Sejak sebulan kebelakangan ini, blog ini alami masalah untuk menerbitkan catatan baru. Oleh sebab itu sekian lama tidak dicatatkan entri-entri yang menarik dan berfaedah. Yang mana yang terlepas adalah entri-entri sampah yang diterbitkan setelah aku selesai menulis panjang tetapi gagal diterbitkan. Malah tulisan tersebut hilang begitu sahaja.
Oleh itu aku mencari alternatif untuk selesaikan masalah tersebut. Selain aku rasa masalah ini datang dari kegagalan capaian internet yang sempurna melalui jalur lebar tanpa wayar Celcom. Malah masalah tersebut bukan sahaja mengganggu menerbitkan catatan di blog yang ini sahaja, blog-blog lain juga terganggu.

ScribeFire, aplikasi yang aku llihat mungkin menyelesaikan masalah aku (itu pun jika entri ini berjaya diterbitkan). Disamping itu juga, aku dapat menyelesaikan masalah utama dimana setelah aku menulis panjang, entri tersebut hilang begitu sahaja.
Dengan bantuan aplikasi tersebut, sekurang-kurangnya aku dapat menyimpan catatan tersebut sebelum aku betul-betul dapat menerbitkannya ke blog. Dan memudahkan aku menulis catatan untuk blog-blog lain juga dimana memerlukan aku merujuk data-data di internet!
Ia bukan sahaja berlaku apabila aku hendak kemaskini blog ini tetapi masalah untuk membalas komen di blog ini mahu pun di blog lain yang menggunakan skrip java. Ada yang aku tak ketahui ke!?
Mungkin rakan-rakan juga mampu untuk membantu aku untuk selesaikan masalah tersebut. Mungkin juga kau juga telah alami atau punyai masalah yang sama.
PS :
- Aku harap entri ini berjaya diterbitkan menggunakan aplikasi ScribeFire.
- Aku semakin tertekan dengan masalah internet tersebut.
- Cubaan untuk memuatnaik gambar tapi gagal. Kemaskini gambar – dimuatnaik melalui admin wordpress.
Umum tahu sejauh mana iklan di blog mampu untuk menjana pendapatan walaupun sedikit. Tapi ia cukup menbanggakan apabila ia adalah hasil dari titik peluh sendiri. Berusaha menaiktaraf kehebatan blog masing-masing. Berusaha menarik trafik ke blog. Yang penting ianya dilakukan dengan sabar dan mengikut teknik-teknik yang telah disediakan.
Alhamdulillah, hasilnya cukup membanggakan, aku sendiri telah laluinya bersama domain ini yang hanya berusia setahun lebih. Dalam masa setahun aku berusaha cuba cara itu dan cara ini untuk melihat bagaimana blog boleh menghasilkan duit. Blog ini menjana duit hanyalah daripada Nuffnang.
Aku tak ingat kali keberapa aku tebus untuk keluarkan duit dari akaun nuffnang aku tapi ia cukup untuk menanggung domain dan hosting aku selama 5 tahun! Alhamdulillah. Sudah tentu kau akan merasa puas apabila penulisan kau boleh menghasilkan duit bukan? Ia sudah cukup dari kau hanya menulis buta tuli dan tiada arah tuju. Dan hari ini cek diterima di pintu rumah untuk penghujung tahun 2008.
Teringat aku disini ada berlaku beberapa kontroversi mengenai beberapa isu. Tetapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Ketika itu berlaku perlonjakan trafik dan menghasilkan duit yang begitu tinggi dalam masa hanya seminggu! Entri yang menjadikan blog ini diberi perhatian oleh Nuffnang ketika itu ialah “Apa pendapat kau, iklan haram di Nuffnang!?’ dan “Iklan haram di Nuffnang, Akhirnya sudah terjawab“.
