Tun Mahathir & UMNO - Apa Sudah Jadi!?
Tun Mahathir (Che Det) keluar UMNO!? Apa sudah jadi!? Rata-rata sama ada di pejabat dan kedai kopi menceritakan kisah ini dan rata-rata yang aku dengar hanyalah jalan cerita yang sengaja di tambah dengan pelbagai ‘perasa’ untuk menyedapkan lagi kisah sebegini.
Kepada mereka yang memang pandai bercerita dan sentiasa ada sifat ambil kesempatan atas ketidak tahuan orang lain (take over) akan bercerita penuh gaya sehinggakan kita tidak tahu kebenaran tentang sesuatu cerita. Malah aku tak tahu dari mana sumber-sumber ini tersebar kepada mereka sedangkan aku tahu mereka buta IT!
Seperti biasa untuk aku ambil tahu lebih lanjut tentang perkara seperti ini, aku akan terus melayari internet yang terdapat maklumat-maklumat seperti ini dengan lebih pantas dan dipenuhi dengan sekurang-kurangnya bukti. Disini senarai yang rata-rata punyai komen mengenai isu tersebut :
- Tun Dr mahathir Tinggalkan UMNO
- Tun Dr Mahathir Mohamad quits - keluar
- Dr Mahathir istihar keluar UMNO
- Tun Mahathir keluar UMNO, terkejut atau tak tekejut?
Nampaknya selepas Pilihan Raya Umum ke 12, wayang politik dinegara kita semakin meriah dan diolah dengan pelbagai kisah menarik! Ini mengambarkan orang politik semakin bijak bermain kata lagaknya seperti pegawai pemasaran yang ingin melakukan jualan barang-barang mereka.
Kepada mereka yang taksub atau fanatik terhadap politik, mungkin akan mencetuskan perihal merpertahankan kubu mereka dan akan menyebabkan politik negara makin tak stabil. Sebagai rakyat negara tercinta ini Malaysia, aku turut goyang dengan perkara seperti ini yang memang kita sedia maklum kurang mengambil pendedahan mengikut agama rasmi kita, Islam.
Gimik seperti ini hanya akan merencatkan lagi pentadbiran yang sedia ada, malah akan menjadi budaya pada politik akan datang kepada negara!
Kalau benar pun mungkin Che Det ada alasan tersendiri untuk keluar parti dan mungkin tidak serasi dengan pentadbiran sekarang yang jauh dari fahaman dan cara beliau. Apa-apa hal pun, jangan jadikan medan politik sebagai medan pertempuran untuk terjadinya perkara yang diluar jangkaan!
Kita sama-sama melayu yag inginkan kestabilan politik dan keamanan. Jangan ulangi kisah-kisah Tok Janggut atau pejuang kemerdekaan di zaman moden ini!
May 20th, 2008 at 6:15 am
Abah saya kata, Che Det keluar Umno, terus gempa di Malaysia. hu hu hu
[Balas Komen]
May 20th, 2008 at 6:34 am
ini lah cerita laing hangat dlm mggu ini..kita tgk dan lihat tindakan susulannya selepas ini..
[Balas Komen]
May 20th, 2008 at 6:45 am
sejarah perdana menteri semua kuar dr umno… dulu, kini & selamanya….sama ehhehehe…
[Balas Komen]
May 20th, 2008 at 7:01 am
mungkin keluar adalah tekanan yang paling berat kepada pak lah. namun dejavu sket la
[Balas Komen]
May 20th, 2008 at 7:30 am
ni bukan gempar malaysia..
