Buat Duit : Persediaan Minda
Kita telah didedahkan dengan pelbagai cara dan teknik tentang bagaimana untuk menjana duit melalui kaedah moden iaitu internet. Zaman dah berubah kan? Dunia semakin maju. Tak kisah lah benda lain, yang aku nak isukan dan bincangkan ialah bagaimana caranya untuk menerima kaedah moden seperti ini!?
Benar ianya masih baru dan tak semua orang belum lagi menerima sepenuhnya kaedah ini. Tetapi percayalah akan datang ia akan menjadi satu budaya seperti kita menerima kaedah moden tentang perkara lain. Sukar sangatkah?
Seperti aku, yang aku tahu perniagaan di internet tidak memerlukan modal yang besar seperti perniagaan tradisional tetapi perlukan persiadaan minda dan emosi yang optimum untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan di dunia terbuka.
Perkara yang paling penting ialah kuatkan minda anda. Dengan minda yang baik anda dapat mengawal keseluruhan pergerakan positif anda di internet. Sangat penting untuk membentuk budaya jati diri dan disiplin anda sendiri. Siapa lagi yang akan mengubah hidup anda sendiri!
Emosi juga main peranan jika tidak dijaga dengan baik. Terlalu bermain dengan emosi akan menghadkan atau menyebabkan minda anda juga tidak stabil. Melebihkan emosi akan menenggelamkan minda anda sendiri.
Aku sendiri akan cuba perolehi syarat-syarat utama untuk memulakan aktiviti menjana duit di internet. Malah akan cuba jika ada jalan untuk menjadi usahawan internet!
Ingat! Tiada siapa yang dapat membentuk cara anda berfikir dan mengawal emosi anda kecuali anda sendiri.
ps : doakan kejayaan aku.
August 4th, 2008 at 11:55 pm
aku dah bersedia. dan aku bajet dapat duit yg banyak lagi 2 tahun. hehe :)
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 11:56 pm
emosi yang negatif pasti membawa ke hasil yang negatif…
gud luck kawan…
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 11:57 pm
Yang penting, kita optimis. Yeah!
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 1:01 am
knizam - insyaallah lambat laun jika kena pada landasannya akan berjaya juga
syam - terima kasih syam. good luck kpd ko juga!
atiqah - optimistik! ya sudah pasti.
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 1:06 am
ya betul.. evolusi minda. kena kawal.. kenkadang give up..
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 1:09 am
tentukan matlamat kita pada minda dahulu sebelum
terjemahkan….
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 1:18 am
bob - komen dari orang macam lu bob dapat menaikkan semangat gua! terima kasih bro!
afzaiafandi - insyaallah, kata-kata dari senior seperti ko juga menjadi pegangan bagi orang mcm aku. terima kasih.
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 2:33 am
Takper Megat. Mungkin ebook yang aku akan buat ini akan dapat menolong engkau menjana wang yang lebih di rumah. InsyaAllah
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 4:11 am
rohaizad - insyaallah. tak sabar rasanya tunggu ebook hasil tangan ko. menanti sebarang point yg dpt membantu. semoga usaha ko diberkati dan bertambah rezekinya.
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 8:11 am
dpt duit tabut sket bro. hehe!
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 1:16 pm
persediaan minda penting - aku notis byk blogger yg sudah give up bila blog yg diharapkan dpt mmberi pulangan gagal berbuat demikian.
kata mudah - berhenti sebelum matang - traffics, reader & sebagainya.
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 3:29 pm
a lot of thing to study… lots of memories to recall ;)
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 4:41 pm
merah - insyaallah kena jiwa kental skit ehehe.
zen - betul, derang ingat dpt duit dlm internet semudah orang minta sedekah di kaki lima. cara apa pun pasti perlukan usaha dan pengorbanan.
momok - is it!?
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 10:48 pm
pakcik dulu buat web sekadar suka2 jer.. tak terfikir pon boleh buat duit.. ade kawan soh boh iklan.. pakcik boh.. bila dah berada dalam alam blog nie baru pakcik tau banyak jalan/cara lain lagi buat duit… tapi minda pakcik masih sekadar suka2. belum serius nak buat duit dengan internet…
[Balas Komen]
August 6th, 2008 at 12:03 am
uncle g - setiap akan orang akan sampai kesedaran dengan sendirinya apabila sampai waktunya. aku rasa dalam dunia tanpa sempadan ni peluang terbuka luas.
[Balas Komen]
August 6th, 2008 at 1:10 am
ya lah bro.. too many chapter to revise back… now day all system going intelligent and some more word ‘dunia makin maju..ahakss’
ni aku tgh study technical multiply video broadcasting… etc wahh i think i don’t enough time. but life must go on…
[Balas Komen]
August 6th, 2008 at 1:13 am
momok - ya lah aku faham eheh. cara yang ko buat pun bagus juga dan tgh popular skang ni
[Balas Komen]