Tip Promosi Blog : Entri

Kali ini aku ingin berkongsi tip-tip untuk mendapatkan trafik ke blog. Ramai penulis blog baru yang ingin mengetahui cara untuk mendapatkan trafik ke blog mereka dan hampir setiap hari aku mendapat soalan tentang cara memperkenalkan blog kepada rakan-rakan blog yang lain. Peringatan! Ia bukan terjadi dalam sekelip mata malah memerlukan kesabaran dari anda. Ok aku teruskan dengan beberapa tip untuk hari ini.

Perkara paling asas tetapi selalu diabaikan oleh penulis baru. Jangan harap jika anda punyai blog maka orang lain akan tahu kewujudan blog anda tanpa ada sebarang promosi. Ianya seperti anda menjual produk tetapi tiada promosi atau usaha untuk memperkenalkan kepada orang ramai. Tiada yang mengetahui kewujudannya maka tiadalah yang membeli.

Untuk mendapat tempat dihati pambaca dan mengharapkan trafik tinggi, anda perlu sentiasa update entri. Seperti menceritakan perkembangan terbaru anda dan menulis entri yang menarik dengan gaya penulisan anda sendiri, pastikan segar! Tidak meniru entri yang sedia ada dari rakan-rakan blog! Enjin carian amat menyukai kehadiran entri-entri baru dan segar!

Bagi mereka yang menulis entri berdasarkan niche dan keywords tertentu, anda harus siapkan struktur penulisan anda dengan garis panduan tertentu seperti fakta topik, huraian topik dan bukti atau contoh topik anda. Dengan ini penulisan anda nampak teratur dan pembaca senang faham.

Bagi mereka yang menulis lebih kepada hal-hal peribadi, cipta gaya penulisan anda dan idea baru. Genre blog peribadi lebih mudah kerana ia bersifat menyeluruh (general). Dimana anda boleh menulis tentang apa sahaja termasuk berkongsi kisah kehidupan anda bersama rakan blog yang lain. Tetapi topik yang ditulis perlulah punyai jiwa, mampu membuatkan pembaca terkesuma dengan penulisan anda.

Teruskan membaca untuk mendapatkan tip-tip lain. Tip selepas ini berkenaan komen!

Technorati Tags: , , , , , promosi, , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

24 Responses to “Tip Promosi Blog : Entri”

  1. syamsulariff.com kata :

    singgah dan lawatlah kawan2 yg berjiran :D

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul tue. Cara paling mudah dan asas kan!? ;)

    [Balas Komen]

  2. Afzai Afandi kata :

    singgah, lawat dan tambahan satu lagi…komen perkenalan..kalau boleh yang best2 sikit komennya supaya pelawat lain nak tahu siapa anda :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Ok nnt aku update ke ikut topik. Thanks bro! ;)

    [Balas Komen]

    afham Reply:

    bro..komen sket aku nye blog cam ne.. :D

    [Balas Komen]

  3. syuxx kata :

    aku tak brp suka visitor yg datang mlalui search engine.
    sebab mrk malas tinggalkan komen.
    hermm, tahu download, komen takmau.
    dem
    =[

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Tapi perlu beri penghargaan juga. Walaupun mereka tak komen akan tetapi dapat meningkatkan trafik ke blog!

    [Balas Komen]

  4. sue asuhara kata :

    terima kasih cikgu!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Tak pernah pegi maktab perguruan pun boleh dipanggil cikgu ker!? Ekeke.

    [Balas Komen]

  5. Azhar Ahmad kata :

    Kena tambah lagi, bukan setakat bagi satu komen, orang akan datang ke blog selalu, tapi cuba wujudkan jambatan persahabatan. Mana ada sahabat nak sakitkan hati sahabat dia yang lain kan?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih en Azhar. Akan diupdate pada topik seterusnya ;)

    [Balas Komen]

  6. kita kata :

    kadang-kadang bakat penulisan perlu tinggi untuk menarik pembaca terus membaca blog kita.i salah seorang insan yg sedang mempertingkatkan gaya penulisan :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Ya betul :d

    [Balas Komen]

  7. shila kata :

    Emm…another tips yang bagus untuk panduan. Thanks,sifoo..hehe :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Insya allah sama-sama buat panduan. ;)

    [Balas Komen]

  8. azwanhadzree kata :

    Jangan lupa jugak untuk tag dan ping.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Yup coming soon. Terima kasih En Azwan.

    Aku dah pecahkan setiap tip kepada setiap entri. So senang pembaca nilai dan fokus. Disamping senang rakan-rakan blog yang lain kongsi ilmu ;)

    [Balas Komen]

  9. nEknAk kata :

    salam bro
    aku baru terjebak dengan dunia siber ni
    selalu aku pergi blog orang
    tapi tak pernah tinggal komen
    cuma sekarang baru nak rajinkan tangan
    hoho
    sebab aku baru ja buka blog
    tapi belum fikir lagi apa yang mahu dikongsi bersama pembaca
    beri sokongan pada aku ya
    peace V !

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Salam. Harapan aku semoga ko akan berterusan menulis entri baru dan lebih hangat. Bersama-sama memperjuangkan dunia blog Malaysia!

    Insya allah aku akan beri sokongan kepada penulis baru ;)

    [Balas Komen]

  10. Tip Promosi Blog : Komen kata :

    [...] mempromosikan blog anda. Ini adalah perkara kedua yang perlu anda perlu titikberatkan selepas anda dapat menulis entri-entri yang menarik. Komen berlaku apabila anda memberi jawab balas terhadap entri yang ditulis di blog rakan-rakan [...]

  11. syamsulariff.com kata :

    aku kalau org tu pakai blogspot malas sket nak tinggalkan komen..bukan ape mcm leceh je..nasib dia org letak chatbox..buleh aku tinggalkan pesanan di kotak jerit itu..

    [Balas Komen]

  12. Tip Promosi Blog : Tandatangan kata :

    [...] ini aku telah menulis tentang tip-tip bagaimana promosikan melalui entri yang anda tulis dan melawat blog rakan-rakan dan tinggalkan komen yang menarik. Kali ini aku cuba ketengahkan tip [...]

  13. Buat Duit Dengan Blog, Perlukan Trafik Yang Tinggi -- MEGAT kata :

    [...] Sentiasa kemaskini blog anda. [...]

  14. Cara Mudah Untuk Membina Dan Mendapatkan Trafik Ke Blog | MEGAT kata :

    [...] Tip Promosi Blog : Entri. [...]

Tinggalkan Komen.