Tekanan, Stress

Dalam era kemodenan ini manusia semakin dihimpit dengan pelbagai masalah yang semakin merumitkan keadaan individu. Semakin mengejar untuk mendapatkan keselesaan hidup dan kemewahan sehingga sanggup melupakan tentang keadaan kesihatan diri sendiri.
Sebenarnya perkara ini telah banyak kali dibincangkan dan menjadi topik hangat pada masa ini. Tanpa disedari manusia semakin menjadi tidak tenteram, semakin tidak mesra, semakin kurang bijak mengendalikan hidup sendiri, pentingkan diri sendiri, bosan dengan hidup dan macam-macam masalah yang hanya disebabkan tekanan hidup atau lebih dikenali stress!
Bagaimana ianya berlaku dan apakah puncanya!?
Ada beberapa kemungkinan besar yang menyebabkan stress boleh berlaku kepada seseorang individu. Dan jika ia tidak dapat ditangani dengan bijaksana maka akan menjadi bertambah kronik dan bisa terjadi perkara yang lebih buruk dan diluar kawalan kita.
Antara punca utama stress adalah keadaan persekitaran yang tak serasi dengan penerimaan tubuh badan individu, tekanan yang datang dari pihak lain dan melakukan perkara-perkara yang diluar kemampuan.
Apakah tanda-tanda tekanan atau stress!?
Sama ada anda perasan atau tidak, terdapat beberapa tanda-tanda apabila seseorang itu telah berada dalam keadaan tertekan atau stress yang agak berat. Penting untuk kita mengetahui jika seseorang individu berada dalam keadaan stress kerana jika dikesan lebih awal dapat kita atasinya dan mengesan puncanya lebih awal.
Seseorang itu berada dalam stress yang agak tinggi apabila mereka sukar mebuat keputusan, sukar mengawal emosi, penolakan pendapat, hilang kepercayaan dan tidak tenteram. Jika semakin dibiarkan ia bisa menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan jantung.
* Artikel ada sangkut paut dengan pengalaman penulis sebelum ini dan penulis sedang berusaha untuk mengatasinya.
* Topik akan datang “Tekanan, Cara Mengatasinya”.
May 5th, 2008 at 9:47 am
slm bro,
waa siap ada sangkut paut ngan ko lagi tu,hehehe..:) akupun kekadang stress gak tapi kebanyakan masa pasal kerjalah..tapi biasanya aku lepaskan dengan berfutsal jela,huhu..bila aku penat, biasanya aku tak stress sangat sbb otak aku penat..:)
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 10:16 am
ai bro!!
anda stress???? hehe..
nak terapi yg pling mujarab???ngege..
MENJERIT shj!!! nakw at 2 pun kne ngOk tmpt gakk.haha..
normal r..kdg2 kite stress wat kjew nie..kn…
p/s: ingt kite g x???arelin dak prac dlu 2..hehe..
kumen la [fotopages] kite…hehe
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 10:36 am
acai -
mungkin setiap orang punyai cara pendekatan menangani yang berbeza-beza.
arelin
abg ingat lagi, lin praktikal kan!? betul menjerit salah satu jalannya tapi ia lebih bersifat sementara.
p/s : insya allah abg singgah fotopages arelin ;)
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 11:19 am
megat…kne pandai kwl stress bro. klu tak penyakit dtg. nnt mati muda :p
cr yg paling mudah n aku slalu praktikan, mulakan hari anda dgn senyuman. bangun pagi pandang cermin dan senyum pd diri sendiri. berkesan…heheheheh :D
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 11:55 am
serious…. kalo strees better take time to could down. mcm sy akan mandi dan duduk atas kerusi pastu pk balik utk solution. apa2 pun mesti kawal diri bro ek… =)
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 1:02 pm
Ubat yang paling mujarab untuk mengatasi stress bagi kita umat islam ialah dengan membaca Alquran dan zikkrullah..cubalah..
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 1:44 pm
urmm…
semua org akan mengalami stress. Kronik tak kronik je. tunjuk je tak tunjuk je diorang tu.
Tapi apep0n, yg penting kena pandai kawal mental and emosi bila stress.
Jgn cpt naik tangan. Jgn jadikan brg2 mangsa lemparan. hihi…
risaw gak stress-stress ni. hurmm~
[Balas Komen]
May 5th, 2008 at 1:59 pm
Sy stress jugak skrg.Baguslah kebetulan en megat kuarkan artikel ni.Stress pun dtg bila apa yg kita expect tak blaku.Atau terlalu mengharap dan ianya tak tjadi.Stress juga bg sy melangkaui soal keupayaan diri dlm mencapai suatu tekad/goals for life. Stress jugak dtg bila kita terlampau fikirkan masalah/badn terlalu penat bekerja.Stress bg sy terlalu sinonim dgn kebahagiaan.Mungkin bila kita ada jln kluar utk membatasi emosi kita,maka kita akan mula lupakan masalah.Dan bila keterlupaan itu kekal,maka stress akan berlalu.Tapi kesihatan pun kena jaga.Hmm…sorry la merepek.Tapi sy skrg pun baru kuar wad disebabkan stress…so tak ada jalan keluar selagi kita tak berani utk hadapi masalah…Anyway..take care,en megat. Jgn sampai warded disebabkan stress macam saya ni.Huhuhuu…
[Balas Komen]
May 6th, 2008 at 4:28 am
so far ni..stress yg aku hadapi boleh dikawal lg…Alhamdulillah..
[Balas Komen]
May 6th, 2008 at 12:06 pm
perghhhhhh horrornyer gambar dia. hehe :)
[Balas Komen]
May 7th, 2008 at 12:09 am
expresso concentrate sangat yer…style masuk urat terus ni… best siot..
[Balas Komen]
May 8th, 2008 at 1:15 am
paling mudah nak lepaskan stress ni dgn tarik nafas dalam2 dan lepaskan….
ketawa pun ok, kalau ikut motivator osman affan, ketawa sambil goyang2kan bahu boleh release stress….insya Allah.. walaupun bersifat sementara, sekurang2nya dapat tenangkan hati sekejap….
[Balas Komen]
May 8th, 2008 at 5:45 am
stress…semua orang stress…ade yang kata amek wudhu’.solat..ade yang kata bwak keta laju2…ade yang kata,shopping(heh..tambah stress actually)..ade yang kata merokok…aku?ntah la…main game kot…
[Balas Komen]
May 8th, 2008 at 6:17 am
syam, ahib, reen, e’in, shila, chot, knizam, am, asuhara, xmindfreak
alhamdulillah ramai amik berat juga ya! terma kasih kpd rakan2 semua. aku amik sebarang ko
mentar disini sbg panduan.
[Balas Komen]
May 8th, 2008 at 10:13 am
bukan mudah menangani stress jika kita sendiri tidak tahu apa nak buat. stress boleh diatasi, hanya kena tahu caranya.
blogging aku adalah antara cara aku menghilangkan stress, selain membaca komik, main game … ha..ha.. macam budak-budak pulak.
[Balas Komen]
May 9th, 2008 at 1:09 pm
azwanhadzree
betul & setuju. aku punyai pendapat yang sama. blog salah satu cara utk aku lari dari stress!
klu dh memang itu caranya utk hilangkan stress bukan bebudak tapi langkah yang baik.
[Balas Komen]
May 18th, 2008 at 8:08 am
tidakla sampai stress. Tulis je apa2. takdela stress. Orang yg stress tu tak betul skit tuh..
[Balas Komen]
June 2nd, 2008 at 8:56 pm
petua org tua2..minum air masa banyak2 kalo nk kurangkan stress…cubalah
[Balas Komen]
July 23rd, 2008 at 8:36 am
sklo stress mkn lh ais krim n sntiasa senyum..k
[Balas Komen]
July 25th, 2008 at 7:06 am
lau xmau stress jgn fkir2 pa2,huhuhu….:)
[Balas Komen]