Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Blogger – Adakah kita terlalu transparent?

Salam ceria dan salam mesra semua. Nampaknya sekali lagi aku menjadi penulis jemputan bagi menggantikan En. Megat yang pada perkiraan aku sekarang ini sedang menjalani rawatan. Terlebih dahulu sebelum berbicara panjang dalam topik kali ini, aku memohon agar rakan-rakan pembaca sekalian mendoakan kesejahteraan En. Megat dan keluarga. Moga mereka semua dipelihara dan dirahmati Allah. Amin~

Bercakap kembali persoalan yang menjadi tajuk utama kita, adakah kita seorang blogger terlalu transparent? Atau lebih dengan bahasa mudahnya telus. Apabila disebut perkara mengenai blog, apa yang terlintas pada kepala kita sekarang adalah tujuan kewujudan sesebuah blog itu diwujudkan. Ada yang membina sebuah blog untuk mengemas-kini catatan harian, ada juga ingin berkongsi pengalaman, ada juga yang ingin berkongsi ilmu yang baru dipelajari dan macam macam lagi. Pokok pangkalnya tiada sebarang peraturan spesifik yang ditetapkan untuk menjadi seorang penulis.

Blog-blog peribadi merupakan satu trend dimaka kita sering kemaskini segala aktiviti harian kita untuk perkongsian bersama. Dalam pada keasyikan mengemaskini kadang-kala tercatit juga perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicerikan kepada orang lain. Memanglah berkongsi pendapat dan pengalaman itu bagus, tapi sekiranya sampai menceritakan soal zahir batin yang ada pada diri kamu, aku rasa agak kurang sesuai. Kalau nak tulis juga, apa salahnya sekiranya catatan tersebut di buat sahaja sebagai Private Entry. Dengan cara ini ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan atau kesangsian atau kejelakan kepada pembaca anda.

Agak terkejut bila mana pertama kali membaca blog-blog wanita dalam lingkungan usia 25 ke 30, ada diantara mereka yang tidak segan silu menceritakan pengalaman kesakitan datang bulan. Wah.. aku sebagai seorang lelaki memang lah bersimpati. Tapi pada pengamatan aku, rasanya eloklah perkara tersebut tidak diceritakan kepada umum. Meskipun aku tahu kamu sedang berkongsi masalah atau berkongsi pengalaman. Persoalannya… apa kah yang sebenarnya ingin kita tunjukkan kepada dunia ammnya dan kepada Malaysia khasnya mengenai catatan tersebut? Orang putih kate.. “It’s annoying ok~”

Masalahnya orang kita, bila ditegur, dia kata kita menyebok. Bukan menyebok dik… Ya Allah… kamu tak rase malu ker cerita pasal datang bulan kat orang.. banyak ke sikit ker semua kamu cerita. Perut memulas-mulas… Owh.. semua yang matang aku rasa dah tau pon perkara tuh. Kalau tak tau.. Pakcik Google dan Pakcik Wiki kita sedia membantu. Kita akan cepat melenting bila orang menegur perbuatan kita. Tapi kita kurang nampak kesan sampingan kepada masyarakat sekeliling. Mungkin satu hari nanti kamu juga akan berkahwin.. dan jangan marah bila orang cakap:

Kawan: “Itu bini nko ke?”
Kamu:  “Yelah… kenapa?”
Kawan: “Tak silap aku.. dulu dia penulis blog kan?”
Kamu: “Ha`ah.. sekarang ni pon masih menulis blog…”
Kawan: “Engko tak malu ker… ade satu entri dulu, bini nko pernah citer dia period kat dalam blog?”
Kamu: *dalam hati* Gulp…. haram J… mane nak letak muke nih?

Kamu nampakkan kesannya.. Itu baru satu kupasan tajuknya. Belum masuk mereka yang suka mempamerkan gambar-gambar atau wajah seksi-seksa ke dalam blog dengan pelbagai pose. Mak oiii dikk… tak takut ker? Meskipon kamu cuba carik publisiti, tapi abang nak pesan… ingat sama keselamatan tuh. Tadi abang ade mendapat e-mail yang menyatakan seorang gadis telah dijumpai mati dibunuh dengan kejam selepas di rogol. Punca utamanya adalah gadis tersebut meletakkan gambar dan alamat dalam internet. Mungkin diletakkan dalam blog atau dalam facebook dan sebagainya. Aku tak berani nak mengemaskini mengenai e-mail tersebut kerana tiada sebarang berita saheh mengenainya.

Apa-apapun, soal keselamatan perlu titik-beratkan apabila anda menjadi seorang penulis blog. Tak kiralah sama ada blog peribadi, blog perkongsian ilmiah atau sebagainya. Nama sebenar, nombor telefon dan alamat perlu dirahsiakan demi keselamatan anda dan keluarga. Orang cakap aku ni suka berfikiran negatif. Tapi dengan berfikiran sedemikian jugalah yang akan menyelamatkan kita dari diperdaya. Cuba elakkan perkara-perkara sebegini dari terus berlaku.

Cuba renung-renungkan.. dan selamat beramal sambil menulis ye~

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 15 January '10 oleh Kreuger, dalam kategori Motivasi.
279 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , .

54 Komen untuk “Blogger – Adakah kita terlalu transparent?”

16.01.10 at 05:21
Posted by mohdwahidi

RT @megat: sudah update blog Blogger – Adakah kita terlalu transparent? http://bit.ly/7E5oCh komen?

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

15.01.10 at 21:43
Posted by izzat

siapa agaknya gerangan penulis jemputan ini ye? Macam familiar dengan nickname tu..huhu..

betul apa yang diceritakan tu. kadang2 saya sendiri pelik kenapa ada sesetengah blogger ni tanpa segan silu kongsi gambar mereka dalam blog, fb dan sebagainya.Saya mempunyai polisi online saya sendiri dalam dunia internet ni. Saya sebolehnya akan elak meletakkan gambar saya, walaupun dalam blog mahupun FB, kecuali jika terpaksa. FB tu pun hanya kepada teman2 yang dikenali sahaja. Di blog? Sangat2 minima.

Ada sesetengah orang suka tayang macam2, tapi kalau kita lihat gaya orang Malaysia, ada kes baru nak ambil tindakan. Memang kebanyakkan orang Malaysia ni, selagi tak terjadi apa yang tak diingini selagi itulah meraka tidak sedar.
Terkini dari izzat di blog nya – Program Untuk Lepasan SPM oleh UNITEN My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

entah la kan.. sape tah. tak kenal mane asal usul pon. tetibe jer menyemak kat blog ni. haha.

aku pon ade jugak menceritakan kesah peribdi kat blog. tapi tengok konteks la apa yang kite nak cerita kan. takkan la sampai perkara dalam kain pon nak heboh kat orang kan? WTH? malu giler~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 21:58
Posted by myadlan

salam. betul juga pendapat ko. ni penulis yang mentah lagi kot. tulis blog untuk suka-suka share dengan kawan-kawan. tapi diorang mungkin tahu atau tak tahu blog tu especially blogspot memang google boleh index setiap perkataan. kalau aku, aku tak minat nak baca blog terlalu peribadi camtu. unless orang yang rapat dengan kita. hehe

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

xceli tak terlalu mentah sangat jugak la. ada dalam berusia dah mencecah dua tahun lebih blognye tuh. tak boleh nak mention kat sini sebab dikhuatiri bertambah mengaibkan mereka. just nak share jer apa yang patut dan tak patut sebagai orang timur
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:19
Posted by Mr Kamikaze

Yelah ..gua pun rasa heran jgk, byk blog yg selalu menceritakan benda2 yg terlalu peribadi tentang diri mereka di dalam blog..kdg2 kita nak bg komen pun susah gak, sbb kita x kenal dan phm tentang cerita peribadi mereka tu…mgkin kwn2 di jer bolh komen..
Terkini dari Mr Kamikaze di blog nya – Lagi Penyanyi Wanita Hisap Dadah!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

ade sesetengah tuh.. tengok kejap.. then terus tutup. sebab terperanjat.. tetibe keluar lagu kuat ya amat. hahah haram jadez~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:36
Posted by bloginformasi

