Archive

Archive for the ‘Duit & Affiliate’ Category

Lesen Karpersky Internet Security 2009, Iklan Nuffnang!

June 19th, 2009 23 comments

Sekian lama aku tidak berada di dunia intenet malah tidak membuka langsung laptop aku ini, terdapat beberapa perkara yang perlu aku langsaikan untuk terus bersama-sama menongkah harus. Kali pertama membuka laptop aku terus ditekankan supaya mengaktifkan sistem pertahanan laptop kesayangan aku ini iaitu Karpersky Internet Security 2009 (versi 8.0.0.506).

Kesana sini di alam maya ini mencari kebarangkalian untuk mendapatkan lesen tersebut. Akhirnya dalam beberapa semuanya selesai hasil dari kecanggihan teknologi internet. Maka dengan itu sistem pertahanan sistem operasi laptop aku ini berjaya diletakkan di tahap optimum!

Melihat dari kesenggangan aku dari berada di dunia internet, banyak perkara yang aku ketinggalan. Terkejut seketika melihat perubahan yang begitu mendadak. Tetapi aku beri ruang masa untuk aku meronda-ronda untuk menangkap akan apa yang perlu untuk aku berada selari dengan rakan-rakan lain.

Perkara pertama yang aku lihat adalah keberadaan iklan dari Nuffnang yang semakin mendapat tempat. Dalam pemerhatian aku, perlu untuk aku mengkaji secara peribadi apakah perubahan dan pembaharuan yang dibuat oleh pihak mereka. Oleh itu aku memasang kembali skrip-skrip iklan tersebut untuk mendapatkan kepastian.

Alhamdulillah kemunculan semula aku ke dunia internet disambut baik dan secara tak langsung meningkatkan semangat aku untuk menulis. Syukur juga atas kesihatan aku yang bertambah baik hasil dari tindakbalas imun bijak dan semakin hari semakin  memberangsangkan! Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan aku.

PS - perlahan-lahan untuk dapatkan kebolehan menulis aku.

Nuffnang, Apakah Masih Mampu Memberi Pulangan!?

February 13th, 2009 23 comments

nuffnangUmum tahu sejauh mana iklan di blog mampu untuk menjana pendapatan walaupun sedikit. Tapi ia cukup menbanggakan apabila ia adalah hasil dari titik peluh sendiri. Berusaha menaiktaraf kehebatan blog masing-masing. Berusaha menarik trafik ke blog. Yang penting ianya dilakukan dengan sabar dan mengikut teknik-teknik yang telah disediakan.

Alhamdulillah, hasilnya cukup membanggakan, aku sendiri telah laluinya bersama domain ini yang hanya berusia setahun lebih. Dalam masa setahun aku berusaha cuba cara itu dan cara ini untuk melihat bagaimana blog boleh menghasilkan duit. Blog ini menjana duit hanyalah daripada Nuffnang.

Aku tak ingat kali keberapa aku tebus untuk keluarkan duit dari akaun nuffnang aku tapi ia cukup untuk menanggung domain dan hosting aku selama 5 tahun! Alhamdulillah. Sudah tentu kau akan merasa puas apabila penulisan kau boleh menghasilkan duit bukan? Ia sudah cukup dari kau hanya menulis buta tuli dan tiada arah tuju. Dan hari ini cek diterima di pintu rumah untuk penghujung tahun 2008.

Teringat aku disini ada berlaku beberapa kontroversi mengenai beberapa isu. Tetapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Ketika itu berlaku perlonjakan trafik dan menghasilkan duit yang begitu tinggi dalam masa hanya seminggu! Entri yang menjadikan blog ini diberi perhatian oleh Nuffnang ketika itu ialah “Apa pendapat kau, iklan haram di Nuffnang!?’ dan “Iklan haram di Nuffnang, Akhirnya sudah terjawab“.

Cuma sejak kebelakangan ini aku agak hampa dan hairan akan aksi yang ditunjukkan. Pada permulaan tahun 2009 ini, kelihatan amat mustahil untuk menjana pendapatan dari Nuffnang seperti sebelumnya. Aku perasaan ia berlaku pada penghujung tahun lepas. Ketika itu aku memang tidak boleh langsung akses ke akaun Nuffnang. Apakah ia bersangkutan dengan masalah dari pihak penyedia jalur lebar Celcom sebelum ini!?

Atau ada sesuatu yang aku tidak ketahui berlaku di pihak Nuffnang!? Atau mungkin masalah itu berlaku dari kelemahan aku sendiri. Tetapi bukankah sebelum ini aku mampu memperolehi pendapatan darinya!? Apakah kau juga alami perkara yang sama? Sudi kiranya berkongsi pengalaman atau informasi yang berguna disini.

Tags: ,

Buat Duit Melalui Blog, Sejauh Mana Kebenarannya!?

February 9th, 2009 22 comments

serverKebenarannya sudah lama dibuktikan oleh penulis-penulis sebelum ini. Ada yang sudi berkongsi mengenainya, ada yang hanya mendiamkan diri untuk kepentingan diri sendiri dan ada yang dapat memanipulasikan membuat laporan mengenainya dan mampu meraih pendapatan melalui penjualan ebooks.

Ikut kemampuan dan kepentingan kepada diri masing-masing. Yang sudi berkongsi walaupun hanya memberi laluan untuk membuka mata kebanyakan penulis yang masih sesat, terima kasih diucapkan. Kerana ilmu yang dikongsi akan memberi seribu pahala kepada kau yang secara tak langsung didoakan oleh penerima ilmu berkenaan.

Aku sendiri baru mencuba dunia sebenar penulisan blog yang bercirikan kerjaya dimana kau boleh mendapat pendapatan melaluinya. Masih baru dan banyak yang harus aku belajar dan memcuba teknik-teknik tertentu. Buat masa ini beri aku ruang untuk menilai sejauh mana kebenarannya. Terus terang aku katakan, tidak rugi untuk mencubanya!

Perjalanan sejauh ini aku dapati ia tidaklah susah disangka jika ianya dilakukan dengan penuh minat dan semangat yang berkobar-kobar. “Alah bisa tegal biasa”, selalunya apabila ditegur oleh orang-orang yang lebih berpengalaman dan orang-orang yang lebih tua. Bagi aku, ia tidaklah sesusah kau membanting tulang mengerah keringat di setiap lapangan yang diceburi. Contohnya ketika aku bekerja sebagai jurutera IT suatu masa dulu. Berhempas pulas bekerja siang ke malam menggunakan tualng empat kerat dan juga memerah otak untuk menyelesaikan tugas. Gaji camtu juga, apatah lagi tidak dibayar kerja lebih masa!

Kini, menggunakan teknologi yang memang sedia ada digunakan seperti komputer atau laptop dan internet. Semuanya menjadi mudah! Berdoa jerlah. Insya allah rezeki masing-masing telah ditetapkan,  tinggal berusaha dan bersyukur. Kau juga mampu, dengan syarat iaitu ikut saja syarat-syarat yang ditetapkan dan terus berusaha. Dimana-mana rezeki tidak datang bergolek!

Ia mungkin agak sukar jika kau dah terbiasa dengan pendapatan tetap kau yang sudah ribu riban seperti aku sebelum sakit. Tapi apabila kau telah menjalani kehidupan sukar yang amat sangat, kau akan sedar akan realiti sebuah kehidupan!

Kesimpulannya, bukan kebenaran tentang buat duit melalui blog berlaku apabila kau lihat kemampuan orang lain tetapi kau perlu lihat sejauh mana kau sendiri yang mampu mencapainya. Pada aku, jika betul teknik dan jalan ceritanya maka kebenarannya akan terbukti.

Aku rasa aku juga punyai pengalaman sendiri mengenai kebolehan buat duit melalui blog! Jika ada sudilah kiranya berkongsi pengalaman dan kisah. Bolehkan?

PS ——————————————————————————————————————————

  1. Dengar cerita Celcom Broadband menaiktaraf perkhidmatan. Betul ke!? Lagi memilukan apabila prosesnya dibuat secara berperingkat dan selesai pada penghujung tahun. Huhu.
  2. Aku mohon maaf! Ada diberitahu ada masalah teknikal ke atas pautan ke RSS aku. Jika benar sila laporkan kepada aku!

Sejauh Mana Penulisan Blog Diberi Perhatian!?

January 8th, 2009 11 comments

Sesuai ke tajuk pada kali ini!? Apa yang aku maksudkan adalah sejauh mana artikel-artikel di blog diberi perhatian oleh penulis dan pembaca. Ini merujuk kepada usaha untuk memperkembangkan dunia penulisan blog menjadi satu bidang yang sia-sia yang sering digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.Aku terima banyak pertanyaan seperti “bagaimana ingin menjadi penulis blog yang bagus?“.Aku tak nak komen penulisan yang lebih kepada berbentuk peribadi yang hanya untuk suka-suka. Tetapi aku juga tidak menafikan ia merupakan titik tolak seseorang yang bakal menjadi penulis yang serius!Jangan risau, semua bergantung kepada kesedaran kau sama ada cepat atau lambat. Jika kau selalu menerima pendedahan dengan pantas maka cepatlah kematangan penulisan kau.

Disini aku beri beberapa petunjuk yang aku alami sendiri selama menulis. Antaranya,

Berkongsi pengalaman hidup. Aku rasa masing-masing ada pengalaman sendiri dalam mengharungi hidup ini dan pengalaman itu yang berharga untuk berkongsi bersama pembaca dimana ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan. Kau pasti tahu ada antara mereka sentiasa merujuk pada orang lain untuk sesuatu keadaan yang melibatkan pertimbangan. Contoh yang kau boleh kongsikan seperti pengalaman dalam kerjaya, percintaan, rumahtangga, kekeluargan dan sebagainya.

Kepakaran. Sudah tentu kau punyai kepakaran masing-masing dalam bidang tertentu. Aku rasa tiada salahnya jika kau berkongsi kepakaran tersebut dengan orang lain. Dapat pahala (hehe), bayangkan berapa ramai yang ingin belajar hasil dari kepakaran kau. Kau dianggap sebagai gedung ilmu dan bayangkan berapa ramai dan berapa generasi kepakaran kau dapat dikongsi. Setiap dari kau memiliki pengalaman dalam tip-tip dan teknik-teknik sesuatu bidang.

Isu Semasa. Kau mungkin salah seorang yang sentiasa peka akan isu-isu yang terjadi di dunia ini. Kau juga amat cekap dalam mencari maklumat tentang sesuatu isu. Ketetapan dalam menulis dalam topik ini amat tinggi permintannya terutama dalam dunia hiburan. Tetapi kau perlu disiplinkan diri supaya isu tersebut punyai fakta yang betul, jangan menulis isu rambang sahaja.

Selebihnya, apa yang perlu kau lakukan adalah menarik perhatian pembaca dan dalam masa sama menarik kepercayaan mereka juga. Ini yang penting, ia perlu dilakukan dari pengalaman menulis juga iaitu bagaimana pengolahan penulisan kau.

Dan sebagai pembaca sudah pastilah kau inginkan ketepatan sesuatu topik supaya dapat memberi pengajaran dan ilmu yang sudah pasti secara tak langsung dapat dikongsikan bersama.

Tags: , ,