx aku rasa mmg xde masalah. klu guna 3G mmg bermasalah huhu.

    [Balas Komen]

  16. ichst kata :

    knpa ya dr program ini teman sya bsa tau klao saya chatingan ma orng laen,trus cranya biar sya jga bisa liat itu bagaimana
    dan caranya hapus gmn????????????

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.