Nak tarik trafik punya pasal sanggup buka sana-sini.Pathetic.
Terkini dari bloginformasi di blog nya – Volvo S60 2010 Bakal Dilancarkan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

betoi betoi… desperate kot?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:42
Posted by cidimidi

satu entry yang bagus.. untuk kebaikan perempuan.. dari pandangan lelaki..
Terkini dari cidimidi di blog nya – Buasir dan Puncanya. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tak semua lelaki ni gersang.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:42
Posted by paeh

betul tu. sehingga kan ramai laki2 yg xsenonoh dtg nyibuk. walaupun laki tu bkn blogger atau PERTAMA kali jejak blog tnpa sengaja. pasal letak muka tu bahaya gak. tp yg herannya, bila jumap kemain bertudung baik punya, bila tgk gmbr kt blog/laman sosial pun letak gmbr ‘baik’ punya… pelik3

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

itu yang bahayanye beb. depa tak takut ker? aku tengok even blogger lelaki sendiri pon segan nak publish muke kat blog. even dia tuh agak macho atau kacak ar.. bukan ape.. kang ade pembunuh upahan kang.. tak pasal jer google jumpe gambar nko.. dah tersilap bunuh orang plak. hadoi ai
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:43
Posted by umar

assalamualaikum

nice one.betul tu ape yang brother ni cakap.
saya dah banyak kali gak aa tulis dalam blog.
tapi biasa aa bro

orang putih kate “indeed it’s hard to change the mind of the ignorant” atau dalam bahasa melayu kitanya “kalau seseorang dah berada pada tahap kejahilan tertinggi ,takde sape dapat menolong untuk menyedarkannya”

jadi buat kita yang sedar.kita kena ubah aa benda ni..
saya ada gak tulis pasal benda ni act dulu.teguran untuk penulis blog.

http://baikiminda.blogspot.com/2009/12/sedikit-peringatan-untuk-semua-artikel.html

dan yang link bawah ni pulak untuk bahaya facebook

http://baikiminda.blogspot.com/2010/01/adakah-anda-fikir-segala-benda-percuma.html

harap sape2 yang rajin tu baca la.amek ilmu.terima kasih.

assalamualaikum.

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

waalaikum salam wbt.

itu la.. aku tengok pon dah banyak orang bercakap pasal ni. tapi depa tuh buat tak endah. dah la tuh.. bila ditegur.. jawab karek la plak.. so orang macam ni memang aku jauhkan diri. tak berani nak komen dah kat blog dia sebab takut sapa yang ade kaitan kat blog adalah suspek utama. wahh… *aku banyak terpengaruh citer CSI neh*

P/S: thanks for the link. Noted.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:43
Posted by Mr.Bintang

“Dalam pada keaskikan mengemaskini kadang-kala…”
keasyikan ke? hihi..

kadang² blogger sendiri tak paham kenapa dia jadi blogger.. kah kah kah.. bab peribadi tu tul lah ckp ko.. mana la tau tetibe bini kite wat camtu. x ke malu kan? abis smua nak cite.. nasib baik cite atas katil x gtau skali.. haha.. :P
Terkini dari Mr.Bintang di blog nya – Siaran Langsung Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

kekekeke.. aku dah agak dah ade typo.
thanks perbetulkan ye. aku biasa taip..
then terus jer publish. amponkan kami
penunggu gua.

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

keh keh keh.. kat komen pun typo skali lagi.. try cek.. :P
Terkini dari Mr.Bintang di blog nya – Siaran Langsung Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha eh ade eh?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari Mewarna Dengan Photoshop My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:50
Posted by fentofina

betul betul betul..setuju setuju setuju
Terkini dari fentofina di blog nya – Comel ke kejam? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

thanks… betoi kan. harap dapat le ubah sikit apa yang kita tulis dan tempek gambar tuh
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:56
Posted by zool

