WP Theme, Percubaan Minda Suci Ver 1.0
Alhamdulillah, dapat aku siapkan tema untuk wordpress (wordpress theme) yang diberi nama Minda Suci. Miung-miung kepala aku bermain dengan koding-koding seperti PHP, CSS, dan XHTML (he3).
Namun ianya masih peringkat percubaan. Banyak lagi yang perlu aku ubah suai mengikut kehendak semasa. Tema ini paling ringan iaitu dalam 17kb.
Kriteria yang aku cuba serapkan ialah tidak banyak grafik, 2 kolum, warna putih dan merah dan ber’widget’. Aku suka pada tema yang ringan dan simple.
Harapan sudilah kiranya rakan-rakan memberi komen ke atas tema yang aku sedang guna.
Technorati Tags: megat, minda suci, wordpress, theme, tema
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Friday, August 15th, 2008 at 4:30 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Blog, Wordpress, Theme dan Plugins dan tag Tags: megat, minda suci, tema, wordpress theme. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
August 15th, 2008 at 5:31 am
mantap..simple n smart..laju giler nak load..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 5:53 am
masih dalam percubaan. aku cuba kecilkan fail sebaik mungkin.
terima kasih.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 7:36 am
ko xrasa feedjit tuh melembapkan ke? aku rasa kalau ko nak guna mybloglog…ko buang feedjit tuh…tp terpulang pd ko la..byk sgt plugin pon lembab gak nanti..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 7:45 am
a’ah la baru aku perasan. dari tadi dok test & error. thanks!
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 8:17 am
hehehe percubaan pertama buat theme sendiri. menarik jugak theme ni. hehehehe.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 9:01 am
ok tak!? aku cuba dulu yang mana aku tahu mengenai koding asas. bab grafik mmg aku lemah skit he3
[Balas Komen]
taukey Reply:
August 15th, 2008 at 11:49 pm
cantik ni. mmg simple. tak byk yg perlu edit aku rasa. kalau ada pun mgkn letak header jer kot. hehehe.
bila nak release ke public? :D
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 12:54 am
terima kasih. masih peringkat ujian. tengok memana yg ada kekurangan yang perlu ditambah atau diperbaiki.
klu semunya tiada masalah. insyaallah aku release. he3.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 8:18 am
cantik beb. tapi terlalu putih la… mungkin bahagian header dan tab tu kau boleh bagi cantik sikit… letak background sikit…
[Balas Komen]
aeropama dot com Reply:
August 15th, 2008 at 8:20 am
tak perasan lak aku kau dah pakai wp threaded comment. bro… tolong ajar aku mcm mana kau buangkan ruang avatar (default) dekat bhgn komen ni. aku ade dua avatar lak.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 9:07 am
memula aku pening juga. last-last aku buang terus fail comments.php tapi nak kena guna kod asas wp dalam css.
mungkin kau punya kena tengok macam mana author theme tu kodingkan kod dia. atau pun ko cuba hidden kod tu kat wp threaded comment dgn kod “ di penghujungnya (tanpa quote).
buang salah satu sama ada kat dlm fail comments.php atau kat setting wp threaded comment tu.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 9:02 am
aku nampak juga. macam kosong sangat kan!?
nanti aku cari idea lagi dan update he3. terima kasih atas cadangan bro!
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 8:30 am
ya…megat..fast load..tapi combinasi putih sama merah kau ini,kurang kena pada mata aku..mungkin sebab skang aku tgh bukak spek aku kot..ape2 hall..well done..kau dah jumpa satu sumber pendapatan yang boleh diterokai.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 9:09 am
erm… x match kaler dia eh? permulaan aku merangkai koding-koding aku hanya fikir untuk bermain dgn koding. dan part style sheet aku buat last skali.
warna yg aku terfikir dan warna kegemaran ialah putih & merah. aku bikin theme ni express hu3
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 8:52 am
tolong ajar aku mcm mana kau buangkan ruang avatar (default) dekat bhgn komen ni. aku ade dua avatar lak….
