Tips : Bina Blog III
Seperti yang korang sedia maklum, sebelum ini aku ada menulis mengenai tip-tip membina blog dengan tajuk entri Tips : Bina Blog dan Tips : Bina Blog II. Harapan aku semoga anda faham dengan apa yang cuba aku sampaikan supaya korang dapat hasilkan blog dengan baik. Jika ada kemusykilan, sila hubungi aku sama ada di ruangan komen, borang contact dan yahoo messenger (YM ID : megat_2u).
Ok. Sebelum ini aku dah terangkan serba sedikit mengenai domain dan hosting. Aku cuba huraikan langkah seterusnya untuk membina blog beserta tip-tip yang aku ketahui sama ada dari kajian dan pengalaman aku sendiri.
Blog Platform
Platform blog adalah antara muka yang korang perlu pilih untuk memaparkan blog korang. Banyak platform-platform untuk blog yang telah disediakan mengikut kemampuan korang. Kebanyakannya korang boleh dapatkan secara percuma cuma bergantung kepada domain dan hosting korang.
Platform yang menggunakan domain dan hosting percuma seperti wordpress, blogmas, blogger, blogspot dan banyak lagi. Yang pastinya korang tidak perlu bersusah payah untuk konfigurasi sendiri blog korang malah korang boleh terus menulis dengan beberapa langkah mudah. Akan tetapi korang tak boleh nak lakukan design blog sesuka hati.
Bagi yang memiliki domain dan hosting sendiri, korang perlu memilih platform dan mengkonfigurasi dengan mengikut beberapa langkah mudah. Biasanya ia telah tersedia di cpanel dalam hosting yang korang pilih. Korang hanya perlu install dan beberapa langkah untuk konfigurasi. Platform yang boleh korang pilih adalah seperti wordpress, b2evolution, nucleas dan lain-lain. Dan yang paling menarik, korang boleh melakukan pengubahan antara muka dan design blog anda mengikut kehendak korang!
Tip : Perlu pilih mengikut kesesuaian dan kemudahan korang apabila hendak menulis blog. Platform yang popular sekarang adalah wordpress.
Nantikan entri seterusnya untuk tip-tip bina blog.
Technorati Tags: tip-tip, blog, entri, komen, borang contact, yahoo messenger, domain, hosting, Platform, percuma, wordpress, blogmas, blogger, blogspot, konfigurasi, b2evolution, nucleas, antara muka, design
February 13th, 2008 at 5:35 am
sorry if tiz questions sounds stupid..tapi macamana saya nak dapatkan hosting dan domain tu? Macamana caranya nak beli?hehe…maklumlah tak tahu apa2
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 5:39 am
Klu Cik Shila perasan. Atas komen Cik Shila ada iklan dari serverfreak. Just klik iklan tu dan disana Cik Shila akan nampak pakej yg disediakan.
Malu bertanya sesat jalan kan Cik Shila :)
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 6:03 am
jenguk-jenguklah blog saya yang baru lahir hari ni http://tegami-asuhara.blogspot.com/.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 7:07 am
Selamat datang Sue. Insya allah.
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 7:16 am
Pada siapa yang baru berjinak-jinak blog, saya syorkan guna Plateform percuma dulu macam blogspot atau wordpress.com kemudian baru beralih ke blog hosting berbayar
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 7:34 am
Setuju.
[Balas Komen]
Fahmishah Reply:
February 13th, 2008 at 11:27 am
saya juga setuju.saya mula2 menggunakan blogspot, html biasa dan wordpress.belajar basic kalau mahu lebih cerdik
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 9:07 am
kuikuikuikui…aku pakai blogmas ngan blogspot wat masa ini..tp aku cite2 nk pakai domain n hosting sendiri.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 13th, 2008 at 9:19 am
Tak kisah la tu. Janji ko dapat selami bidang penulisan blog. Join the club eheh
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 11:17 am
1st blog aku mmg bermula dgn domain sendiri then baru aku gatal2 buat blog gunakan blogspot dan wordpress percuma. Blog pertama aku ialah domain aku skang.
[Balas Komen]
Fahmishah Reply:
February 13th, 2008 at 11:28 am
aku pon tak tahu sudah ke berapa blog aku ini.hahah tp domain aku baru utk tebaboom.org yg ketiga..har har har
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:10 am
Biasalah ko kan orang lama eheh
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:07 am
Mengapa tak fokus pada domain sendiri!?
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 4:05 pm
[...] Megat dot Net-blogger selatan tanah [...]
February 14th, 2008 at 4:23 am
[...] ini aku sudah berikan tip-tip dalam entri yang bertajuk Tips : Bina Blog, Tips : Bina Blog II dan Tips : Bina Blog III. Aku teruskan dengan tip-tip seterusnya. Dilihat dari tip-tip dan sedikit penerangan berkenaannya [...]
February 14th, 2008 at 12:37 pm
Nahhh teruskan dengan tutorial-tutorial mu
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 15th, 2008 at 6:38 am
Insya allah. Lakukan yg mana termampu ;)
[Balas Komen]
February 20th, 2008 at 7:00 am
xyz testing
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 20th, 2008 at 7:22 am
nak testing bg salam dulu :p
[Balas Komen]