Buat Duit : Tip-tip Dan Teknik-teknik

Sudah hampir sebulan aku terlantar di rumah selama itu juga aku tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang makan gaji. Selama itu aku gunakan kesempatan yang ada untuk aku tahu lebih lanjut mengenai perniagaan internet. Sekarang ini pun dah rasa macam penulis blog sepenuh masa (ekeke).

Sebenarnya aku juga dibayangi dengan persoalan dimana ramai antara para blog atau mereka yang ingin ceburi bidang perniagaan internet berputus asa. Baru sekarang aku sedar antara kesilapan utama mereka ialah mereka tidak melalui jalan yang sebetulnya.

Banyak juga perkara yang aku dapat belajar dari usahawan internet yang telah berjaya. Dan sekarang aku masih mencuba tip-tip dan teknik-teknik yang betul untuk memulakan setiap peluang buat duit di internet.

Aku telah membeli beberapa ebook yang boleh membantu dengan lebih mendalam tentang tip-tip dan teknik-teknik yang betul hasil nukilan dari usahawan internet sebelumnya. Dan ini adalah modal atau langkah awal jika ingin menjadi usahawan internet!

Aku masih dalam peringkat mencuba setiap langkah-langkah dan lihat keberkesanannya. Selepas itu baru aku hebahkan kajian setiap tip-tip dan teknik-teknik tersebut. Cuma aku tidak mahu perubahan itu mendadak dan terlalu mendesak.

Siapa tahu aku juga boleh menjadi usahawan internet dan juga penulis blog sepenuh masa seperti saudara Rohaizad dan rakan-rakan lain yang seangkatan.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

5 Responses to “Buat Duit : Tip-tip Dan Teknik-teknik”

  1. zen kata :

    aku belum jumpa lagi teknik2 yang betul..mungkin belum mencari..harap jumpa dalam masa terdekat..dah sesak nih

    [Balas Komen]

  2. damya @ intan kata :

    tahniah2… moge berjaya menjadi usahawan internet yg terkemuka… ;)

    [Balas Komen]

  3. Megat kata :

    zen - tip & teknik paling mujarab ialah kita sendiri yang melakukan ‘test & error’. kalau sanggup beli ebook yang ada mengajar mengenainya. klu ada pun x berapa detail.

    intan aka damya - terima kasih intan. insyaallah doakan saya. nak jadi novelis macam intan boleh!? eheh

    [Balas Komen]

  4. KNizam kata :

    tak sabar2 aku nak tunggu ebook ko plak. hehe :)

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    knizam - insyaallah. doakan. mungkin ada cara lain lagi. masih boleh kembangkan kan!?

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.