saya pun nak tau gak ttg ni….komen blog sy ade 2 avatar…
saya budak baru belajar
kalau salah tolong rotan, kan
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 9:13 am
uiks tak perlu lah sampai rotan segala wakaka.
ok aku rasa masalah kau sama seperti syam. kau kena tengok koding yang ada mention ‘avatar’ kat dalam fail ‘comments.php’. kau hidden atau buang kod ‘avatar’ tersebut.
jadi hanya tinggalkan kod ‘avatar’ kat dalam wp threaded comment sahaja. aku cadangkan guna kod avatar yang tersedia di plugin tu, nampak ngam skit he3.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 9:24 am
since base kau putih, kau patut cari color yang lebih lembut. aku rasa color merah ni menyakitkan mata sikit. kalau pun kau suka sgt ngan merah, cari tone yg lebih lembut.
btw, kau build from scratch or kau modify dari yg free out there?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 5:52 pm
aku hanya ikut kod asas wordpress.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 9:25 am
btw, lepas type comment, page tak reload, kau buat macam mana? any specific plugin yg kau guna.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 5:53 pm
wp threaded comment plugin. koding java. he3
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 10:38 am
megat, dengan tersiapnya theme percubaan ko nie, aku merasakan sepertinya boleh dibuat business di antara kita (satu lagi income untuk ko megat) kemudian hari.
nanti kita cerita mengenai hal itu. :)
congrats!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 5:55 pm
insyaallah zad! aku nak kau tahu ini adalah asas aku dan aku memang tak suka bermain dengan grafik tapi aku ada belajar edit grafik.
aku sedang pulihkan penyakit aku. aku juga teringin nak jumpa kau he3
terima kasih.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 12:30 pm
Waaa…cantik…memang very simple,ringan,fast load dan entahla…saya memang suka tema baru ni.Simple dan bersih nampaknya.
Tahniah,en megat… :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 5:57 pm
saya pernah bertanya perndapat awak tentang ini kan? Warna kegemaran he3. Salah satu kriteria yang jadikan asas dalam pembinaan theme ini ialah fail yang kecil.
terima kasih cik shila.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 5:04 pm
Since dah ramai komen pasal tone warna, izinkan aku komen pasal nama pulak.
Memandangkan tone ko dah macam ni, aku rasa baik ko kekalkan, cuma instead of “Minda Suci”, tukarkan kepada “Minda Hangat” atau “Minda Panas”! :twisted:
P/s: Cadangan aku jer… Apa pun theme ni memang mantap dan laju giler loading. Aku suka!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 6:01 pm
idea juga tu!? nampak nama “Minda Hangat” sesuai dengan theme ini. aku mmg x buat persediaan apa2. aku cuma terus bermain dengan koding dan hasilnya spt ini.
aku pentingkan loading. sbb ada kena mengena dgn broadband aku yang slow ni. dan mungkin dapat menarik trafik lebih lagi kerana pelawat tak tunggu lama kan!?
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 7:42 pm
wahhhh akhirnya ko tukar theme ek. bila la aku nak kembali ke zaman theme cerah. hehe :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 10:16 pm
alhamdulillah. dan ianya hasil dari usaha aku untuk melahirkan theme yang ringan dan simple.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 8:58 pm
huhu… smart bro.
Layout zaman sekarang laa ni.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 10:17 pm
terima kasih. insya allah aku akan cuba melakukan yang terbaik selepas ini mengikut trend tapi mengekalkan kriteria yang aku sendiri kehendaki kecuali theme yang ditempah oleh pelanggan. he3
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 10:04 pm
theme ni menarik bro.. aku dah ckp.. theme simple mesti menarik.. aku penah buatkan org layout blogspot simple mcm ni.. tp wordpress nye aku tak tau bile nak buat.. huhu.. wordpress aku lebih berminat nak buat plugin.. tp itu pon tak buat2 lagi.. huhu..
kalo ko sedekah kat aku theme ni, aku ubah kaler die sesuaikan dgn Orange4k.. boleh agak kaler ape? huhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 15th, 2008 at 10:19 pm
terima kasih. betul dan sudah tentunya ia amat ringan kerana failnya tidak besar dan kurang menggunakan grafik. aku akan cuba kemaskini dari masa ke semasa.
