Tema Indah Wordpress (WP)
Dalam dunia blog, tema atau theme memainkan peranan penting untuk menceriakan blog masing-masing. Tiada tema untuk sesuatu blog bermakna ia kelihatan lesu atau pucat tanpa hiasan. Tema blog juga melambangkan identiti seseorang blogger itu sendiri.
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan hos percuma (free hosting), tiada masalah. Biasanya pihak yang menyediakan hos percuma telah menyediakan tema-tema menarik untuk kegunaan para blog seperti blogmas, wordpress, blogger, blogspot, blogdrive dan banyak lagi.
Bagi mereka yang menggunakan domain dan hos berbayar, terpaksalah membuat beberapa langkah untuk memasang tema ke dalam blog mereka. Kelebihannya mereka dapat customise sendiri mengikut kehendak atau mereka-reka tema untuk blog mereka sendiri. Mereka boleh mengunakan pelbagai platform yang disediakan seperti wordpress.
Aku sebenarnya teringin untuk memiliki tema untuk blog aku sendiri. Tapi dah beberapa kali aku cuba namun masih gagal untuk mendapatkan clean koding. Dan aku masih memahamkan konsep relationship antara template-template dalam mereka tema uhuhu. Sudilah kiranya untuk membantu.
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Tuesday, December 11th, 2007 at 10:01 am dan dibawah kategori Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag Tags: blog, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins, tema. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
December 11th, 2007 at 10:55 am
tapi kalau ko gali betul2 pakai google kau akan dapat theme yang kau cari..aku pun belajar juga memahami coding2 terutama dlm css.tapi aku kalah
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 12:21 am
klu aku buat tempalte kosong pakai tylesheet (CSS) aku pass. bila aku masuk koding tuk isi, gagal uhuhu
[Balas Komen]
December 11th, 2007 at 11:20 am
Lisa pun masih belum pass nak buat theme canggih2, setakat theme kanak-kanak riang tu pass laa..
Tak pe gali lagi sampai jumpa.. ganbate!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 12:26 am
insya allah kita sama-sama share ilmu. apa salahnya kita upgrade org kita sendiri eheh
[Balas Komen]
December 11th, 2007 at 12:27 pm
ko boleh belaja dgn melihat coding theme2 yg ade.. tiru sket2 pun takpe.. hehe
[Balas Komen]
Fahmishah Reply:
December 11th, 2007 at 4:00 pm
kadang2 aku malas nak create aku rip terus.hahaha
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 12:52 am
sebelum ni memang buat camtu pun shah ehehe. tp rasanya nak memiliki identiti & citarasa sendiri eheh
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 12:31 am
aku cuba juga tp rasanya x capai dengan apa yang aku nak. aku suka theme cam ko ariff, simple jer. lagi menarik klu ada widget eheh
[Balas Komen]
December 12th, 2007 at 1:52 am
aku lagi la failed bab2 mcm ni…tahu guna yg sedia ada je..
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 2:57 am
tak pe sama cam aku. nanti kita sama-sama belajar untuk menguasai koding tersebut.
sebenarnya banyak masa untuk hadap koding dan design theme uhuhu.
[Balas Komen]
December 12th, 2007 at 2:53 am
i bought a new domain name already, but donno how to host it in wp or blogger -.-
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 12th, 2007 at 3:25 am
u must make a choice! WP or Blogger!? if u ask, of course i suggest u to choose WP eheh. u can configure the domain at admin area in wp kot!!??
[Balas Komen]
December 12th, 2007 at 11:45 am
Hoho.. Teringin jugak rasa dihati nak buat Theme WP sendiri tetapi masa cukup mencemburui.. :lol:
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 13th, 2007 at 1:20 am
Eheh… tau tak pe. Dah buat separuh pastu tinggal. Masa mmg mencemburui kita
[Balas Komen]
December 12th, 2007 at 5:16 pm
Themes 3 column menjdi kegemaranku. Terutamanya sidebar di kiri dan kanan. setakat menggodek yang basic2 tu..macam colour, size dn seangkatannya…bolehler, tapi kalau nak buat themes hampeh ler!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 13th, 2007 at 1:22 am
Kalau dok perati time awal-awal terlibat dlm WP dulu, tak banyak pilihan. Tapi skang ni dh macam-macam rupa bentuk theme uhuhu
[Balas Komen]
December 12th, 2007 at 7:54 pm
good luck bro!
cuba cari e-book “html dog”, aku belajar sampai menjadi macam skarang, yang pasal code untuk wordpress tu boleh ambil dari theme lain.. just amik function dia je.
;)
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 13th, 2007 at 1:24 am
thank for the info! nanti aku cari dan cuba menguasainya ;)
[Balas Komen]
December 13th, 2007 at 9:54 am
seriously, just baca buku tu je.. reference xhtml dan css semua lengkap.. english xdehal kan? buku tu banyak bagitau kekurangan dan kelebihan sesetengah kod dan kod apa yang tak patut digunakan..
sebelum tu dia ajar kenapa xhtml bukan html.. fully recommend by me! :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 14th, 2007 at 12:09 am
thanks for the recommendation. :)
[Balas Komen]