Archive

Archive for the ‘Kehidupan’ Category

Stress, Apakah Definisi Yang Perlu Diketahui

July 1st, 2009 16 comments
Definisi Stress

Gambaran stress melampau

Sudah banyak artikel yang ditulis berkaitan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya.

Umum tahu berada dalam masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk lebih mahu seiring dengan pembangunan akan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stress.

Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu apa itu stess!? Dan berapa ramaikah yang tahu sejauh mana kebaikan dan keburukan stress!?

Stress didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress.

Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri  dan membina diri.

Distress pula lawan dari maksud definisi sebelum ini iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri.

Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.

Dari segi kebaikan stress perlu ada sedikit dalam diri kita untuk menyesuaikan diri dalam situasi dimana kita amat asing dalam dunia tersebut. Kemungkinan ia terjadi kerana ketidak biasaan individu dalam keadaan tersebut seperti baru berpindah rumah atau berpindah tempat kerja. Biasanya ia terjadi pada permulaan individu memulakan kehidupan ditempat baru. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat biasakan diri.

Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.

Namun seperti yang kita maklum, perkataan stress selalu disalah ertikan untuk situasi yang buruk. Memang benar bahawa stress yang terlampau bakal menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku. Lihat sahajalah dalam masyarakat kita yang hidup dalam taraf hidup yang semakin baik sehinggakan kita lupa bahawa stress kita pun semakin bertambah buruk.

Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri kita sendiri dan badan kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik. Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menajadi hilang pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung!

Kesimpulannya stress yang terkawal dapat menambahbaikkan hidup kita dan stress yang berpanjangan akan memudaratkan diri. Oleh itu tangani stress dengan melakukan perkara yang dapat mengimbangi keadaan tersebut. Jangan terlalu ambil mudah kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Ketahui punca-punca stress yang tidak terkawal pada catatan akan datang!

Mikael Jackson/Michael Jackson, Meninggal Dunia!

June 26th, 2009 8 comments

Michael Jackson

Michael Jackson

Pagi tadi setelah menguruskan beberapa kerja di pagi mulia, terdengar dari jauh tentang kematian raja pop dunia iaitu Michael Jackson! Tak percaya, aku siapkan semua kerja-kerja seawal pagi untuk mendapat kepastian tentang perkara tersebut.

Bagaimana? Apalagi? Internetlah. Ya betul, berita paling pantas tersebut melalui medium perantaraan elektronik tersebut. Memang benar-benar pantas!

Setibanya aku dirumah aku terus menghidupkan laptop aku untuk terus mendapatkan berita yang ketika itu aku rasa bisa menggegarkan seluruh penduduk dunia umumnya dan peminat-peminatnya amnya.

Masuk sahaja ke ruang internet aku terus membuka kapsul radio tempatan iaitu radio Era FM yang ketika itu pengacara popular sedang menghoskan rancangan pagi seperti biasa. Kedengaran lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Michael didendangkan. Masih belum mendapat jawapan.

Sambil-sambil itu aku terus menuju ke laman sosial yang sedang popular sekarang iaitu Facebook. Disanalah segala-galanya terbongkar dimana baru aku tahu kebenaran berita yang aku dengar pada pagi tadi.

Sebenarnya berita tersebut agak menggegarkan jantung aku apatah lagi sedari kecil aku meminati lagu-lagu dan tarian lincahnya. Nampaknya tiada lagi tarian dan lagu-lagu yang menggegar dunia dan malah mungkin tiada penggantinya.

Ketika aku remaja, seringkali lagu-lagu beliau menjadi peneman ketika aku sedang melayan perasaan dan juga untuk menaikkan semangat aku ketika belajar. Banyak juga lagu-lagu dari beliau boleh dijadikan sumber inpirasi untuk terus berjuang dalam hidup.

Berita yang dihebahkan memberitahu bahawa Michael Jackson meninggal dunia kerana sesak nafas. Mungkin disebabkan serangan jantung, tetapi ada juga artikel-artikel yang mengelirukan seperti dibunuh dan lain-lain. Beliau meninggal dunia pada usianya 50 tahun.

Ramai yang keliru tentang status agama yang dipegang oleh beliau memandangkan beliau pernah diwar-warkan masuk islam pada tahn 2007. Jika benar beliau memeluk agama islam, maka beruntunglah beliau meninggal dalam islam yang diperumpama seperti ‘kain putih’ yang suci dari dosa. Yang lain berserah kepada Yang Maha Esa.

Untuk itu marilah bersama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan mendoakan akan rahmat ke atas rohnya!

Sumber :

  1. Report : Michael jackson Rushed To Hospital.
  2. Pop Star Michael Jackson Dead.
  3. Michael Jackson Dies.
  4. Michael Jackson Autopsy Detail.

Megat.net, Kembali Menulis

June 16th, 2009 38 comments

Lama aku merenung skrin laptop aku, sudah lama benar sejak kali terakhir aku kemaskini blog ini. Rindu sangat rasanya. Sudah tentu ramai yang tertanya kemana aku menghilangkan diri dan membiarkan blog ini tidak berjiwa. Huhu. Macam menulis novel pula rasanya.

Aku harap sekembalinya aku menulis bakal dapat memeriahkan kembali dunia penulisan blog yang semakin mendapat tempat dikalangan orang ramai. Dan yang paling penting dapat merapatkan silaturrahim antara penulis-penulis blog di negara kita.

Maafkan aku jika kehilangan aku menjadi tanda tanya dan membuatkan kau ternanti-nanti. Bukan sengaja tetapi banyak perkara yang berlaku di dunia nyata. Apatah lagi aku sedang bertarung untuk pulihkan sakit aku seperti yang aku pernah catatkan di blog aku ini.

Alhamdulillah, sakit aku hampir pulih dan menakjubkan apabila ia menunjukkan proses pemulihan sebanyak 60 peratus. Bagaimana ia terjadi aku akan rungkaikan pada catatan akan datang.

Sebelum ini aku mengalami kesan tekanan hidup yang amat teruk! Sebelum ini aku pernah catatkan mengenainya. Satu perkara yang aku belajar selama ini iaitu,

Untuk menjaga kesihatan memang mahal, tetapi apabila dah jatuh sakit lagilah mahal!”.

Ingatlah, jagalah kesihatan sebelum sakit datang tanpa diundang atau tanpa disangka. Sebenarnya ia bermula dari sikap kita sendiri.

Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Motivasi diri perlu dipertingkatkan. Semoga hari-hari mendatang membawa keberkatan dan kesihatan yang gemilang.

Salam menulis!

Tags: , ,

Blog Megat, Menjadi Sasaran Golongan Tertekan Dan Putus Cinta!?

April 9th, 2009 9 comments

Sekian lama blog ini bertapak di dunia siber ini, kini kelihatan pasti apabila menerima banyak email yang meminta pertolongan berkenaan motivasi dan psikologi manusia. Secara tidak sengaja, memang benar blog ini banyak mencatatkan tentang pengalaman berhadapan tekanan dan cara-cara menyelesaikannya. Namun ia lebih kepada persoalan peribadi.

Email-email tersebut lebih menjurus kepada persoalan bagaimana menghadapi situasi-situasi tertentu seperti putus cinta, tekanan hidup, tekanan di tempat kerja, memerlukan motivasi dan sebagainya.

Persoalannya, aku bukanlah seorang pakar yang mengkaji tentang seluruh kehidupan, sifat-sifat dan sikap-sikap manusia!? Ini juga berkaitan dengan persoalan layaknya aku untuk menghadapi situasi tersebut.

Bukan bermaksud untuk aku tidak menjawab persoalan-persoalan tersebut tetapi ditakuti disalahtafsir jika tak kena caranya. Tetapi sebagai seorang manusia yang ingin membantu dalam apa jua sekalipun berlandaskan hukum alam dan manusia disertakan sedikit panduan agama, aku rasa aku perlu jalankan tanggungjawab sosial tersebut. Mudah-mudahan jika baik dijadikan panduan untuk menghala kejalan yang benar demi agama jua.

Sebenarnya aku sedang mencari alasan untuk apa aku terus menulis. Sudah pasti aku ingin menulis atas sesuatu yang boleh membantu  dan berkongsi kisah untuk dijadikan pedoman dan tatapan umum. Rakan-rakan blog dan pembaca setia blog ini yang menjadi juri untuk aku memastikan perjuangan penulisan aku seterusnya. Apa pendapat kau?

PS :

  1. Tak perlulah aku mengomel akan kerana kenapa aku tidak menulis sekian lama melainkan aku sudah sihat sepenuhnya.
  2. Namun kesempatan ini aku ucapkan berbanyak terima kasih ke atas doa kalian dan kata-kata dorongan yang dapat menyemarakkan semangat aku untuk terus menulis.