erm… aku rasa aku tahu hu3.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 2:04 am
laju² hehehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 2:37 am
terima kasih he3. senang nak akses ke blog.
dah boleh buat bisnes nie he3.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 5:40 pm
hehe. aku nak tengok nanti bila dah siap. Huhu..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:35 pm
insyaallah. buat masa ini aku hanya mengadaptasikan pengetahuan aku mengenai kod asas dalam wordpress.
mungkin aku boleh serapkan sedikit grafik untuk lebih mewarnai theme ini atau aku buat theme yang baru utk pasaran semasa.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 9:48 pm
Salam Megat,
Tahniah pasal dah berjaya buat theme sendiri. Sebab enchek ada mintak komen, jadi saya pun nak kasi komen jugak la, huhu..
1) warna merah dan putih memang menawan. Tapi untuk dapatkan keharmonian, boleh tambahkan warna hitam/kelabu gelap dalam design theme ni. Warna hitam/kelabu gelap tu bukan ditujukan kepada warna teks, tapi boleh ditambah kat bahagian lain. Contohnya macam warna background tajuk sidebar.
2) Garis bintik-bintik di bahagian menu dan di bahagian footer macam agak tebal, mungkin boleh kecilkan pixel, atau cuba guna solid border terus.
3) Aligning - tajuk untuk sidebar mungkin boleh guna left-align, berbanding dengan center.
4) Mungkin untuk senarai(lists) di bahagian sidebar atau di bahagian entri perlu dimasukkan ikon. Aku cadangkan elok guna ikon dari famfamfam.com(sebab percuma dan cantik, hehe)
Harap membantu.. =)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 10:23 pm
salam bat.
terima kasih atas komen kau yang membuka lembaran baru untuk aku jadikan kriteria pembentukan wp theme pada masa akan datang.
buat masa ini aku masih dalam ujian theme ini dimana aku perlu lihat keberkesanan theme ini dari segi persembahan koding asasnya.
untuk design, aku perlukan pendapat orang seperti kau, otai web developer. he3. aku cuba adaptasikan beberapa cadangan yang diberikan.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 11:08 pm
iye. xperasan juga kelajuan semasa loading page ni.
yep cukup ringkas dengan tema warna merah putih ni..
mungkin warna kegemaran kamu juga
apekah rasional disebalik nama Minda Suci ya?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 11:20 pm
tiada penegasan dalam maksud Minda Suci hanya nama yang diletak atas kecepatan aku membina theme ini.
semasa aku membangunkan theme ini, aku membayangkan minda aku penuh dengan darah (merah) kerana melihat koding-koding yang memeningkan juga dan kerakusan menyiapkannya dlm masa singkat. serta agresif utk melakukan sesuatu melalui blog ini.
suci melambangkan spt tiada noda (putih bersih), keikhlasan menyampaikan visi dan matlamat melalui blog ini. he3.
theme ini terlalu ringkas. tiada grafik. hanya kod asas dan sedikit design css. disebabkan aku inginkan kelajuan load blog aku.
[Balas Komen]
August 21st, 2008 at 12:25 pm
Lawa la theme ko bro Megat, kat mana nak study benda2 camni yek, aku pon mcm nak buat theme sendiri
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 21st, 2008 at 5:59 pm
terima kasih arjuna! klu kau nak cepat kau kena cari byk artikel percuma di internet ni. atau kau nak tunggu aku komgsi kat blog aku. he3.
apa pun terima kasih pada pakcik google ;)
[Balas Komen]
August 21st, 2008 at 6:48 pm
aku nk buat tp kebinggungan sorg2.. jd aku pikir baik aku buat keje yg aku tau buat aje lah ehhehe…
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 21st, 2008 at 8:19 pm
sebetulnya macam tu lah. setiap individu ada keistimewaan masing-masing.
klu semua individu tahu lakukan semua perkara maka tiada perkara yang boleh jadikan kerja! langsung mendapatkan pendapatan. he3.
[Balas Komen]