ni gempar dunia
[Balas Komen]
May 20th, 2008 at 11:43 am
Umumnya,langkah kuar umno oleh Tun merupakan sesuatu yg tak sewajarnya dibuat ketika politik kita bergolak hebat.Namun personally,bagi saya Tun ada sebab tersendiri.Mungkin beliau inginkan ahli UMNO kembali bersatu dan merenung kembali inisiatif yang beliau ambil ini.Mungkin jugak ianya satu agenda Tun untuk membuat Pak Lah lebih perkasa dan memahami kehendak ramai.Apa pun kita tunggu dan lihat sajelah…
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 3:39 am
atiqah
sudah pasti. beliau merupakan ‘bapa pembangunan’. mungkin tanpanya kita takkan capai yang kita ada hari ini. tapi sepatutnya beliau tak boleh gunakan aksesnya utk kepentingan sendiri.
chot
sudah pasti ikuti perkembangannya. cara bermain dgn politik masa kini.
momok
sejarah berulang kembali.
azam
tapi tindakan seperti itu seperti mengugut rakyat!?
ejon
betul. zamannya adalah zaman malaysia dikenali dunia.
shila
walau apa pun tindakannya masih belum diketahui puncanya dan sebabnya. harapan saya kepincangan parti tidak terkesan dgn keputusan beliau.
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 4:32 am
Melopong mulut time tgk berita mlm tu. Rasa xnak caya tp terpaksa percaya. Byk sgt jasa beliau kt negara kita kn. Jgn kata Che Det je yg terasa dek kritikan serta kata2 panas dr bekas rakan2 seperjuangan, rakyat pun turut terasa sama.. Hopefully ada yg bleh lihat dgn pemikiran yg lebih terbuka.. Jgn jd seperti kacang lupakn kulit.. x baik tu.. hehe..
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 6:20 am
shida
setuju, jangan terlalu taksub dgn andaian yang bukan-bukan sehingga lbh memburukkan keadaan. ini akan diambil kesempatan olh org lain yg suka memburukkan keadaan.
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 6:50 am
politik malaysia bergegar! tun amik keputusan kuar parti. tp aku teringat kata2 seseorang. tak kira berapa banyak pun orang keluar masuk, UMNO tetap UMNO dan ianya akan berkembang dengan caranya sendiri… betulkah? tertanya-tanya sendirian….
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 7:03 am
syam
mengikut peredaran zaman dan kecerdikan manusia itu sendiri. jadi semakin lama semakin banyak isu-isu yg mengejutkan. dunia ini kan ‘pentas’, kita pula ‘pelakon’nya.
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 8:27 am
Ala lumrah lah dalam politik..
Dulu pun presiden UMNO keluar parti..
Patah tumbuh hilang berganti
[Balas Komen]
May 21st, 2008 at 8:53 am
Em..rasanya lepas tiada sokongan dari ahli lain yang tak berani soh Pak Lah letak jawatan perdana Menteri..so Tun cuba lak cara ni..”Tun ada ckap beliau akan masuk balik UMNO bila pak Lah letak jawatan” so tungguuuu…
[Balas Komen]
May 22nd, 2008 at 2:45 am
zool
tapi keutamaannya sudah berlainan. wayang lebih sgt kot
ezad
kekadang kita perlu masuk campur sebagai rakyat yang inginkan kestabilan politik. politik stabil maka ekonomi negara dijana dengan baik
[Balas Komen]
May 22nd, 2008 at 3:15 pm
aku dah muak dengan politik2 neh. bila nak concentrate benda lain plak kan. hehe :)
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 12:34 am
knizam
muak atau tidak, kita terpaksa hadapinya demi negara tercinta. klu politik & ekonomi x stabil, kita takkan dpt nikmati hidup seperti skang ni.
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 8:27 am
berita ini sememangnya mengundang WTF dari pelbagai pihak..
[Balas Komen]
May 24th, 2008 at 4:29 pm
walau apa pun yang dia buat - it’s not his time anymore. dia yang pas pada pak lah, live with it.
[Balas Komen]
May 25th, 2008 at 2:24 pm
truckster
doakan yang bebaik saja.
azwan
itu yang pasti. sepatutnya diberi semangat untuk terus memperbaiki kelemahan. tak kira siapa sekali pun mengepalai pemerintahan negara!
[Balas Komen]