Titan Petchem, Terima Kasih Atas Kutipan Derma

Entri kali ini aku tujukan khas untuk staff-staff di Titan Petchem (M) Sdn Bhd, Pasir Gudang atas kutipan derma kilat untuk aku meneruskan pembebahan seterusnya (seingat aku saudara mael ada memohon jawatan kosong di syarikat tersebut).

Aku amat terharu dan secara peribadi di ruang maya ini mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas jasa baik kalian semua. Sesungguhnya bantuan dari kalian semua tidak ternilai dan semoga allah merahmati kalian.

Terima kasih kepada seorang sahabat, saudara Azam yang bersusah payah berusaha untuk membantu menjayakan program tersebut. Dalam ramai sahabat, dia banyak membantu aku.

Kemungkinan dalam minggu ini aku akan mulai menjalani pembedahan (major) yang bakal melegakan sakit yang aku alami. Kalau tiada apa aral esok aku mula kajian terakhir tentang pembedahan aku. Doakan keselamatan aku. Jika aku tidak kemaskini blog ini, maka aku sudah berada di wad (warding).

Andai kata jika berlaku sebaliknya, aku terlebih dahulu memohon keampunan sekira aku ada melakukan kesalahan sama ada dari percakapan  mahu pun penulisan aku. Manusia dijadikan cukup acuannya tetapi tidak di hati mahu pun cara berfikirnya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blog yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan tak putus-putus memberi semangat dan sokongan. Aku takkan lupakan kamu.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

16 Responses to “Titan Petchem, Terima Kasih Atas Kutipan Derma”

  1. Darkz05 kata :

    moga selamat semuanya. amin ;)

    [Balas Komen]

  2. mrkay kata :

    semoga ko selamat menjalani pembedahan seterusnya dan mengurangkan kesakitan yang ko hadapi.. doa aku utk ko.. kuat kan semangat!~

    [Balas Komen]

  3. shila kata :

    Saya yakin en megat mampu menghadapi semua ni…Dan dari jauh saya doakan semuanya selamat…

    [Balas Komen]

  4. ezad kata :

    Selamat menjalani pembedahan..Amin 3x

    [Balas Komen]

  5. rasso kata :

    Moga segalanya berlangsung dengan selamat… dipermudahkan urusan nanti..

    cepat sembuh…

    [Balas Komen]

  6. babybee kata :

    abang megat ~ bee doakan abang selamat sepenuhnya…bee harap abang tabah,,, cekal kan semangat,.. DIA sentiasa bersama kite abang… teruskan perjuangan demi anak2 abang…. mereka perlukan abang…

    all da best >:D<

    [Balas Komen]

  7. Uncle G kata :

    pakcik harap segalanya berjalan dengan lancar… pakcik doakan supaya ko cepat sembuh…

    [Balas Komen]

  8. shikin_shem kata :

    salam bro ;)

    dah dlm wad rupenye.. maaf lewat mendpt kabar berita.. pape pon sy doakn operation berjaya.. dan semoga kembali sembuh dr kesakitan.. insyaallah [-o<

    may god bless u owes :)

    [Balas Komen]

  9. my kata :

    sy doakan smuanyer slamat…InsyaAllah….=)

    [Balas Komen]

  10. Afzai Afandi kata :

    hopefully ko selamat dalam permbedahan…tenangkan diri, bersabar dan semoga ko cepat sembuh selepas itu…amin

    [Balas Komen]

  11. icha kata :

    moge kembali sehat…!!!
    moge kembali ceria…
    jage diri ;)

    [Balas Komen]

  12. Terima Kasih Atas Sumbangan Anda! -- MEGAT kata :

    [...] aku ada menulis entri yang ditujukan kepada staff-staff Titan dimana mereka mengadakan derma kilat bagi membantu aku menampung kos-kos perubatan seterusnya. [...]

  13. al-momok kata :

    buat baik akan dibalas dgn baik… semoga ko tidak alpa bila berada diatas nanti.

    cepat sembuh moga segalanya berjalan dgn baik. aku hanya mampu beri yg termampu aku berikan.

    [Balas Komen]

  14. Sumbangan Yang Ber’bau’ Politik!? -- MEGAT kata :

    [...] Terima kasih kepada warga Titan yang memberikan sumbangan ikhlas hasil dari derma kilat di antara pekerja-pekerja mereka. Aku bangga dengan cara kalian yang memberi bantuan walaupun aku bukan pekerja yang berkhidmat dengan kalian. [...]

  15. farahaznil kata :

    ni titan mn 1??aku keliru..hahahaha

    [Balas Komen]

  16. KNizam kata :

    semoga cepat sembuh. kat ward ada wireless ke eh ? hehehe

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.