Terima Kasih Atas Sumbangan Anda!
Penyakit aku dianalisis sebaiknya dan bakal menjalani pembedahan seterusnya dalam masa dua tida hari berikutnya. Terima kasih kepada semua komentar pada entri lepas yang memberikan dorongan dan semangat kepada aku. Terharu rasanya.
Kelmarin aku ada menulis entri yang ditujukan kepada staff-staff Titan dimana mereka mengadakan derma kilat bagi membantu aku menampung kos-kos perubatan seterusnya. Kredit kepada saudara azam!
Hari ini skop bantuan tersebut semakin meluas disebabkan email yang di hantar telah keluar dari lingkungan syarikat tersebut sehingga ke pengetahuan orang-orang kenamaan di sekitar pasir gudang dan juga ahli-ahli jawatan kuasa perumahan tempat aku tinggal dan kejiranan disini.
Hasilnya mereka semua akan bertandang kerumah aku untuk melawat dan menghulur sumbangan dari mereka. Mereka sudah memastikan dengan menelefon dan bertanyakan alamat rumah aku. Tetiba aku panik (uhuhu). Ya lah tak sangka sampai macam tu sekali!?
Terima kasih kepada semua yang tak putus-putus menyumbangkan bantuan, memberi kata-kata semangat dan berdoa demi keselamatan aku. Aku amat terharu lebih-lebih lagi menerima kunjungan dari datuk-datuk, datin-datin dan ahli-ahli jawatan kuasa. Mungkin aku tak mengenali mereka semua tetapi aku amat menghargainya.
Tidak lupa kepada rakan-rakan blog yang tak henti-henti memberi kata-kata semangat dan menghulurkan sumbangan ikhlas kepada aku. Semoga allah merahmati kamu semua.
Mungkin selepas ini aku tak dapat kemaskini entri di blog ini untuk seketika. Harap maklum!
July 29th, 2008 at 7:35 pm
alhamdulillah.. masih ada yang bermurah hati.. aku ni nak hulur bantuan, mmg tak berapa terdaya.. tp doa aku untuk ko moga selamat semuanya..
[Balas Komen]
July 29th, 2008 at 10:03 pm
moga cepat sembuh.. setiap penyakit itu penghapus dosa dosa
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 1:29 am
mrkay - alhamdulillah. aku tak sangka masih ramai yang bermurah hati. terima kasih.
adi - insya allah. terima kasih
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 9:43 am
bro, moga kau cepat sembuh, kala berpenyakit inilah baru kita sedar nikmatnya kesihatan itu tidak ternilai. Sembuh cepat ya, masih banyak yang aku nak timba pengetahuan dari kamu!
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 9:46 am
Alamak tak tau cerita plak..
Kursus 2 minggu..
Semoga cepat sembuh hendaknya
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 12:18 pm
doa aku ko cepat sembuh…
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 12:46 pm
semoga cepat pulih..dan aku bangga dengan blogger2 malaysia ni tak henti2 hulurkan bantuan terhadap ko..:-)
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 4:13 pm
asuhara - insyaallah dan aku harapkan doa dari kamu. terima kasih.
zool - masih menunggu dianogtic dari pakar. terima kasih.
chot - terima kasih bro!
mohdhafifi - ya lah masih ramai orang kita yang masih ada jiwa. terima kasih.
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 5:00 pm
semoga cepat pulih dan kembali ke arena blog..insyaALLAH
[Balas Komen]
July 30th, 2008 at 10:38 pm
Aku ikut cerita kau kat blog dan tweet, cuma aku tak sempat nak feedback. Semoga kepayahan yang kau tanggung ni akan pulih sepenuhnya selepas ini.
Terharu dengan sokongan berbagai pihak.
Keep it up bro. Selepas ni, segalanya bergantung pada kekuatan diri yg ada pada kau, dan aku percaya kau memang seorang yg kuat dan tabah.
Berdoalah.
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 12:01 am
aman - insyaallah. terima kasih man.
mazudi - insyaallah kekuatan aku berada pada blog dan rakan-rakan blog. terima kasih en mazudi.
[Balas Komen]
July 31st, 2008 at 1:16 am
[...] lain pula dengan sumbangan yang di war-warkan oleh pihak Yang Berhormat dan kuncu-kuncunya. Inilah perkara yang terjadi apabila sesuatu perkara di campur adukkan dan atas kepentingan [...]
August 2nd, 2008 at 4:19 pm
semoga berjaya dan cepat sembuh ya :)
[Balas Komen]