Cuma sejak kebelakangan ini aku agak hampa dan hairan akan aksi yang ditunjukkan. Pada permulaan tahun 2009 ini, kelihatan amat mustahil untuk menjana pendapatan dari Nuffnang seperti sebelumnya. Aku perasaan ia berlaku pada penghujung tahun lepas. Ketika itu aku memang tidak boleh langsung akses ke akaun Nuffnang. Apakah ia bersangkutan dengan masalah dari pihak penyedia jalur lebar Celcom sebelum ini!?
Atau ada sesuatu yang aku tidak ketahui berlaku di pihak Nuffnang!? Atau mungkin masalah itu berlaku dari kelemahan aku sendiri. Tetapi bukankah sebelum ini aku mampu memperolehi pendapatan darinya!? Apakah kau juga alami perkara yang sama? Sudi kiranya berkongsi pengalaman atau informasi yang berguna disini.
Antara sebab aku malas nak kemaskini blog! Selepas aku menaiktaraf enjin web blog aku iaitu Wordpress ke versi terbaru iaitu versi 2.7, pelbagai masalah yang aku alami. Ini akan menyebabkan proses mengemaskini menjadi sukar. Kalau 1 blog aku rasa tiada masalah. Bayangkan kalau memiliki 10 blog!?
Masalah utama yang aku hadapi ialah sukar untuk aku terbitkan (publish) entri yang telah aku siapkan. Siap menulis aku terus tekan butang ‘publish‘ tapi malangnya selepas itu akan kelihatan kosong! Hanya paparan putih dan kosong!? Aku juga sukar untuk melakukan ‘editing‘!
Bayangkan setiap kali aku nak terbitkan entri baru, aku kena cuba sehingga berpuluh kali sehingga berjaya. Bolej mendatangkan tekanan juga. Huhu.
Kelmarin, aku cuba bertanyakan kepada rakan-rakan twitter mengenainya. Kebanyakan dari mereka mengatakan mereka tiada masalah seperti aku. Aku juga cuba mencari penyelesaian melalui ‘uncle goo‘, tapi tiada penyelesaian dapat dilakukan memandangkan masalah yang timbul tidak seperti masalah aku.
Aku terbitkan entri ini untuk bertanyakan secara keseluruhan jika kau mempunyai masalah seperti aku. Aku harap rakan-rakan lain dapat membantu memandangkan sukar untuk aku pastikan masalah ini timbul disebabkan oleh perkhidmatan jalur lebar celcom atau perisian atau memang disebabkan oleh web enjin Wordpress!
Boleh tolong bantu aku? Terima kasih.
Dalam apa saja cara yang melibatkan penulisan perlu mengikut format tertentu untuk memperlihatkan kekemasan dan dapat menarik sesiapa sahaja yang ingin membaca. Dalam kes-kes yang melibatkan penulisan sering menjadi persoalan dimana mereka perlu tahu format yang disediakan. Seperti penulisan di akhbar dan novel.
Dunia kini memandang serius akan artikel yang dihasilkan dari blog-blog seluruh dunia. Apabila penulisan di blog bakal menjadi kerjaya maka perlu dititikberatkan tentang kekemasan dan disiplin dalam penulisan. Bezanya penulisan blog lebih bersifat individual dan bebas tetapi perlu juga diberi perhatian agar nampak keseriusan penulisnya.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan seperti,
- Tajuk - Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti tajuk artikel ini yang lebih bersifat ilmiah seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik. Contoh seperti “Tip Menulis Blog”, “Bagaimana Menulis Dengan Betul” dan “Apakah Cinta Boleh Dijual Beli!?”.
- Fakta - Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Ini penting kerana ia sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut.
- Huraian - Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan. Biasanya disini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan.
- Kesimpulan - Akhir sekali, penulis perlu beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulisnya. Disini penulis punyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau disini penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan.
Tak kisahlah kau menulis tentang kisah yang serius atau santai tapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Ini penting untuk tarik pembaca yang pentingkan kebijaksanaan penulis. Secara tak langsung ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.
Kau juga punyai pengalaman tertentu dan pandangan yang dapat dikongsikan bersama. Apa pandangan kau?
Komentar