Tips : Anda Dan Blog
Dunia telah menerima kewujudan khidmat talian internet. Justeru itu juga dunia terpaksa menerima kewujudan khidmat-khidmat yang dicipta untuk pengguna-pengguna talian tersebut. Maka tercetus lah kewujudan laman-laman web dan blog. Ya, blog-blog meningkat secara mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini di Malaysia.
Dikecilkan skop kepada negara Malaysia sahaja, sudah ada penulis-penulis blog yang berupaya bekerja sebagai penulis blog sepenuh masa. Ini bermakna mereka mampu untuk menghasilkan pendapatan melalui penulisan serta kreativiti mereka. Ini membuktikan bahawa menulis blog tidak akan menjadi perkara yang sia-sia sekirannya anda bertindak sebijak mungkin.
Sebenarnya sudah banyak artikel-artikel berkenaan cara-cara menulis dan tip-tip menulis blog. Anda hanya perlu menggunakan khidmat enjin carian goggle, yahoo atau enjin carian lain dengan menggunakan kata-kata kunci yang berkenaan seperti “tips blog”. Mudah bukan!? Jika anda perlukan khidmat tutorial yang lebih profesional, anda boleh cari ebook-ebook yang telah banyak berada di talian.
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam PMR. Kontrak aku dengan syarikat yang aku bekerja sekarang hampir tamat dan aku menyibukkan diri untuk mencari kerja di syarikat lain.
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Saturday, December 29th, 2007 at 5:33 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag Tags: blog, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins, tip. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
December 29th, 2007 at 4:00 pm
Betul tu.. kehadiran blog-blog memberikan idea dan pengetahuan berguna kepada semua pembaca semua.. Syabas Megat
Semoga anda mendapat pekerjaan yang lebih baik..
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 31st, 2007 at 12:04 am
Terima kasih zool! Semoga anda berjaya dalam hidup anda juga.
[Balas Komen]
December 31st, 2007 at 9:42 am
Betul tu… Tapi saya suka tak duduk diam… Mungkin blog hanya pendapatan sampingan…
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 31st, 2007 at 9:54 am
Diam tak bermakna tiada pengisian bukan!? Kelihatan penulisan En Azhar bertambah menarik sehingga membuatkan pembaca tertarik. Cara penulisan En Azhar sendiri bisa mendapatkan trafik yg tinggi.
[Balas Komen]
December 31st, 2007 at 6:23 pm
Bang Megat, nama khidmat enjin carian tu Google la. Bukan Goggle. :D Goggle tu jenama pakaian, dan juga sejenis “cermin mata” yang diguna oleh perenang.
Ok, selain tu - memang betul, tip tip untuk penulisan blog memang banyak boleh didapati dari Internet.
Bang Megat, nampaknya blog anda dalam BM. Boleh tukar perkataan English ke BM la. :)
Categories - Kategori
Archieves - Arkib
Add Comment - Tulis Komen
:D
[Balas Komen]
Megat Reply:
January 1st, 2008 at 4:11 am
Bukan apa malas nak godeh-godeh. Masa terhad. Online di opis jer.
Insya allah klu takde apa aral, semuanya akan bertukar wajah. Azam tahun baru kot eheh.
Terima kasih atas teguran anda. :D
[Balas Komen]
January 1st, 2008 at 10:16 am
Ehm..dari blog. Memang leh buat macam2. Termasuklah duit.
[Balas Komen]
Megat Reply:
January 2nd, 2008 at 3:40 am
Ya betul tapi kena dengan caranya. Kena study skit mengenainya eheh
[Balas Komen]
January 3rd, 2008 at 1:59 pm
teguran? tak la. :D kongsi “idea” aje. ;)
[Balas Komen]
Megat Reply:
January 3rd, 2008 at 3:19 pm
Itu yang aku perlukan untuk aku lebih mengerti atas apa yang aku tulis agar aku dpt perbaiki penulisan aku.
[Balas Komen]