Assalamualaikum dan selamat datang ke blog tukang kebun, MEGAT.

Blogger We Care, Adik Ammar Perlu Bantuan!

Aku masih dalam tempoh hibernasi. Masih sedang dalam proses rawatan dan menjadi ujikaji untuk ahli perubatan merawat penyakit aku sehabis baik. Seminggu aku terpaksa ulang alik ke hospital dan masih bergantung kepada ubat, jika tidak memberi kesan, aku akan ditahan di wad untuk kajian seterusnya.

Sementara ini aku masih sekali sekala berada di dalam talian (online) tetapi hanya memerhati dan memulakan langkah projek-projek baru atas tajaan. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini, segala kebimbangan dan beban yang ditanggung bertambah lega.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Blogger We Care - Bantu Adik Ammar!

Blogger We Care - Bantu Adik Ammar!

Tapi kali ini aku terpanggil dengan berita kesakitan seorang kanak-kanak yang menghidapi sakit jantung (PDA). Adik Ammar yang berusia 2 tahun terpaksa menerima ketentuan sebegitu rupa walaupun dia sendiri tidak memahami apa yang menghadapinya.

Apatah lagi cuba kita fahami perasaan seorang ibu yang uruskan penderitaan anaknya yang lahir dari rahimnya. Aku baca sendiri di blog Puan Asmaniza yang meluahkan bebanan yang ditanggung setelah terpaksa ulang alik ke hospital berusaha menyelamatkan kesihatan anaknya, Ammar.

Subhanallah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin kita tidak berada benar-benar dalam situasinya. Situasi ibu yang sentiasa bimbang dengan kesihatan. Situasi bapa yang terpaksa mencari sumber kewangan untuk menanggung kos rawatan. Sudah pasti ia cukup memberi impak yang sangat dalam.

Dalam keadaan seperti itu, sudah pasti mendatangkan kebuntuan ke atas ibu bapa Ammar. Demi Ammar, sama-samalah kita beri bantuan. Yang berat kita dapat ringankan jika kita sama-sama bantu dan beri kata-kata semangat dan dorongan. Ringankan kebimbangan yang menghantui ibu dan bapanya.

Ingatlah, tidak semua orang setabah Ammar, ibu dan bapanya. Dan dalam dunia kini, tidak semua orang juga yang punyai pendirian seperti ibu dan bapa Ammar. Lihat sahajalah kasih seorang ibu dan kasih seorang bapa terhadap anaknya, sanggup berhabis demi kerana kesihatan anak.

Adik Ammar, kuatkan semangatmu, ingat ibu dan ayah.

Untuk Puan Asmaniza dan suami, insya allah kami cuba membantu. Beri dorongan memang mudah tapi yang menanggungnya amat berat kan? Tabakan hati dan kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH.

Bantulah! Setiap klik ke atas banner yang diletakkan di blog kamu akan disumbangkan sebanyak RM1 dan disalurkan kepada Adik Ammar. Mudah-mudahan bantuan yang kita berikan dapat selamatkan banyak nyawa disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara islam kita, insya allah.

Blog ini meletakkan banner tersebut di sudut kanan, klik untuk membantu. Lanjut, rujuk di blog En Hydir.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 29 January '10 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , .

7 Komen untuk “Blogger We Care, Adik Ammar Perlu Bantuan!”

29.01.10 at 09:28
Posted by Ayah Aiman

kesian kan. kecik2 lagi dah diuji dgn dugaan yang sungguh memeritkan. moga2 adik ammar cepat mendapat kesembuhan hendaknya. tak lupa juga utk megat juga..

p/s: aku masih binggung, macamana kita boleh buat sumbangan dengan mengklik banner tersebut???
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – AKU Tengah Berkabung… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

29.01.10 at 12:19
Posted by zaryl

insyaAllah kita akn sama2 membantu..
Terkini dari zaryl di blog nya – Saat kita berpisah… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

29.01.10 at 15:16
Posted by AnakAnakKita

kadang2 kita tak tahu bila kita akan ditimpa masalah dan musibah
dan kadang kala kita tak tahu apakah kita mampu harungi seorang diri
dan jika ada tangan yang menyokong kita semestinya baik :)
Terkini dari AnakAnakKita di blog nya – Filem 30 Minit : Dehidrasi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

29.01.10 at 22:30
Posted by mrkay

Bro, rasa mcm ada salah info disitu. setiap blog yg letak banner tu kat sidebar akan jana RM1 utk adik Ammar oleh bro hydir.

Aku kesian tgk adik ammar. masih belum mengerti tentang hidup. kasihan melihat ibu bapanya yang sentiasa risaukan ammar. semoga Allah bantu mereka.
Terkini dari mrkay di blog nya – Teruja Dek Innity & DiGi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.02.10 at 09:45
Posted by safar

kuatkan semangat.semoga cepat sembuh.
Terkini dari safar di blog nya – Pengkianat makmal penyelidikan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

06.02.10 at 14:24
Posted by Dak Wan

Nuffnang pon dah promote pasal ni jugak. Insyallah adalah pertolongan yang bakal diterima nanti tu.
Terkini dari Dak Wan di blog nya – Buat Para Sahabat! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

10.02.10 at 18:41
Posted by Azhar

Blogger We Care..support all the way
Terkini dari Azhar di blog nya – EDISI SERGAH – ARC@ASFAN My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled