Tips : Bina Blog IV
Aku juga menyarankan bagi penulis baru untuk menulis di platform percuma seperti yang telah diisukan pada entri yang lepas. Korang asah dulu bakat menulis. Bukan apa, ia untuk kebaikan korang juga. Korang akan tahu jika korang benar-benar ingin menulis atau tidak. Jika korang terus memiliki domain dan host berbayar maka rugi lah korang.
Sebelum ini aku sudah berikan tip-tip dalam entri yang bertajuk Tips : Bina Blog, Tips : Bina Blog II dan Tips : Bina Blog III. Aku teruskan dengan tip-tip seterusnya. Dilihat dari tip-tip dan sedikit penerangan berkenaannya sudah pasti korang sudah memiliki blog sendiri. Tidak kisahlah sama ada ia percuma atau berbayar, yang penting tip-tip seterusnya harus korang terapkan.
Pages
Menunjukkan beberapa halaman tambahan pada blog korang. Biasanya secara default, blog yang korang gunakan sudah memiliki halaman utama (Home) dan about. Biasanya setiap blog menuju ke halaman utama blog iaitu home.
Muka laman about pula biasanya ditulis serba sedikit maklumat tentang penulis dan beberapa info berkenaan penulis. Ia juga amat penting kerana ia menunjukkan imej seseorang penulis. Pembaca akan cuba untuk mengenali penulis di laman tersebut. Jadilah seorang penulis yang profesional.
Disini juga korang boleh letak maklumat tentang bagaimana seseorang pembaca boleh menghubungi korang seperti meletakkan alamat email dan juga khidmat mesej segera (Intant Messenger). Contohnya id yahoo messenger atau gtalk.
Kategori
Biasanya setiap platform blog sudah menyediakan ruangan untuk kategori. Ia sebenarnya memudahkan untuk pembaca memcari topik mengikut kategori-kategori entri itu sendiri. Contoh jika korang menulis tentang korang sendiri maka korang cipta kategori my life atau tentang aku atau kehidupanku.
Tag
Jangan lupa letakkan tag-tag tertentu mengikut topik dan isi entri korang. Ia memudahkan lagi untuk mendapatkan trafik ke blog.
Topik Entri
Dan tip terakhir adalah topik entri yang akan korang tulis. Fokus sesetiap entri dengan satu topik supaya ia tidak menjadi lintang pukang. Jika korang menulis tentang 1 topik maka korang kekalkan penulisan korang berkenaan topik berkenaan sahaja. Dan paling baik jika korang rentakkan penulisan korang dengan memiliki fakta, huraian fakta dan contoh atau bukti fakta yang korang cuba sampaikan.
Technorati Tags: platform, entri, bakat, domain, hosting, blog, instant messenger, yahoo messenger, ym, pages, kategori, tag, maklumat, topik, wordpress, fokus
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Thursday, February 14th, 2008 at 12:05 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag Tags: blog, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins, tip. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
February 14th, 2008 at 1:58 pm
Huhuhuhu, tapi tak semua blog free ada pages cam wordpress..
[Balas Komen]
kaki blogmas Reply:
February 14th, 2008 at 5:33 pm
sape kate tak de..blogmas ok je sy gune..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 15th, 2008 at 7:33 am
Skang ni dah terlalu byk free host yang menggunakan platform WP En Azhar. Ya lah cuma yg tak best tak leh customize ;)
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 5:36 pm
blogmas yang aku pakai ok jer..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 15th, 2008 at 7:55 am
Sokong orang kita!
[Balas Komen]
afham Reply:
February 16th, 2008 at 8:17 am
yups…sape lagi nk gune..takkan orang singapore kot..
[Balas Komen]
February 15th, 2008 at 12:16 am
hmm…saya dah tak sabar gak nak bina blog ni.Hehe…tapi kerana kesibukan tahap gaban skang ni,terpaksa disimpan sekejap niat tu. But anyhow, tips2 en megat semuanya saya dah print dan simpan dalam file.:P thanks again for the tips..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 15th, 2008 at 8:15 am
Insya allah satu hari nanti cik shila pasti berjaya ada blog sendiri. Nampak gaya lepas ni cik shila pasti sibuk sbb pilihanraya hampir tiba eheh.
Insya allah saya akan cuba share apa yang sy tahu untuk kepentingan semua.
Thanks for ur support!
[Balas Komen]
February 15th, 2008 at 1:46 am
thnks bro pasal tips tips tu…..sket2 mau improve blog teman… sila sila lawat ehh http://shanizam.net
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 15th, 2008 at 8:17 am
No prob. Kita kongsi apa kita tahu. Uiks siap promote ekeke
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 5:20 am
bagus2.. byk tul info walau aku dah tau mende ni. kang ade yg taye aku leh a aku linkan ke sini terus
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 5:35 am
Terima kasih Rasul. Kita kongsi apa yang kita tahu. Semoga dapat lahirkan ramai lagi blogger tempatan.
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 5:58 am
huhu..tak tahu pulak ade tips bina blog nie..boleh sy jadikan sebagai rujukan peribadi dan utk kawan2 jg :D
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 7:57 am
Cik Syam. Sekadar tip untuk mereka yang masih kompius tentang bina blog eheh :d. TQ
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 6:06 am
[...] sudah menelaah tentang tip-tip bina blog bukan!? Akan datang aku akan cuba sampaikan tip-tip bagaimana cara untuk mempromosikan blog anda! [...]