Betul tu ada benda kita boleh kongsi dan ada yang tak boleh
Terkini dari zool di blog nya – Gerhana matahari cincin My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

haah kan.. jangan sampai kurap kat kaki pon depa nak citer kat orang sudeh… per cer kan?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:56
Posted by Melz

yeap ada sesetengah cerita tidak elok diceritakan . jika dia ingin menceritakan tentang datang bulan . ada baiknya dia jadikan cerita itu sebagai satu informasi . Dalam blog kita boleh huraikan macam² kerana penulisan itu datangnya dari benak pemikiran masing² . Jika ia dihuraikan dengan penuh makna maka ia akan dipandang oleh semua lapisan masyarakat :)
Terkini dari Melz di blog nya – Game | Puji DiriMu Sampai Lebam ! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

aku setuju pasal perkara ni. nak citer tuh boleh.. tapi biarlah nampak ilmiah dengan sumber fakta carian yang sahih seperti di wikipedia ka.. kan nampak berinformasi sikit entri macam tuh.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 22:59
Posted by ayim

salam :)
mungkin kerana mereka anggap menulis blog macam menulis diary sahaja. dan terasa seperti tiada batasan dalam menulis.
terlupa kot yang orang lain baca juga.
Terkini dari ayim di blog nya – semoga ini hari terakhir aku bergelar medical student ‘– My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

sesetengahnya macam tuh la beb. memang la kite tau semua orang boleh memiliki blog. dan anggap blog adalah digital diari. tapi masalah keterlampauan keterbukaan tuh boleh mengundang padah. kita kadangkalan terover dos berblog
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.01.10 at 23:19
Posted by blowie

kalau letak address dgn no telpon tu mmg nak carik nahas la. tak pasal2 je hidup tak tenteram :D
Terkini dari blowie di blog nya – Azam Tahun 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

nak publisiti ke nak jual body?
tah le yop.. idok le teman paham deme nih
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 00:44
Posted by MrsNor

Salam. Teramat setuju dgn pandangan saudara. Kekadang masuk blog budak2 muda ni, naik malu rasanya…dgn gambar yg kurang sesuai (hatta yg bertudung pun), dgn tulisan yg over transparent. Apa sebenarnya mrk nak dedahkan?? Kekadang terpikir dah hilangkan rasa malu mrk ni? Yg herannya kebykkan nya adalah blog pompuan..blog anak2 muda lelaki tidak lah pula nampak menggatalnya! Atau memang lor ni pompuan terlalu berani dan over daring???
Terkini dari MrsNor di blog nya – Give Away Barang Deko English Style My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

Wsalam. terima kasih kerana bersetongkol. hehe.. jangan marah ye. saya memang macam ni.

you’ve gotta correct point. kat luar bertudung.. dalam blog seksi giler… pergh.. musang mane tak terliur tengok ayam betina kan?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 07:20
Posted by atie

time kasih kerana slg mengingatkan..kdg2 manusia ni alpa..huhuhu
Terkini dari atie di blog nya – Tulisan Ku Chantique My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

sama-sama.. apa yang penting dalam tajuk kali ini adalah aspek keselamatan dalam menulis blog. itu adalah rumusan utama.

terima kasih kembali ye
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 10:12
Posted by Eldy

lantak diorang mau tulis apa.. x berminat gua kan tekan x ^^ haha ~
Terkini dari Eldy di blog nya – Naif itu membunuh blogger My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hohoho… lebih elok kita tegur sikap mereka demi keselamatan anak bangsa. ini juga sebagai salah satu tanggung jawab kita sebagai satu Malaysia…

P/S: Kata nak jadi rakyat 1Malaysia.. macam mane nih? hehe~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 12:09
Posted by nesca

kat luar pakai tudung, kat blog dia tak pulak. itulah gadis on off namanya ngeeee
Terkini dari nesca di blog nya – Yan’s Big Day My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

on off macam suis lampu beb. haha.
pawer ayat nko eh?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 13:32
Posted by Akuro San

tiba-tiba rasa nak check balik entri-entri yang pernah dipublish ke dalam blog~ huhu~ : P
Terkini dari Akuro San di blog nya – Petanda Gerhana Matahari 15 Januari 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tudia.. hahaha.. takut kene tempias ke cik akak?
tadek la.. entri macam ni adalah sebagai perkongsian ilmu jer. tadek pon nak pimp point sesapa. tak guna tunding jari. baik kita carik jalan penyelesaian. kalau molek orang akap sebut bangsa kita jugak. kalau rosak.. orang still cakap bangsa kita jugak. yang lagi bestnye… kita sesama kita kutuk bangsa kita? so per cer? salah kita jugak sebab tak jaga diri kita sendiri.. haaa.. kan? okeh.. kita kene pikir lah sendiri..
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.01.10 at 23:44
Posted by mohdisa

