Tertarik Dengan Ubuntu

Ya, semakin lama aku semakin tertarik dengan sistem operasi yang berasaskan bistro linux ini. Aku sudah lama ketahui tentang kehadiran Ubuntu (you-buntu) tetapi baru dua bulan lepas aku menggunakannya. Ia adalah aplikasi sumber terbuka, hebat, ringkas dan memenuhi citarasa aku sebagai seorang yang selalu bermain dengan koding-koding bahasa komputer dan bahasa web.

Aku memesan secara dalam talian (live CD) melalui laman yang disediakan. Dalam masa 4 minggu ianya tiba dirumah aku sebanyak 20 set CD (10 set untuk intel & 10 set lagi untuk AMD). Sesiapa yang nak CD Ubuntu boleh hubungi aku.

Dari pengalaman aku, ubuntu cukup mudah dan sudah banyak saluran untuk anda rujuk seperti komuniti dan forum. Anda boleh rujuk di Ubuntu Forum, Ubuntu Malaysia dan khas untuk rakyat Malaysia yang disediakan oleh En Syahid bersama rakan-rakan penulisnya iaitu Melayubuntu. Dan yang paling penting ia semakin mesra pengguna dan tidak perlukan lesen aplikasi.

Technorati Tags: , , , sistem operasi

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

10 Responses to “Tertarik Dengan Ubuntu”

  1. Uncle G kata :

    banyak nye yang ko order… pakcik hanya order 1 keping je

    Entri terakhir Uncle G yang dikemaskini : Kalau aku beli domain name!…

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    uncle g - untuk tujuan promosi. alhamdulillah setakat sudah ada sambutan. takkan nak kayakan bill gates tu jer!?

    [Balas Komen]

  3. menteil kata :

    hehe.. aku masih tak paham ngan ubuntu..
    ternyata aku buta it..
    adeh…

    Entri terakhir menteil yang dikemaskini : Kenalilah Saudaramu

    [Balas Komen]

  4. chot kata :

    aplikasi yg aku perlukan kini xmengizinkan aku utk mengunakan ubuntu..

    Entri terakhir chot yang dikemaskini : The Book of Sleep

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    menteil - kuey wong jowo opo? aku suggestkan ko try wat dual boot utk belajar seskit cam aku (win xp & ubuntu).

    chot - betul utk aplikasi spt foto editor agak menyukarkan utk tugas seperti ko bro.

    [Balas Komen]

  6. ezad kata :

    Utk ezad jgn lupa ya…hehehe

    [Balas Komen]

  7. xmindfreakx kata :

    akui dah order 2 x..haram dapat….cait…

    Entri terakhir xmindfreakx yang dikemaskini : Petronas:Jangan Salahkan Kami

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    ezad x lupa cuma belum ada kesempatan jer :p

    xmindfreakx - ko x dpt ker!? aku boleh send kat ko klu ko nak. hantar detail ko kat aku ;)

    [Balas Komen]

  9. fenris kata :

    selamat menggunakan ubuntu .. support ubuntu-my @ http://www.ubuntu.com.my :)

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    fenris - terima kasih. aku sudah berada disana ;)

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.