Archive

Archive for the ‘Sosial’ Category

Stress, Apakah Definisi Yang Perlu Diketahui

July 1st, 2009 18 comments
Definisi Stress

Gambaran stress melampau

Sudah banyak artikel yang ditulis berkaitan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya.

Umum tahu berada dalam masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk lebih mahu seiring dengan pembangunan akan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stress.

Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu apa itu stess!? Dan berapa ramaikah yang tahu sejauh mana kebaikan dan keburukan stress!?

Stress didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress.

Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri  dan membina diri.

Distress pula lawan dari maksud definisi sebelum ini iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri.

Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.

Dari segi kebaikan stress perlu ada sedikit dalam diri kita untuk menyesuaikan diri dalam situasi dimana kita amat asing dalam dunia tersebut. Kemungkinan ia terjadi kerana ketidak biasaan individu dalam keadaan tersebut seperti baru berpindah rumah atau berpindah tempat kerja. Biasanya ia terjadi pada permulaan individu memulakan kehidupan ditempat baru. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat biasakan diri.

Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.

Namun seperti yang kita maklum, perkataan stress selalu disalah ertikan untuk situasi yang buruk. Memang benar bahawa stress yang terlampau bakal menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku. Lihat sahajalah dalam masyarakat kita yang hidup dalam taraf hidup yang semakin baik sehinggakan kita lupa bahawa stress kita pun semakin bertambah buruk.

Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri kita sendiri dan badan kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik. Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menajadi hilang pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung!

Kesimpulannya stress yang terkawal dapat menambahbaikkan hidup kita dan stress yang berpanjangan akan memudaratkan diri. Oleh itu tangani stress dengan melakukan perkara yang dapat mengimbangi keadaan tersebut. Jangan terlalu ambil mudah kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Ketahui punca-punca stress yang tidak terkawal pada catatan akan datang!

Kemaskini Status Facebook Melalui Twitter!

June 29th, 2009 24 comments

Nampak gaya sudah masanya aku perjelaskan bagaimana kau ingin bermain dengan mikro blog (Twitter) dan dalam masa yang sama mengemaskini status di Facebook!

Sebenarnya sudah lama aku menggunakan aplikasi gabungan yang telah disediakan di laman sosial Facebook. Jadi, mungkin aku ingat-ingat lupa. Aku cuba untuk mengingatinya dan berkongsi dengan rakan-rakan semua.

Itu pun setelah bertubi-tubi ditanya mengenai perihal tersebut sama ada melalui email, twitter dan facebook sendiri. Tersebut adalah langkah-langkah awal yang perlu dilakukan (pergh… macam susah je erk!?),

Kau perlu menyertai aplikasi Twitter yang terdapat di Facebook.

Memberi kebenaran penggunaan aplikasi

Memberi kebenaran penggunaan aplikasi

Membenarkan/ memberi kebenaran aplikasi tersebut digunakan.

Kemudian boleh cuba kemaskini status twitter dan lihat di facebook sama ada statusnya berubah atau tidak.

Aku mintak respon segera dari rakan-rakan kerana mungkin ada selangkah dua yang aku terlupa. Tetapi aku rasa langkah-langkah tersebut sudah memadai. Semoga ia dapat menjawab persoalan yang timbul dari rakan-rakan semua seperti soalan yang di timbulkan oleh saudara Abrar.

Facebook dan Twitter

Facebook dan Twitter

Selamat mencuba! Jika ada sebarang persoalan yang timbul sila laporkan di ruang komen. Kepada rakan yang punyai idea lain mengenai aplikasi yang lebih kurang sama, sila berkongsi bersama-sama.

Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung

April 3rd, 2009 16 comments

Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri didalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik.

Duniawi juga penting. Syurgawi lagilah penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!

Merepek!? Aku tidak merepek tetapi sedemikianlah gabungan hati dan fikiran aku setelah beberapa lama mendiamkan diri. Aku cuba mencari semula jalan kebenaran. Semakin hari semakin tenang, semakin hari semakin banyak perkara pelik yang mendatangi aku. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata.

Tapi aku rasa tidak cukup hanya merasa sedemikian. Kesempatan ini aku benar-benar menginsafi diri dan perlunya aku memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini sama ada aku pernah termakan dan terminum yang bukan hak aku, tersalah laku dan kata, mungkin juga tak sengaja berdusta, dan juga kepada yang pernah dilukai hatinya.

Bagi aku, dosa dengan tuhan mudah untuk aku mengadu dan bermohon secara terus tetapi dosa dengan manusia nampak seperti mudah tetapi sukar untuk dileraikan.

Megat.net, Tidak Secerdik dan sepantas Dulu

March 12th, 2009 21 comments

Mungkin rakan-rakan dan pembaca perasan. Atau mungkin tidak. Tetapi itulah kenyataannya yang perlu semua terima.  Apatah lagi aku sebagai penulis rasmi disini yang sentiasa inginkan sesuatu yang segar dengan cara aku sendiri.

Secara kasar, blog ini telah mencapai matlamatnya tetapi tidak secara keseluruhan. Dan aku sendiri masih tidak berpuas hati dan masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Namun ianya adalah perancangan yang harus aku lakukan jika aku ingin terus berada dalam dunia blog tempatan. Kenyataan yang harus aku terima apabila aku merasakan hidup ini semakin teruk dan sukar selepas bermulannya ‘zaman gelap’ aku.

Dan mungkin perkara tersebut adalah penyebabnya. Mungkin juga kerana tekanan yang melampau. Mungkin juga kerana derita sakit yang aku tanggung. Mungkin juga aku bakal GILA!

Sesuatu yang pelik yang aku hadapi kini. Ekspresi hati aku sering berubah-berubah. Amat sekejap untuk merasa keseronokan. Sekejap sedih. Tetapi murung dalam masa yang agak lama. Macam ada seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Paling teruk kadang-kadang aku rasa nak mengamuk! Tetapi aku rasa aku masih waras!?Paling teruk aku semakin keliru dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku.

Kebenarannya dunia ini memang kejam. Nama sahaja ada manusia yang kununnya berhati mulia, cerdik dan penuh dengan nilai-nilai murni. Tetapi hanya lakonan semata-mata.

Keyakinan aku. Kemahiran aku. Kepercayaan aku. Kesabaran aku. Kepandaian aku. Tanggungjawab aku. Semuanya hampir musnah hancur berderai. Aku tak tahu nak istilahkan macam mana. Aku rasa dah banyak kali aku mengadu tetapi … yalah manusia ada banyak karenah dan alasan.

Dalam keadaan sebegini aku tak perlukan sebarang nasihat. Tetapi jika kau mahu tolong, doakan kesejahteraan aku, kesihatan aku dan doa supaya aku tidak GILA! Maafkan aku.

PS : Anggap sahaja ini salah satu entri luahan perasaan aku!