Teraniaya Oleh Sindiket Dadah.
Kasihan melihat kejadian sebegini berlaku ke atas orang kita. Taktik terbaru sindiket dadah ini terlalu bahaya dan licik sehingga menyebabkan orang lain yang tidak berdosa malah tidak tahu apa-apa tentangnya teraniaya!
Bangsat! Perkataan yang layak untuk mereka mempergunakan kesusahan orang lain atas kepentingan diri sendiri. Berita-berita yang disiarkan satu demi satu seolah-olah memberitahu bahawa perkara ini menjadi semakin serius dan parah. Lebih malang apabila mereka yang teraniaya terlibat dalam kes antarabangsa!
Orang kita pula satu perangai juga, mudah terpedaya dan dipengaruhi dengan janji-janji manis. Dah terkena pada batang hidung sendiri, baru nak gelabah. Kes terbaru melibatkan seorang wanita yang sudah bersuami dan cacat tulang belakangnya.
Apa yang telah berlaku? Aku tak nak ungkai topologi-topologii kejadian aniaya seperti ini disini tetapi apa yang aku titik beratkan adalah dimana mentaliti orang kita masih terikat dengan janji-janji manis dan kemewahan. Pantang dijanjikan dengan hadiah mewah, terus buat keputusan untuk menerimanya.
Anda perlu ingat dalam dunia moden sekarang ini, dunia dipenuhi orang-orang yang terdesak dengan hidup mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri. Jangan kata di peringkat antarabangsa malah di peringkat kebangsaan pun sama. Macam-macam wayang dan taktik mereka gunakan untuk mendapatkan sesuatu untuk mereka sendiri.
Puncanya!? Bodoh sombong! Itulah isu yang sebenarnya yang aku hendak sampaikan disini apabila mereka terlibat dengan kes sebegini. Tak perlu kita salahkan sindiket tersebut sahaja tetapi tanya diri sendiri dimana tahap kesedaran dan penerimaan tentang sesuatu perkara.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
Padahal perumpamaan seperti ini telah menjadi budaya kita sejak dari generasi ke generasi. Tetapi atas sikap tamak sendiri maka anda terjerumus dalam hal-hal parah seperti ini.
May 30th, 2008 at 3:41 am
knapa la kaum wanita selalu tertipu yek?
Entri terakhir chot yang dikemaskini : Subaru Impreza WRC2008 rally car
[Balas Komen]
May 30th, 2008 at 1:15 pm
aku pon kekadang sian gak..
tapi nak sangat duit..
apa bleh wat..
Entri terakhir menteil yang dikemaskini : Muka Ketat
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 12:19 am
ermmmmmm silap orang kita jugak….terlalu mengejar kemewahan sehingga lupa dengan tipu helah orang .
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 1:21 am
Inilah jadinya kalau nafsu lebih mengawal dari akal kita. Zaman sekarang ni macam2 taktik yang org lakukan untu kepentinga diri.So kenalah berwaspada…
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Bagaimana Harus Ku Terima Takdir?
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 2:03 am
aah, kaum wanita mmg senang kena tipu. kaum lelaki pula selalu menipu. skrang ni, zaman utk mengejar kemewahan. Lagi-lagi yg jenis x pernah pegang duit byk atau peluang lebih.
ayah saya ajar, kena rajin buat siasatan kalau berkenaan dgn duit. mana mungkin org skrang nk bagi duit/hadiah lumayan dgn duduk saja.
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 6:05 am
pompuan punya 1 akal, 9 nafsu…tu sebab mereka mudah terpengaruh
tapi bukan salah pompuan samata-mata. lelaki punya 9 akal, 1 nafsu patutnya membimbing pompuan. ayah, suami, abang, adik lelaki, anak lelaki perlu ambil peranan.
Entri terakhir roshaizul yang dikemaskini : Kerja Part-Time
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 7:08 am
Orang kita akan mudah lupa apabila melibatkan $$,tp bila kes ni dah berlaku..kesiannn sangattt…. :(
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 1:32 pm
duit. semua boleh jadi. Laki atau pempuan.
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 4:08 pm
keadaan ekonomi yg sgt kritikal. membuatkan manusia terdesak dan sanggup melakukan apa saja.
[Balas Komen]
June 1st, 2008 at 4:31 pm
Entahlah sekarang ni semua orang sibuk dengan duit…
Nak kejar duit je keje tanpa pk panjang.. Wallahualam
Entri terakhir zool yang dikemaskini : Warga Afrika di Malaysia
[Balas Komen]
June 2nd, 2008 at 3:05 am
Megat,
Ni-chan rasa mereka ni semua nak hidup GLAMOR & KAYA dgn CEPAT, sebenarnya mereka ni kena faham makne kata2 Tengku Mahalil ni ‘THERE’S NO SHORT CUTS TO SUCCESS”
Hari ni Ni-chan dengar budak 19tahun plk yg teperangkap dgn kes ni di Thailand tak silap.. hem.. 19tahun tu dah besar & mempunyai akal & fikiran utk berfikir dgn baik, nilah akan terjadi jika RM jadi kuasa, jd semua yg logic jd tak logic
Megat, igt tak tanya dgn Ni-chan pasal kerja, tempat Ni-chan skr ni mmg nak cari ramai pekerja tp banyak masalah yg di hadapi, Megat rasa boleh tolong Ni-chan??
[Balas Komen]
June 2nd, 2008 at 5:37 am
Tak kira lelaki atau perempuan
Amalkan hidup sederhana
Kalau wang ringgit dijadikan pedoman
Kelak diri nescaya merana
Kenduri kahwin jgnlah berhutang
Kad kredit jgn dijadikan amalan
Bila anak mula ditatang
Barulah datang segala ujian
Cincin emas tinggal suasa
Pajak gadai dekat rumah
Susu habis setiap masa
Anak menagis diripun lemah
Ambil MC kononnya sakit
Ke sana sini nak pinjam duit
Pinjam along kat cina bukit
Bila nak bayar terasa perit
Hisap rokok berkotak kotak
Baju jenama berpetak petak
Anak menangis isteri bertekak
Baru diri terasa pekak
Dulu solat dulu warak
Kerana duit hilang otak
Bila nasi asyik berkerak
Rumah tangga mulalah retak
Hidup persis di dalam sampan
Dipukul ombak lautan dalam
Anak isteri jadikanlah kekuatan
Hidup mati di dalam iman
[Balas Komen]
June 2nd, 2008 at 11:11 am
Cara penipuan semakin beragam dan kejahatan semakin kejam. Kisah itu membuat miris :(
[Balas Komen]
June 3rd, 2008 at 8:33 am
Terlalu banyak variasi perangai manusia yang dijadikan tuhan. Lebih lebih lagi dalam era yang kian menyempit ni, kadang kadang sesuatu yang amat bodoh yang kita rasakan pada diri kita, tapi bagi orang lain dia mungkin merupakan satu titik perubahan yang akan membawa kepada satu dimensi baru dalam hidup mereka. Dan, dalam situasi yang sebegini, akan ada makhluk lain yang akan mengambil kesempatan.
[Balas Komen]
June 3rd, 2008 at 3:19 pm
kepada semua komentar - terima kasih atas komen anda. aku amat menghargainya. pohon kemaafan kerana aku tidak dapat membalas komen anda satu persatu.
[Balas Komen]