Cinta Pandang Pertama, Berani Untuk Mengharunginya?
Ianya berlaku kepada semua orang dan yang menarik adalah pengalaman menikmati cinta pandang pertama. Kepada kamu yang telah melaluinya tahu akan manis dan pahit cinta pandang pertama. Tetapi ada juga antara kamu yang hanya memandang dari jauh dan tidak berani untuk tempuh kerana sebab-sebab yang hanya kamu sendiri yang ketahui.
Cinta pandang pertama pasti akan dilalui kamu tetapi satu perkara yang perlu tahu ianya tidak semestinya dimiliki. Bergantung kepada bagaimana kamu mengatasi cubaan pertama dalam mengharungi perasaan kamu ketika kejadian. Ia semestinya diiringi perasaan cinta tetapi lebih kepada tarikan pertama pada pandangan kamu kepada .
Kebiasaan cinta pandangan pertama berlaku dalam keadaan tidak dijangka dimana kamu telah tertarik kepada seseorang yang kenali atau mungkin tidak kenal. Ia tidak semestinya hanya berlaku sekali dalam hidup kamu tetapi ia boleh berlaku banyak tetapi berlainan orang. Inilah yang biasa dikatakan dari mata jatuh kehati (he3).
Namun sejauh mana kamu berani untuk menempuh cinta pandang pertama?
Persoalan tersebut sudah pasti sering bermain kepada mereka yang pertama kali berhadapan dengan situasi tersebut. Untuk kamu yang memang selamba atau istilah moden jenis orang yang ‘langgar kemik’, ia bukanlah sesuatu yang mendatangkan masalah kan?
Kebiasaan kamu yang jenis langgar kemik ni adalah dari kaum lelaki tetapi ia tidak mustahil ada juga dari kaum perempuan. Majoriti adalah lelaki. Bila berhadapan dengan situasi tersebut terus ambil keputusan untuk cepat-cepat bertindak. Yalah kalau lambat nanti melepas kan? (ha3).
Kamu yang dalam kategori ini punyai kemampuan untuk memulakan langkah pertama dan bertindak pantas untuk menarik perhatian si dia. Kamu juga tidak akan melepaskan sebarang peluang yang kamu rasakan berbaloi sehingga memiliki si dia. Rezeki jangan ditolak kan? (he3).
Tetapi yang menjadi masalah ialah kepada kamu yang terdiri dari seorang yang pemalu apatah lagi jenis yang sukar untuk memulakan perbicaraan atau dialog awal. Kamu dalam kategori inilah yang selalunya melepas dan akhirnya memendam rasa. Malah ada yang lebih teruk, tiada pokok bergoyang tiba-tiba berlaku peristiwa yang tidak diingini (hu3). Seram!
Jadi, macam mana nak atasi? Tiada ubat khusus untuk atasi penyakit kamu yang dalam kategori pemalu ni kecuali kamu sendiri yang atasi situasi tersebut sendiri. Antaranya,
- Risiko - selalunya kamu sering memikirkan risiko yang akan berlaku dan kununnya ambil langkah selamat tidak mencuba kerana takut akan impak keputusan si dia. Sepatutnya kamu perlu mencuba dan sekurang-kurangnya kamu tahu dimana terletaknya kedudukan diri kamu pada si dia. Risiko antara mencuba atau tidak tetap sama. Senang cerita lebih baik mencuba.
- Rendah Diri – kamu terlalu merasakan diri kamu tidak cantik dan tidak layak untuk si dia yang secara tak langsung menambahkan lagi rasa rendah diri kamu. Perlu diingatkan setiap ciptaannya miliki keistimewaan yang tersendiri termasuk diri kamu. Dan yang paling penting, kamu perlu berpegang yang Allah ta’ala telah mencipta kita berpasangan. Jadi, tak kiralah siapa dan apa yang kamu lakukan, kamu tetap diberi peluang yang sama.
- Positif - sentiasalah berfikiran positif dan mengakui si dia juga punya keistimewaannya. Jangan hanya kerana pandang pertama tersebut kamu memikirkan yang terbaik sahaja berlaku. Yang tersurat mungkin menunjukkan yang tersirat tetapi kamu perlu bersedia untuk kejadian sebaliknya. Terimalah seadanya seperti kita juga punyai kelemahan.
- Doa - dari segi kemanusiaan mungkin 3 perkara sebelum ini sudah cukup memadai tetapi bagi kita yang inginkan kesucian hubungan tersebut di rahmati perlu lah bermohon supaya dilindungi dan berniat ke jalan Allah. Insya allah apa yang kamu usahakan pasti mendapat petunjuk dan kekal hingga ke akhir hayat.
Tak susah sebenarnya tetapi disebabkan kamu yang terlalu banyak bermain dengan perasaan, fikir itu fikir ini sehingga membuatkan diri kamu merana dalam diam. Perlu diingatkan juga, cinta pandang pertama tidak semestinya kita miliki tetapi jangan hanya berpegang pada fakta tersebut membuatkan kamu melepaskan peluang!
55 Komen untuk “Cinta Pandang Pertama, Berani Untuk Mengharunginya?”