Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Carian Keyword Panas, Trafik Mantap!

Bila cerita bab keyword panas ni, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin tahu rahsianya. Dengan itu semakin banyaklah berlaku kesesakan mahu pun kesesatan yang berlaku ke atas trafik sesuatu blog. Bergantung kepada usaha para blogger, ilmu pasti boleh dicari walau pun percuma tetapi kepakaran (skill) sememangnya tidak boleh dapat percuma (he3).

Tak susah jika kita tahu. Yang susahnya bila kita tak tahu

Suka betul aku akan ayat tersebut. Cukup sinis. Tak tahulah jika kamu masih tidak faham apa maksud terselindung di sebaliknya. Kalau tak faham juga, sahlah kamu kena jumpa makcik Sarah tukang urut alat sulit lelaki kat Muar ni (ha3).

keyword panas di enjin carian

Ok cukup mukadimah bebelan aku, suka aku tengok antara keyword panas yang masuk ke blog aku ni. Blog ini pun tidak lah sebagus mana tapi aku suka melihat keyword sihat yang menerjah masuk ke blog ini. Agak konsisten (kununnya) trafik yang dibawa melalui terma carian katakunci dari enjin carian.

Fikirkan balik bukan hanya bermain dengan keyword lucah, artis bogel, lisa surihani dan yang seangkatan sahaja yang boleh kita jadikan punca trafik. Selalunya keyword lucah dan hangat tersebut lebih menjadi trend kerana ingin mendapatkan trafik cepat, senang cerita nak popular cepat. Tetapi sedar atau tidak, keyword seperti dalam gambarajah juga lama kelamaan menjadi penyumbang utama kepada blog kita.

Jika kamu serius menulis dan memikirkan untuk jangkamasa panjang, maka bersabarlah. Indek carian di enjin carian bakal menemui kebarangkalian setiap patah perkataan yang hangat dan popular. Ambil contoh, mana lebih mudah menerima kebarangkalian diindek enjin carian, blog yang punyai 200 entri atau yang punyai 20 entri?

Jumlah perkataan yang bersangkut paut dengan keyword juga mainkan peranan. Ini penting untuk bermain dengan keberatan keyword-keyword (keyword density) yang diguna pakai. Kepada blogger baru pasti nampak macam menyusahkan tetapi percayalah, apabila sudah terbiasa dengan mainan tersebut akan menjadi mudah.

Yang penting kamu tahu bagaimana nak memanipulasikan penggunaan SEO dan acuan pembaca pada ketika ini. Jangan formal sangat, sampai pembaca nak baca pun macam boring. Yakin setiap penulisan ada sasaran pembacanya yang tersendiri. Tetapi apa yang penting untuk kekalkan trafik adalah menulis berdasarkan keyword yang bersesuaian dan kebarangkalian untuk mudah masuk ke blog kamu.

Kenapa perlu keyword sesuai? Yalah ada ramai pilih keyword popular dan panas tetapi apa guna jika keyword tersebut punyai berjuta-juta carian. Agak-agak dapat tak senarai putan ke entri blog kamu di muka hadapan? Yang ini dipanggil kepakaran masing-masing. Ilmu pasal SEO memang semua boleh cari tetapi kepakaran adalah berdasarkan pengalaman dan kajian individu!

Aduh panjang betul membebel, cukuplah setakat ini dahulu. Kamu perlu rujuk untuk mengetahui apa itu SEO dan fungsinya dan memerhatikan carta aliran bagaimana SEO melakukan kerjanya.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 5 May '10 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
242 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , .

46 Komen untuk “Carian Keyword Panas, Trafik Mantap!”

05.05.10 at 12:44
Posted by judinbo

RT: @megat: Carian Keyword Panas, Trafik Mantap! http://goo.gl/fb/tgkAd

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

05.05.10 at 12:45
Posted by x-po

hoho hantu seo la ni ek bro? hehe pe2 pun, mmg syok main seo

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bukan hantu lagi, dah syaitan nirrajim dah ni (ha3). apa pun setiap perkara yang kita lakukan perlu di uji untuk pemahaman.

kalau jadi ikutan memang mati.

[Jawab Balas]

hafizmd beri maklum balas:

mmg syok x-po..tapi kadang2 naik kematu juge kepala ni..hihi
Terkini dari hafizmd di blog nya – Abah..kami sayang abah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

05.05.10 at 12:53
Posted by ejam

bagus bermain dgn seo nie, sy masih lagi belajar bermain dgn seo nie…
Terkini dari ejam di blog nya – Majlis Perkahwinan Adik Lelaki No.4 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

nak balajar SEO ni memang tiada penghujung sebab bergantung kpd teori orang lain. itu sebab kita pun kena ada skill dan teori sendiri.

[Jawab Balas]

ejam beri maklum balas:

benar, janji faham konsep, campak ler ke bidang apa pun kompom boleh idup…
idup jgn bergantung pd buku, kena faham konsep…
Terkini dari ejam di blog nya – Majlis Perkahwinan Adik Lelaki No.4 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

silapnya orang kita selalu bergantung kpd ilmu yang ada. ilmu sekunder. bila di beri UJIAN, terus jalan bersepah!

aku setuju, setiap apa yang kita lakukan perlu ada konsep. inilah yang selalunya orang kita selalu GAGAL.

ia boleh diibaratkan sebagai diagram setiap apa yang kita lakukan.

[Jawab Balas]

05.05.10 at 13:28
Posted by Syafrizal

Aku pun ada keyword-keyword yang sihat yang boleh aku buat artikel pasal keyword tersebut. Memang SEO abis la hehe.
Terkini dari Syafrizal di blog nya – Logo Halal Negara Asing My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lagi gempak keyword tersebut masuk hari-hari. bukan bermusim, itu yang trafik stable tu.

[Jawab Balas]

05.05.10 at 14:58
Posted by samdaddycool

Wahh.. ada nampak semangat entri kali ni.. Well done bro.
Aku tgh memalaskan diri nak pergi niaga, nak fokus online je dulu. Tak larat la sebab kuasa membeli kurang, cuaca plak mencabar keimanan.

p/s- bila nak kemas kedai ni.. bole buat port ONLINE..
Terkini dari samdaddycool di blog nya – LinkFromBlog : Another online business opportunity My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

biasa sahaja. aku cuba memanipulasikan keadaan. yang penting selagi nyawa tidak dicabut, hidup pasti perlu diteruskan!

p/s – bila nak kemas? boleh bikin opis kot?

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

tgh berusaha, setllekan satu persatu ikut priority..
Terkini dari samdaddycool di blog nya – LinkFromBlog : Another online business opportunity My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

05.05.10 at 17:46
Posted by Mohamad Zamri

wah boleh belajar dari pada otai megat nie..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mana ada otai bro, sama-sama kita belajar. mungkin semua orang tahu apa itu SEO, tapi ramai yang tak tahu tekniknya.

takpe, tak rugi kalau ilmu dikongsi ;)

[Jawab Balas]

05.05.10 at 19:38
Posted by Kreuger

semakin bersemangat en megat sekarang. harap ters bersemangat menulis sampai bebila. kalau kita dok pikirkan masalah sangat.. nanti jalan penyelesaian pon jadi blur. better kita berfikir dengan tenang.. lama-lama datang la ilham..

kuatkan semangat en megat. en megat tunggak keluarga. amin~
Terkini dari Kreuger di blog nya – POSTMORTEM : Cuti-Cuti Malaysia Di Mersing My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kerana ALAAH ta’ala. insya allah.

[Jawab Balas]

06.05.10 at 05:31
Posted by mohdisa

aku pun tengah cuba-cuba bermain dengan keyword yang panas lagi hangat ni. memang boleh mendatangkan trafik yang tinggi. tambahan mentaliti orang melayu kita yang suka dengan keyword2 panas. eheh
Terkini dari mohdisa di blog nya – Seronoknya Bercumbuan Bersama Si Dia My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

keyword panas mana ni isa? he3. jangan panas sangat nanti tak berkat pula hasilnya. maksud aku, keyword panas aku lebih kepada keyword yang membawa trafik berterusan walaupun tidak meletup!

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

uiks, takdalah sampai keyword yang tak berkat dan tak berkaitan. just keyword yang orang malaysia suka cari jerk. hehe, tak abis lagi menuntut dengan bro lagi ni.
Terkini dari mohdisa di blog nya – Seronoknya Bercumbuan Bersama Si Dia My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

menuntut!? kena pengeras ni (ha3).

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

pengeras? haha, apa pengerasnya tok?

[Jawab Balas]

06.05.10 at 11:18
Posted by zool

Banyak keyword menarik dan ada yang lebih kurang sama.. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin juga genre penulisan sama atau mungkin juga perkataan yang ditulis punyai sama maksud.

[Jawab Balas]

06.05.10 at 11:31
Posted by hafizmd

lama tak berkunjung ke blog bro megat ni..alhamdulillah..nampaknye bro dah makin sihat dan ceria..alhamdulillah..

seo ek..akupun baru jer nak bertatih..adelah sikit2 belajar situ sini..yg penting rase nak belajar tuh ade..lau tak..tak kemane lah kite..kan?

p/s – moge terus semangat utk berblogging..yeahhaa..
Terkini dari hafizmd di blog nya – Abah..kami sayang abah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

selamat datang kembali. insya allah aku sedang menghabiskan masa hidup aku. jadi aku tak sia-siakan. jika umur aku panjang maka blog ini tetap akan diteruskan sehingga nyawa yang terakhir.

teruskan belajar tentang SEO. blogger bukan boleh dapat rezeki macam tu je, mesti perlu ada skill.

[Jawab Balas]

06.05.10 at 12:46
Posted by Nadri

entri yg panjang kali nie..biasanya entri pendek2 shj..mudah2 semangat ini terus membara..

saya tahu apa itu SEO & belum mahir utk bermain2 dgn CEO..mgkn kena cari GURU selepas ini..
Terkini dari Nadri di blog nya – 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, semuanya kerana ALLAH ta’ala.

SEO tidak mantap jika langkah-langkahnya tak betul. salah satu silap, mungkin boleh jadikan keseluruhan satu kesilapan ;)

[Jawab Balas]

06.05.10 at 20:57
Posted by titan

kalau nak cerita keyword dan seo ni, memang bleh gelak ketawa tengok keyword yg diorang cari kat blog kita..
Terkini dari titan di blog nya – How to cheat your girl friend? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu lah, banyak keyword yang rasanya tak dijangka kan? he3.

[Jawab Balas]

07.05.10 at 11:30
Posted by zik

megat pun ada orang cari… :-)
Terkini dari zik di blog nya – Keistimewaan Hari jumaat. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ntah megat mana yang dicari tapi jumpa aku (kah3)

[Jawab Balas]

08.05.10 at 13:22
Posted by joegrimjow

ahaaaa
besenya lusyah2 ni yg slalu prg cari
haishh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

biasa la tu. dah terdedah sangat pun. apatah di dunia tanpa batasan ni.

[Jawab Balas]

[...] membaca entri di Megat.net yang bertajuk Carian Keyword Panas, Trafik Mantap! dan entri di Ariffshah.com bertajuk Belajar SEO [...]

11.05.10 at 08:06
Posted by aizuddin

aku tengah nak bereksperimen dengan keyword2 ni..hehe
Terkini dari aizuddin di blog nya – Aku Pemenang Contest Internet Anjuran Atok Poyos! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cun! teruskan dengan eksperiman ko. yalah siapa tahu nasib masing-masing. untung sabut timbul ;)

[Jawab Balas]

11.05.10 at 12:47
Posted by cikgu lapar

wahh..penuh dengan taktik seo nih..
Terkini dari cikgu lapar di blog nya – Bila pelajar malas bawa buku teks.. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

takdelah cikgu, masih belajar lagi ni. cuma rasa macam puas sikit pasal sudah faham konsepnya. cuma skillnya perlu dicari ;)

[Jawab Balas]

11.05.10 at 16:02
Posted by ishak

bro megat ni pakar seo…..rupanya
Terkini dari ishak di blog nya – Anak siapakah si kecil ini ? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.05.10 at 18:56
Posted by sinagarimba

salam bro,
first time ziarah.
baru nak belajar apa itu SEO.
betul kata bro, tak susah jika kita tahu.
yang susahnya bila kita tidak tahu.

[Jawab Balas]

01.06.10 at 22:52
Posted by jawatan kosong

memang betul la tu, keyword panas membuat trafik datang dengan sendirinya..
Terkini dari jawatan kosong di blog nya – AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

02.06.10 at 04:12
Posted by joev

perkongsian yang menarik,masih pening lagi dengan seo ni

[Jawab Balas]

18.06.10 at 14:40
Posted by FadzilahMamat

Idea yang menarik. Saya akan cuba praktikkan untuk mening

[Jawab Balas]

18.06.10 at 14:42
Posted by FadzilahMamat

Saya akan cuba praktikkan untuk meningkatkan trafik ke blog saya..

Terima kasih bro..

[Jawab Balas]

08.08.10 at 20:50
Posted by abgreds

abgreds yg baru belajar berblog kena gak tempias seo ni. tak sangka lak mula-mula. sekarang dah paham le..
Terkini dari abgreds di blog nya – Keywords melayuMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled