Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Cemburu Lelaki, Suami Dan Ayah, Pertahankan Keluarga!

Kau kuat cemburu? Biasanya sifat cemburu ni berkait rapat dengan wanita. Tetapi sebenarnya lelaki juga punyai sifat cemburu sama seperti wanita. Cuma lelaki lebih bijak mengawalnya disamping sifat ego yang lebih tinggi dari kaum wanita.

Cemburu seorang lelaki, suami dan ayah adalah penting dan wajib demi menjaga maruah dan kehormatan keluarga terutama wanita, isteri dan anak-anak.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi” – ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Berdasarkan peristiwa tersebut, Allah dan Rasul menegaskan lelaki, suami dan ayah perlu bersikap mempertahankan kepada ahli keluarga dari melakukan perkara keji dan mungkar terutama zina.

Kau boleh lihat sendiri dalam islam sudah mengajar bagaimana memperlihatkan sifat cemburu lelaki tapi dalam masa yang sama mengawalnya dari berlarutan dan hanya memanipulasikan sifat cemburu ke arah kebaikan.

Bila Lelaki Perlu Cemburu

Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayus dan perlu mengelak dari berlakukannya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering berlaku,

  1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.
  2. Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.
  3. Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.
  4. Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.
  5. Sakit puan – membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi kllinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali terdesak.

Malah setiap musibah yang berlaku adalah kerana kurangnya atau tiada sifat cemburu dari lelaki, suami dan ayah. Yalah kununnya takut tidak mengikut peredaran zaman dimana sifat cemburu lelaki yang sepatutnya bersifat melindungi dipandang sinis.

Dan dari sikap seperti itulah menyebabkan gejala sosial semakin meruncing dan menyebabkan ketirisan dalam kekeluargaan berlaku. Sikap ambil mudah, cepat meletakkan kepercayaan pada orang lain bukan sikap yang digalakkan dalam islam. Islam merupakan kajian psikologi manusia yang terbaik!

Sayangilah diri kamu dan keluarga kamu! Dan jauhkan diri kamu dab keluarga kamu dari panas api neraka!

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” – (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Jadi, fikir-fikirkanlah demi membentuk organisasi islam yang baik pada masa akan datang.

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 24 November '09 oleh Megat, dalam kategori Islam.
199 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , .

16 Komen untuk “Cemburu Lelaki, Suami Dan Ayah, Pertahankan Keluarga!”

24.11.09 at 11:16
Posted by Lady Nass

baru tahu tentang fakta ini? but why they AIN’T SHOW IT? weird!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau nak difikirkan balik, semua bermula dari hakisan didikan generasi ke generasi.

apa yang kita dapat lihat sekarang ni adalah corak didikan yang tidak berlandaskan islam.

[Jawab Balas]

24.11.09 at 11:36
Posted by afham

mengelak daripada keadaan yang teruk yang boleh berlaku..

[Jawab Balas]

24.11.09 at 16:52
Posted by Mr. Cuz

salam abg megat..pggil abg la yer..umo lebuh kurang abg sulong sy rsenye ni..hehe
baca entri abg ni teringat kat subjek tamadun islam yg sy baru habis final pagi td..huhu
tp lpekan subjek tu..bile sy bace ni baru sy tahu..sebenarnya sekarang ni tak ramai lelaki yang cemburu terhadap keluarga yang di bawah tanggungannya..
i/allah kalau de rezeki sy akan cube jadi lelaki yang cemburu tehadap perkara2 yang tak baik di dlm keluarga..(ssh gak nak jadi suami ni rpenye..bnyak tanggungan..tkut pun ade..huhu)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam cuz, kadang-kadang apabila kita membaca buku tentang tamadun manusia yang tebal-tebal mungkin akan sebabkan kita keliru.

nak lebih faham dan lebih memahami adalah sedikit teori dan pengalaman. lebih mudah apabila mengetahui dari pengalaman orang lain.

insya allah ia mudah sebenarnya jika kita mula dari awal, kalau dah jauh tu mungkin sukar sedikit.

[Jawab Balas]

Mr. Cuz beri maklum balas:

mungkin gak la..bnyak sgt bende yang kiter tak pernah terfikir pun..huhu.. Masih terlalu muda cuz ni dan perlu lagi bnyak belajar dari pengalaman yg akan dtg..

[Jawab Balas]

24.11.09 at 17:01
Posted by Lizz

oh, my friend peernah cakap..hubby die cuma benarkan die pakai seksi2 depan die aje, depan khalayal ramai jangan. mula-mula rasa menyampah dia cakap macam tu tapi bila fikir balik..betul lah tuh teori dia, kecantikan utk suami aja :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

depan suami dan kawasan yang agak terlindung dari pandangan orang lain adalah terbaik.

lagi baik isteri tutup aurat walaupun saudara mara bertandang ke rumah.

[Jawab Balas]

24.11.09 at 17:55
Posted by dilot

kadang2 kita fikir lelaki atau pasangan yang buat mcm tu, macam pelik je, padahal itula yg sepatutnya, kelima-lima cemburu yang dinyatakan tu, memang makin sukar untuk kita lihat sekarang ni..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setiap lelaki punyai sikap seperti itu sebenarnya tetapi telah dilindungi oleh perasaan ego yang mana kununnya takut tak mengikut peredaran zaman. rosak!

lama-lama perasaan cemburu tersebut menjadi tepu dan menjadi tak kisah. kunun nak ikut kemodenan dunia (hu3). menyedihkan!

[Jawab Balas]

24.11.09 at 22:26
Posted by zool

Betul tu..
Walaupun aku belum layan nak mengkomen nya..
Lepas ni nak tunggu kak jie plak buat entri cemburu buat si isteri plak..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

belum layan atau belum layak zool!? (hu3). aku bab cemburu lelaki ni bukan hanya pada keluarga tetapi menjaga seluruh perempuan disekitarnya.

[Jawab Balas]

25.11.09 at 17:52
Posted by Kujie

uik…si zool ni request kak jie buat entri kontroversi ke?

cemburu lelaki atau perempuan biar pada tempat yang sepatutnya…kembali kepada fitrah.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

syok juga bikin catatan kontroversi eh kak. habis kena tembak kiri kanan (kah3).

[Jawab Balas]

25.11.09 at 22:53
Posted by Kak Long

Sebab tu, orang selalu kata, cemburu tandanya sayang. Kalau lelaki tu sayang pada seorang wanita, tak kiralah siapa, dia perlu cemburu yang bersifat positif agar terhindar dari dosa dan nista. Bukan begitu?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju kak. nampaknya orang-orang yang terdahulu sebelum kita telah mengkaji akan kebenarannya (hu3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails