Cinta Si Lelaki
Salam ceria dan salam mesra semua. Owh.. mungkin ada yang agak terkejut pada kali ini aku menjadi penulis jemputan di sini. Aku tidaklah gilakan populariti, tapi demi menyahut penghormatan yang diberi oleh tuan rumah, aku dengan senang hati untuk meninggalkan coretan untuk perkongsian bersama. Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada En. “Megat” kerana menjemput aku menjadi penulis jemputan pada kali ni.
Berbalik kepada topik di atas, ianya merupakan “key words” paling hangat yang menerjah masuk ke blog aku tiap kali aku membuka WP-Amin Start Press. Mungkin ianya datang daripada salah seorang daripada kamu. Erm.. adakah masih tercari-cari cinta? Mungkinkah cinta semakin mekar atau semakin pudar? Mari kita bincangkan di sini.
Mencari Cinta Si Lelaki… Errmm… apakah payah sebenarnya untuk merungkaikan istilah cinta bagi seorang lelaki? Bagi aku cinta lelaki ni tak banyak beza dengan perempuan. Beberapa kriteria yang diimpikan oleh seorang lelaki dalam cintanya itu adalah perkara yang kamu patut tahu. Apabila bercakap pasal cinta, perkara yang terdetik dalam kepala lelaki adalah “Tolonglah jangan mengongkong aku…” Betoi.. kongkongan akan membuatkan cinta Si Lelaki menjadi tidak ikhlas dan ia akan menjadi cepat jemu dan memualkan.
Dari pengalaman yang lepas, aku sebenarnya tidaklah pandai bercinta, jauh lagi menjadi seorang yang romentik. Tapi lama-kelamaan aku hapuskan perasaan demikian demi menilai kasih sayang seorang wanita yang bergelar isteri. Cukup aku katakan aku amat tidak selesa berkepit kehulu-kehilir masa zaman sebelum melangsungkan perkahwinan. Kerana apa, aku takutkan kenikmatan cinta itu hilang serinya kalau dah terbiasa.
Bercinta sebelum dan selepas berkahwin memang terlalu banyak perbezaannya. Kalau kamu ada mengikuti kisah hidup aku dari zaman bujang sampailah berumah tangga, mungkin kamu akan faham akan apa yang aku cuba sampaikan ni. Sapa yang tak terliur untuk semua perkara yang terlintas di kepala semasa zaman bercinta? Sila jangan menipu… hahaha… begitu juga aku. Tapi alhamdulillah… perbanyakkan lah beristigfar agar dijauhkan segala maksiat. Waktu zaman bercinta bak kata orang ni terlalu banyak dugaan. Baik lelaki mahupun wanita. Wanita yang lemah manakala lelaki yang rakus.. ini lah punca gejala sosial yang tidak sihat bakal berlaku. Kelak, kedua-dua kamu yang menyesal ke akhir hayat.
Untuk aku tiada zaman bercinta sesudah zaman perkenalan. Mekipon jangka masa itu amatlah singkat untuk mengenal hati budi. Tapi aku bulatkan tekat bahawa “Dia adalah teman hidupku”. Persoalan yang kerap diajukan kepada aku, “Macam mana nak kawin kalau tak bercinta… tadek feel la” Terang-terang lagi aku sangkal perkara ni. Aku tidak pandai memberi contoh orang lain, sebaliknya dalam permasalahan ini aku lebih terbuka untuk menceritakan pengalaman aku sendiri.
Tidak pernah untuk aku berfikir untuk bercinta setelah kecundang pada kali kedua. Dalam hati aku, lepas ni, “Kalau ade jodoh, aku kawin la.” Mungkin juga disebabkan umur yang kian meningkat membuatkan aku berasa sebegitu. Ku pandang si dia memiliki ciri-ciri wanita yang aku idamkan. Tanpa berfikir panjang… aku bersolat istikharah agar diberi petunjuk. Alhamdulillah… percintaan kami bermula sesudah berumah tangga. Sapa yang sangka aku yang pada mulanya boleh dikategorikan sebagai “ROCK KAPAK” tiba-tiba menjadi seorang seorang “Mat Bunga“. Romentik untuk isteri tercinta adalah tidak dilarang ye…
Si Dia sebenarnya banyak mengubah aku. Dari seorang yang agak keras hati, keras kepala, dan keras semuanya… berubah menjadi seorang lain daripada apa yang diperkatakan sebelum ini. Bagaimanakah seorang perempuan dapat mengubah aku? Itu satu persoalan yang mungkin ramai hendak tahu. Percaya atau tidak… aku sebenarnya dalam proses untuk berhenti merokok. Ini semua disebabkan semangat yang diberikan oleh Si Dia.
“En. Azman…. cerita lah macam mana Cik Adik tuh mengubah anda… kami semua nak tahu…” Nak tahu? Aku akan sambung lagi coretan seterusnya dalam catatan yang akan datang. Sila jangan ubah “Chanel” anda kerana catatan tersebut akan aku sumbangkan kepada blog ini. Sampai sini dahulu untuk kali ini sebagai mukhadimah penulis undangan. Pastikan temujanji kita jika dipanjangkan umur, insyaallah.
Aku ni agak suka mengambil kesempatan jika diberi peluang, kepada kamu yang nak mencarik beberapa tips suami yang romentik… hehehe.. dipersilakan bertandang ke blog aku. Kerana ianya ditulis secara live dari handphone terus ke blog. Semoga anda dan keluarga dirahmati Allah. Doakan juga pemilik blog ini sihat sejahtera dan selamat menjalani rawatan kesihatan beliau. Amin~

30 Komen untuk “Cinta Si Lelaki”