Tip Promosi Blog : Komen

Antara tip-tip yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan trafik dan mempromosikan blog anda. Ini adalah perkara kedua yang perlu anda perlu titikberatkan selepas anda dapat menulis entri-entri yang menarik. Komen berlaku apabila anda memberi jawab balas terhadap entri yang ditulis di blog rakan-rakan yang lain. Jadi jadilah pengomen yang bagus! Anda perlu ingat setiap komen menarik yang anda tulis akan sedikit sebanyak memberi impak kepada blog anda. Bagaimana!?

Apa yang anda perlu lakukan adalah lawat ke blog rakan anda dan cari entri yang menarik perhatian anda, baca dan fahamkan. Seterusnya komen berdasarkan topik yang anda pilih untuk baca dan beri tindakbalas terhadap topik yang ingin anda komen. Jangan melalut ke topik lain (off topic). Pastikan ia berlaku seperti suasana perbincangan antara anda dan penulis blog yang anda lawati. Komen mengikut gaya anda sendiri dan pastikan komen bernas dari anda. Kemungkinan pembaca lain akan baca komen anda dan tertarik dan mahu mengenali anda disebabkan komen menarik anda! Langsung menungkatkan trafik anda!

p/s : harap rakan-rakan blog lain dapat beri pendapat. ;)

Technorati Tags: , , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

Entri ini telah di pos pada Thursday, February 21st, 2008 at 3:50 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

20 Responses to “Tip Promosi Blog : Komen”

  1. syamsulariff.com kata :

    ade org suka baca komen memuji yg mengeji pun ada..pandai2 la bawak diri..ade org dia mengeji membuatkan org lain mahu ke blog dia dan nak lepas geram kat blog org tu pulak..then ajak kawan2 suruh serang blog tu..erm..trafik jgk tu kan? huhu

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul juga. Tapi kena la bandingkan yang mana lebih baik dan orang lain suka baca (menjadi perhatian). Antara komen keji atau puji kerana ia juga melibatkan identiti pengomen. :d

    [Balas Komen]

  2. afham kata :

    promosi blog mengambil masa..hehe..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Setuju :d

    [Balas Komen]

  3. stupidfox_91 kata :

    bila kita komen entri orang lain, orang komen balik entri kita..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Setuju. Langsung akan membina hubungan sebagai rakan blog malah menjadi rakan realiti ;)

    [Balas Komen]

  4. shila kata :

    hmm…takut jugak bila kita promote tapi tak ada org nak datang ke blog kita.Betullah tu…promosi blog ni amik masa..lagi2 kalau org yang tak dikenali macam saya ni… Susah gak eh,en megat?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Cik Shila, apa nak takut. Selagi kita buat baik, takde orang nak kacau eheh. Anggap jer macam kita nak promosi barang dan kita mahu orang kenal barang tu dan membelinya.

    [Balas Komen]

  5. acai kata :

    waaa, bagus idea bro nih..:)
    tp masa sy buat blog tu tak terfikir pula bab2 trafic nih:) sbb sy lum buat proper blog cam bro nih,hehee..:)
    tp bagus juga sbnarnya..at least dpt side income, kawan dan kepuasan ketika menulis kan *smile

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Sebenarnya Acai, idea sebegini dah bersepah kat dunia internet. Cari jer. Tapi aku senarai pendekkan antaranya dan huraikan. Permudahkan :d

    [Balas Komen]

    emet Reply:

    ye…ye… betul tu en. megat. kat internet ada mcm2 info suma di hujung jari jer… :)

    Berkenaan tips tu, kadang2 bengang gak dengan pelawat yang bagi komen ntah pape. Pastu siap tinggal affiliate link lagi, rasa mcm nak delete jer…

    Nasib la aku ni baru lagi, ble la bagi muka ckit… but, next time sori naik lori la!

    p/s: komen pertama dlm blog ni, sedang dalam proses berkenalan dgn para blogger Malaysia. ;)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Spam la tu eheh

    [Balas Komen]

  6. zaki blogjer kata :

    Setuju sangat, org memberi kita membalas, sama gak mcm komen

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul tu. ;)

    [Balas Komen]

  7. Tip Promosi Blog : Tandatangan kata :

    [...] tentang tip-tip bagaimana promosikan melalui entri yang anda tulis dan melawat blog rakan-rakan dan tinggalkan komen yang menarik. Kali ini aku cuba ketengahkan tip seterusnya iaitu promosikan blog anda dengan cara meletakkan [...]

  8. hafez kata :

    Apa yang saya dapat lihat penggunaan CommentLuv iaitu salah satu plugin wordpress untuk fungsi komen juga mampu menarik sedikit traffic ke blog anda. Mungkin anda boleh cuba.

    Download: http://www.fiddyp.co.uk/commentluv-wordpress-plugin

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih Hafez. Insya allah aku cuba ;)

    [Balas Komen]

  9. BLOG DIRECTORY kata :

    Jom promosikan blog anda di directory kami..ianye percuma utk anda…

    [Balas Komen]

  10. BLOG DIRECTORY kata :

    dptkan pelbagai jenis blog yg disenaraikan mengikut kategori mengikut kesukaan anda..ianye percuma utk anda..pelbagai jenis anda boleh dapati layari sekarang http://replymf.googlepages.com/blogdirectory

    [Balas Komen]

  11. Buat Duit Dengan Blog, Perlukan Trafik Yang Tinggi -- MEGAT kata :

    [...] Tinggalkan komen di blog yang anda lawati. Lagi banyak blog lagi bagus. [...]

Tinggalkan Komen.