Tip : Psikologi, Penulis Blog

Semakin ramai menceburkan diri dalam bidang penulisan blog. Tak kurang juga yang memberikan pendapat masing tentang penulisan blog malah topik-topik mengenai blog semakin hangat diperbincangkan. Di media-media elektronik juga telah menayangkan mengenai isu blog!

Ah cerita pasal blog lagi!?

Tapi jangan cepat melatah atau terus menutup browser anda! Anda meneruskan pembacaan anda. Setiap penulis punyai cara olehan ceritanya sendiri.

Apa yang hendak diceritakan!?

Ya, kali ini aku nak kongsi mengenai psikologi seorang penulis blog. Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka mendapatkan bahan untuk menulis dan mengekalkan penulisan mereka kepada sesuatu topik atau lebih dikenali sebagai niche!?

Mungkin bagi sesetengah penulis yang memang punyai bakat menulis tentang apa yang mereka minati (niche) ianya amat mudah. Yang perlu didedahkan disini kepada penulis baru dan masih mencari bidang penulisan yang harus anda terapkan ke dalam blog anda.

Anda (penulis baru) perlu tahu, jangan sesekali anda mengambil atau menyalin artikel dari blog penulis lain sesuka hati dan letakkan di blog anda! Anda perlu tahu bagi sesetengah penulis telah meletakkan pemilikan sesuatu entri atau artikel di bawah “hakmilik” mereka dan anda boleh dikenakan tindakan mahkamah!

Bagaimana mencari bahan menulis!?

Sebenarnya jika anda perhatikan, disekeliling kita ada macam-macam peristiwa boleh berlaku. Dari sini anda boleh jadikan sebagai bahan untuk menulis. Rangka penulisan anda dalam mengikut pecahan persoalan yang timbul iaitu seperti apa, bagaimana, dimana dan lain-lain. Syaratnya persoalan harus bersangkut paut dengan bahan yang anda sediakan. Dan menulis dalam format seperti fakta, huraian dan bukti/contoh. Biasanya penulisan sebegini berlaku kepada penulis seperti aku yang menulis tidak tetap pada niche tertentu (general).

Bagi mereka yang menulis mengikut kepakaran mereka, biasanya mereka akan hanya menulis tentang apa yang mereka tahu dalam bidang mereka contohnya seperti bidang teknologi maklumat.

Kesimpulannya bukan senang untuk menjadi seorang penulis blog atas kepakaran atau bakat sahaja. Ia juga memerlukan kepekaan dan selalu mengemaskini perkara baru dalam hidup dan bukan senang untuk mengekalkan apa yang telah anda miliki sebagai penulis.

Jadikan 10 sebab kenapa blog anda dikunjungi sebagai rujukan!

Penulis juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Mereka perlu bermain dengan psikologi mereka sendiri. Sebenarnya penulis yang hebat adalah penulis yang sentiasa bermain dengan minda dan hatinya!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

15 Responses to “Tip : Psikologi, Penulis Blog”

  1. menteil kata :

    aku penulis blog yg baru patot membaca nie..

    [Balas Komen]

  2. Heartless Devilish @ Reen kata :

    Sesetengah bloggers mmg bole menulis dengan baik…

    tp cam saya..saya suka merapu ajer..
    hihihihi

    [Balas Komen]

  3. Asharudin kata :

    Betul tu. Setuju ngan pendapat bro ni.

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    menteil
    aku sebenarnya masih baru dalam keseriusan menulis. harapan aku cuma kita bersama dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada masyarakat.

    reen
    permulaan saya menulis begitu juga. menulis lebih kepada perihal peribadi. tapi hasil dari pengalaman dari pembacaan, hasilnya kita akan dapat kemudian hari.

    asharudin
    mungkin lain orang lain pendapat. tapi apa yang aku harapkan kita menjiwai apa yang kita tulis.

    [Balas Komen]

  5. shila kata :

    Sy pun baru sangat lagi dlm dunia blog ni. Tapi lebih mengharukan….saya tak ada masa untuk menulis blog sbb masa saya padat untuk habiskan kerja-kerja menulis laporan untuk jabatan! huhuhuhu,sedihnya aku…!

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    shila
    saya rasa kerjaya cik shila memang perlukan komitmen yang lebih. mungkin suatu hari nanti kan!? sebanarnya cik shila punyai lebih banyak perkata yang dapat dikongsi bersama.

    [Balas Komen]

  7. zool kata :

    Betul tu.. seeloknya blog tu hasil dari idea sendiri..
    Jadi anda lebih mudah untuk menulis…
    Jangan menekan diri anda untuk menulis dalam bahasa yang indah.. Sentiasa menulis dan akan ada pembaca yang sudi berkongsi sesuatu dengan anda

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    zool
    setuju. banyak perkara yang dapat dikongsi. apabila sudah lama menulis, ia akan menambahkan lagi perasa kan!?

    [Balas Komen]

  9. Dik Mal kata :

    Megat, u stay on ur own class day after day..good job men!

    depending on why one person build up their blog… menulis blog sangat bagus sebenarnya…cuma sayangnya kadang-kadang ada sesetengah manusia menyalah ertikan BLOG… dan ada pula yang cuma memenuhkan blog dengan iklan.

    sedangkan blog, adalah wadah bertukar pendapat, dengan pembaca anda….datang dari seluruh dunia

    I love blogging !~ Blog going to be a big phenomena in Malaysia. I think, di Malaysia masih awal…most of bloggers, menulis own diary..Less of them, tulis berdasarkan niche… Well as for me, i have both :D

    And I do enjoy writing. Who says, there are rules to write? Who says u hv to obey? It just, u hv to be good, write good, and keep educate ppl… The passion of writing lies, between lines in the blog/s :) Daa!~

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    dik mal
    benar. saya satu pendapat dengan dik mal. penulisan itu sendiri tidak menghadkan kepada sesuatu perkara. cuma saya menulis lebih kepada perkongsian minda, emosi dan moral kepada masyarakat kita sebgai rujukan hari ini dan akan datang! ;)

    [Balas Komen]

  11. fajar kata :

    Salam Megat,

    Suka dengan statement ini: “Sebenarnya penulis yang hebat adalah penulis yang sentiasa bermain dengan minda dan hatinya!”

    Bagaimana agaknya kalau dia cuba bermain dengan minda dan hati pembacanya pula?

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    fajar
    salam fajar. nampaknya kita kena kaji dalam spek pembaca pula eheh.

    [Balas Komen]

  13. Tip Blog, Tiada Bahan!? -- MEGAT kata :

    [...] seorang penulis yang mementingkan hasil penulisan dan sambutan kepada penulisan. Anda perlu mencari bahan, mungkin yang bersangkut paut hasil dari pencarian maklumat anda sendiri atau huraian kepada [...]

  14. kita kata :

    nak tambah sikit..perlu diingat,,bila dah jd penulis blog bermakna kita sudah bersedia untuk sentiasa berfikir !

    [Balas Komen]

  15. blogmenjerit kata :

    terima kasih tuan rumah kerana penerangan tersebut

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.