Tips : Bina Blog II
Seperti yang aku pernah isukan dalam blog ini pada entri yang lalu, aku ingin kongsikan apa yang aku mengenai pembinaan sebuah blog. Topik ini lebih khusus kepada orang baru (newbie) dan harapan aku dapat kerjasama dari rakan-rakan blog lain yang lebih senior untuk berkongsi ilmu dan fakta. Dan harapan aku semoga dunia blog menjadi semakin menarik dan semakin ramaiyang terlibat dengan syarat korang memang benar-benar ingin menulis.
Sebenarnya untuk membina blog tidak susah. Korang hanya perlu mengikut apa yang sedia ada dan banyak entri-entri yang telah ditulis oleh penulis blog lain. Tip-tip yang bakal aku tulis adalah pengolahan dari maklumat-maklumat yang dapat aku kumpul dari hasil aku menjelajah di internet juga.
Antara perkara yang perlu anda ambil tahu adalah :
Domain
Domain adalah nama unik untuk identitikan nama pelayan dan pelayan email. Ia dapat memberikan kemudahan untuk korang mengakses ke pelayan, blog, laman web dan email korang.
Korang boleh pilih untuk Top Level Domain (TLD) sama ada dot com, dot net, dot org dan banyak lagi. Contoh yang aku gunakan adalah dot net.
Yang paling penting ialah pemilihan atau nama untuk Second Level Domain (SLD) iaitu nama domain korang. Contoh yang aku pilih untuk nama domain blog aku adalah megat.
Hasilnya korang akan dapat satu nama domain setelah korang menetapkan pilihan korang seperti megat dot net (megat.net).
Tip : Pastikan korang memilih nama domain yang sesuai dengan topik atau niche blog anda dan mudah untuk diingat. Ia penting untuk memudahkan pelawat-pelawat atau pembaca-pembaca mengingati domain ke blog korang.
Hosting
Hosting pula merupakan ruangan untuk anda menyimpan fail-fail dan maklumat-maklumat di dalam pelayan. Pelayan beropeasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini bermakna anda boleh mengakses ke host anda sepanjang masa tanpa henti.
Tip : Korang perlu mencari pelayan yang menyediakan khidmat terbaik, punyai uptime terbaik dan nilai yang bersesuaian. Yang paling penting sokongan pengguna dari penyedia pelayan yang anda pilih.
Boleh dirujuk untuk hosting percuma juga kerana disana juga memerlukan untuk korang memilih Third Level Domain (TLD). Contohnya megat.wordpress.com.
Technorati Tags: domain, hosting, blog, wordpress, niche, entri, topik, akses, web, email
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Tuesday, February 12th, 2008 at 12:34 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag Tags: blog, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins, tip. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
February 12th, 2008 at 5:07 am
makin ramai lak wat tips2 camni.. bagus2..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 12th, 2008 at 6:40 am
Bukan apa raul. Ramai yg bertanyakan perkara yg sama. Sekurang-kurangnya ada tip-tip ini dgn acuan aku sendiri :d
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 5:36 am
Ermmm..tips yang teramat bagus untuk org macam saya.hehehe…thanks,en megat…harap dapat lebih banyak tips lagi after tiz…arigato!
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 12th, 2008 at 6:48 am
No prob. Itu lah salah satu fungsi blog. Perlu faham dimana kita dapat berkongsi segalanya di blog.
Insya allah saya akan update tip-tip ttg pembinaan blog dari masa ke semasa.
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 7:02 am
aku bila lah nak ada domain sendiri…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 12th, 2008 at 7:24 am
Apa lagi bro. Dah lama berkecimpung eheh. At least dapat customize blog sendiri. Lagi pun domain & hosting dh murah skang nie.
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 8:45 am
hu hu… aku beli domain jek… redirect kat blogmas…. alih2 blogmas down pulak, adeh… (mengadu sket, isk isk)
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 12th, 2008 at 10:02 am
Patut la aku masuk blog ko tak boleh. Ingatkan broken link eheh. Server down kot!?
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 10:05 am
oo.. sekarang baru ku tahu apa maksud TLD ngan SLD.. haha ketara tul malas meng gugil huhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 12th, 2008 at 10:15 am
Mula-mula aku tak tau juga. Tapi hasil dari ingin tahu aku dalam pelbagai perkara terutama yang bersangkut paut dgn blog. Maka dapat la ilmu-ilmu ttg maksud shortform tersebut eheh.
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 3:04 pm
aku wat sonok2..tp bile orang cakap leh wat duit..aku mula fikir cam ne caranya…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 4:31 am
Yer la sambil nyelam minum air. Tapi gunakan cara yang betul. Biar berkat. Tul tak!?
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 7:06 pm
Owh, begitu… Baik che’gu…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 4:33 am
Uiks… jgn camtu. Malu la ekeke
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 10:42 am
a word of advise, pastikan nama domain tu diperhalusi, adakah betul-betul inginkan nama tu. sebab once registered bukan boleh tukar-tukar.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:15 am
Terima kasih Azwan. Dapat lagi satu tip berguna!
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 11:26 am
lepas ni boleh tulis ebook.jual then jadi usahawan internet.wow!
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:17 am
Entah lah Shah. Terlalu ramai yang menulis atas topik yg sama. Apa yang perlu aku pastikan sebelum aku menulis ebook adalah idea aku sendiri :)
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 1:11 am
best gak lepak sini salam bro
hehehe jgn lupa jengok2 ke blog saya tolong komen saya baru jer berjinak2 nie
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:21 am
Salam kenal. Insya allah. ;)
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 4:10 am
[...] ini aku sudah berikan tip-tip dalam entri yang bertajuk Tips : Bina Blog, Tips : Bina Blog II dan Tips : Bina Blog III. Aku teruskan dengan tip-tip seterusnya. Dilihat dari tip-tip dan sedikit [...]
February 28th, 2008 at 9:57 am
[...] sebelum ini aku ada menulis mengenai tip-tip membina blog dengan tajuk entri Tips : Bina Blog dan Tips : Bina Blog II. Harapan aku semoga anda faham dengan apa yang cuba aku sampaikan supaya korang dapat hasilkan blog [...]
June 28th, 2008 at 8:18 am
gua cilok sket eh infor2 nih…tq
[Balas Komen]