Teratai Bunga Indah

Antara lagu yang menjadi kegemaran aku. Aku hidup dan lebih mengenali kumpulan-kumpulan di zaman ‘rock kapak’. Kebanyakan lagu-lagu ketika itu punyai daya tarikan tersendiri dan kebiasaannya menusuk kalbu.

Kemaskini Pantas

Seperti yang korang sedia maklum, aku telah memiliki Megpy. Dengan kewujudannya aku sepatutnya dapat mengemaskini blog aku sekerap mungkin. Akan tetapi disebabkan kerja yang memerlukan lebih komitmen, aku dahulukan yang mana lebih penting.

Buat masa sekarang, aku hanya berada dalam talian jika aku berada di pejabat dan kawasan yang aku boleh akses ke wifi. Yang seronoknya, aku sudah berada dalam talian secara mobaliti.

Aku sedang cuba sedaya upaya mendapatkan akses broadband di rumah. Aku telah cuba mendapatkan ujian akses broadband dari rakan-rakan yang punyai broadband (celcom atau maxis) di kejiranan aku, untuk memastikan akses ke broadband lancar.

Aku harap rakan-rakan yang sentiasa menanti kehadiran entri baru di blog aku dapat bersabar dan aku mohon kemaafan jika aku kurang mengemaskini blog ketika ini. Harapan aku semoga kita bersama-sama dapat menghidupkan dunia blog dan berkongsi pendapat serta idea.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

6 Responses to “Teratai Bunga Indah”

  1. rohaizad kata :

    Megpy tuhh…

    aku dah mula terfikir nak letak nama kat laptop aku plak.. ekekeke… ingat nak letak nama Bella kot… ehh bukan, aku ingat nak letak nama Tengku Sandra! :)

    [Balas Komen]

  2. xmindfreakx kata :

    johor bakal ada wimax menjelang hujung tahun nie wei…

    [Balas Komen]

  3. acai kata :

    slm bro, thanks kongsi lagu nih,ehhehe..aku minat giler lagu ni bro,hehehe..:) aku mmg akan masuk blog ko ni kalau berkesempatan bro, jangan risau,hehee

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    rohaizad
    cantek juga tue eheh. letak nama mengikut kehendak sendiri :D

    xmindfreax
    yer ker xmind!? alhamdulillah bagus lah. skang yang aku tahu KL sudah implement WiMAX nie. x sabo lak rasanya ;)

    acai
    no prob acai. aku tahu. aku harap komuniti blog di malaysia akan sentiasa dihormati dan dipanjangkan serta dirahmati.

    [Balas Komen]

  5. SangPelangi kata :

    Oh!!! Gua tabek spring kat Papa Rock!!
    Really original! Tak ada siapa dapat celen ni.
    Oh!! Bang Ramli!! Bila mahu show di Jepun ni? haha..

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    pelangi
    tau takpe. lagenda rock yang masih mekar pada hari ini. mungkin tiada pengganti!

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.