wah, entri ini macam ditujukan kepada kaum perempuan sahaja. hehe, apa2 pun. betul apa yg diperkatakan. smpi kadang2 tu terbaca entri yg bukan2. lebih kepada sifat emosi yang melampau. kalau benar pun ingin berkongsi atau meluahkan sesuatu. biarlah dinyatakan di perenggan pertama. takdalah orang tegur nnt. pasal gambar tu pun masalah juga. papar gambar seksi meksi watpe. nak tayang satu dunia yg dia cantek ke? hehe, aku lelaki nak letak gambar aku dlu pun pk byk kali. :)
Terkini dari mohdisa di blog nya – Banner Wish Contest – Jom Kenal Apa Itu Banner My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha… tegelak aku bace komen nko. betul beb. tiap kali blog mesti nak citer pasal period.. grow up la..
spender pon jadi isu nak citer tak tau nak letak
mane.. hek eleh… tak malunye…
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

tahu takpa, smpi aku fedup pun ada nak masuk blog dorg. hehe, lain la kak jie. mantop beb. :P
Terkini dari mohdisa di blog nya – Misi Memenangi RM13000 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.01.10 at 13:01
Posted by dilot

kdg2 kita tak sedar, entri kita ni bakal menarik perhatian si pencari…sbb skang ni dilot tgh mengalaminya..org cr gmbr dilot, data dilot,

tp..nasib baikla dilot mmg jenis tak gemar letak gmbr betul2 or cerite peribadi sgt…kalau mmg naya je…
Terkini dari dilot di blog nya – kau cari apa tu dalam blog orang? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

ni yang bahaya ni… penjenayah sekarang ni
dah canggih.. cuma perogol bersiri jer
takkan nak kate dia perogol bersiri dalam
facebook.. tapi tau ke kita identiti asal
beliau kan?
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.01.10 at 17:20
Posted by arrizz

wah jgn jdi tlalu peribadi laa..smpi bnde2 cm tue pon nak wt jdi entri..ke dah xde idea nak tulis sal apa? klau xda idea, bek tak pyah tulis..ne x, ibarat bka pekung didada..
Terkini dari arrizz di blog nya – Perhatian Blogger! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha… bukan tak de beb.. malah aku tengok
ramai yang macam tu.. yang blogger lelaki plak
agak sopan santun menulis dengan gaya bahasa
penuh skema KBSM. orang pompuan??? pergh…
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

18.01.10 at 06:35
Posted by azura

betul laaa.. ingatan untuk saya jugak
Terkini dari azura di blog nya – MY SWEET VIVA My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

same same kita ingat-mengingati kan.
thanks~
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

18.01.10 at 10:26
Posted by luth textile

wah.. entry best..
paku memaku mmg best.. semua dah ditulis kat atas tu, cukup la taktau nak komen apa.. huhu..

jaga diri..

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hang paku ape? paku payung ke paku dulang
paku serpih? hehehe

P/S: aku cuma si paku pakis jer. haha
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

20.01.10 at 23:59
Posted by Si Naga

tulaa..
aku terasa ccam artis plak lepas tulis blog..
semua benda pasal diri aku orang tahu..
lepas ni kena lebih cover2..
Terkini dari Si Naga di blog nya – Malas My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

aik… termakan cili ke bung?
xceli tak kata sesapa la.. kadang kala
aku pon menulis macam tuh jugak.. tapi
tengok side mana kita menulis… ianya
mesti ade luahan.. tapi segi macam mana
dan gaya bahasa kita bercerita.

kadangkala… kita reka cerita pun
orang kata itu cerita betul juga.
anda seorang penulis.. maka lahirkanlah
kreativiti anda.
Terkini dari Kreuger di blog nya – POPCorn celur tepung McDonald My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.02.10 at 08:50
Posted by safar

hal peribadi pun kamu mahu cerita pada entri blog.nak cerita jangan terlalu peribadi sangat.
Terkini dari safar di blog nya – Pengkianat makmal penyelidikan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

yang labih malu kan… siap tanye reader dia.. seluar kecik dah tak ade idea nak simpan mana coz terlampau banyak sangat… giler…

series weh.. tak caya cube la google perkataan seluar kecik.. kot kot jumpe blog yang aku katakan tuh. haha
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled