Tips : Bina Blog

Sejak kebelakangan ini, aku banyak dapat email mahu pun mesej pendek di YM yang kebanyakannya menanyakan tentang blog. Sebenarnya aku sendiri adalah orang baru dalam penulisan blog dan banyak merujuk kepada pakar-pakar blog (ebooks) dan penulis blog profesional yang lain. Antara persoalan yang timbul :

Bagaimana saya mahu memiliki blog sendiri!?

Macam mana nak mula menulis di blog!?

Kepada bakal penulis blog mahu pun yang ingin memiliki domain dan hos sendiri. Aku cuba menerangkan beberapa tip hasil dari ilmu yang aku dapat dari ebook dan pakar. Jadi sentiasa dapatkan entri terkini dari aku kerana aku tak mampu untuk ulas kesemua sekali dalam satu hari. Aku akan bahagikan tip-tip dalam penulisan aku mengikut topik.

Tip - tip yang bakal dibincangkan
  1. Domain
  2. Hosting
  3. Blog Platform
  4. Reka Cipta
  5. Antara Muka
  6. Kategori
  7. Topik Entri
  8. Kemaskini Entri

Insya allah aku cuba yang terbaik untuk menjelaskan satu persatu. Dan aku juga berharap rakan-rakan blog dapat memberi bantuan atau penambahan fakta. Entri-entri mengenai topik bina blog ini tidak semestinya aku kemaskini setiap hari. Ia perlu mengikut kerajinan dan masa terluang aku.

Sebenarnya aku dulu pun macam korang juga. Terkial-kial nak memulakan blog. Tapi hasil dari aku explore sana sini dan bantuan rakan-rakan blog, jadilah seperti sekarang seperti yang korang lihat di sini. Insya allah harapan aku semoga semakin ramai rakyat Malaysia menulis blog! Malaysia Boleh!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

15 Responses to “Tips : Bina Blog”

  1. azwanhadzree kata :

    yang penting, cuba dulu. byk platform percuma yang boleh digunakan untuk belajar seperti blogger.com dan wordpress.com.

    kemudian bila sudah agak selesa menggunakan yang percuma, baru fikir pasal hosting & domain sendiri.

    [Balas Komen]

  2. Azhar Ahmad kata :

    Nah bagi saya yang paling penting, tentukan dulu apa yang n ak ditulis. Tanya hati, nak berblog kenapa? Apa sebabnya….

    [Balas Komen]

    azwanhadzree Reply:

    kalau setakat nak tulis aje, dlm diari pun boleh Azhar :)

    [Balas Komen]

  3. ImamKhalid kata :

    Tak sabar aku nak baca, lantas membuatkan aku terus nak subscribe RSS ko… Apa pun, jangan lupa link aku. Aku baru jer link ko, Megat! :D

    [Balas Komen]

  4. kita kata :

    buat bolg ni memang senang cuma nak memastikan ia terus bertahan yang agak susah..yang penting seseorang itu ada minat

    [Balas Komen]

  5. Wizurai kata :

    guna blogspot… kemudian buat custom domain… beli .com sendiri semurah RM28 di http://www.wizurai.com

    [Balas Komen]

  6. lutfee kata :

    kalau tulis dlm diari org tak boleh baca azwan…
    ramai juga yg bertanya saya pasal buat blog nih…
    saya cuma ckp register yang percuma jer…
    semakin ramai yg buat blog skrg nih tp content xde pun xguna jugakan…

    [Balas Komen]

  7. mizan kata :

    salam,
    ikut gerak hati……

    [Balas Komen]

  8. Cuti Rehat -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT kata :

    [...] tak langsung, perancangan aku untuk menulis tentang tip-tip tentang blog juga tergendala. Lagi pun aku hanya ingin berkongsi apa yang aku tahu dalam pembikinan blog [...]

  9. afham kata :

    pe2 pn kerna rajin..bukan hangat2 taik ayam..

    afham’s last blog post..Happy birthday to Sharlinie

    [Balas Komen]

    syamsulariff.com Reply:

    mcmana nak menjadi pemblog yg rajin?

    syamsulariff.com’s last blog post..Rosli Kamis selamat kembali ke rahmatullah

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    Reply to all.

    Terima kasih atas galakan kalian. Aku akan cuba update ttg topik ini jika ada kesempatan.

    Harapan aku dapat kita bersama-sama share pendapat ttg topik ini utk rujukan kepada orang baru.

    [Balas Komen]

  11. Tips : Bina Blog II -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT kata :

    [...] yang aku pernah isukan dalam blog ini pada entri yang lalu, aku ingin kongsikan apa yang aku mengenai pembinaan sebuah blog. Topik ini lebih khusus kepada [...]

  12. Tips : Bina Blog III -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT kata :

    [...] korang sedia maklum, sebelum ini aku ada menulis mengenai tip-tip membina blog dengan tajuk entri Tips : Bina Blog dan Tips : Bina Blog II. Harapan aku semoga anda faham dengan apa yang cuba aku sampaikan supaya [...]

  13. Tips : Bina Blog IV -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT kata :

    [...] ini aku sudah berikan tip-tip dalam entri yang bertajuk Tips : Bina Blog, Tips : Bina Blog II dan Tips : Bina Blog III. Aku teruskan dengan tip-tip seterusnya. Dilihat dari [...]

Tinggalkan Komen.