Dari Sahabat Yang Berpura-pura Kepada Sahabat Berhati Malaikat

Maaf! Catatan berikutnya adalah catatan yang beremosi. Mudah-mudahan kepura-puraan aku terjawab. Kamu yang tidak gemar akan catatan beremosi tidak sepatutnya berada disini. Dan sudah pastinya catatan ini panjang dari biasa.

Sehingga kini sememangnya aku semakin susah. Semakin sukar. Semakin resah. Aku juga masih tercari-cari apa makna persahabatan dan masih memerlukan keajaiban untuk terus hidup.

Aku tidak menyangka sahabat yang berhati malaikat membantu aku tatkala aku dalam kekeliruan hidup. Tatkala aku, anak-anak dan isteri merengkuk menahan lapar. Tatkala aku, anak-anak dan isteri sedang menangisi nasib diri.

Malah aku yang pura-pura ini tidak menyangka sahabat itu juga yang memberi sumbangan ikhlas berupa duit dan bantuan lain yang memerlukan medium perantaraan itu. Air mata gugur kebumi bersama anak dan isteri kerana tidak menyangka ada sahabat berhati mulia menghantar beras dan barang-barang dapur tatkala aku tercari-cari dimana aku nak dapatkan sebutir beras. Syukur, alhamdulillah.

Sumpah aku tidak menyangka selama ini aku diperhati. Sumpah aku tidak menyangka kamu ingin berKAWAN dengan aku. Sumpah masa yang kamu berikan, aku terlalu menghargainya. Sumpah kerana harapan yang kamu berikan masih tersemat di dalam hati. Sumpah memori indah bersama masih tersemat dalam kotak fikiran aku yang pura-pura ini.

Dan aku, anak-anak dan isteri masih menghargainya sehingga menjadi perbualan utama dalam sembang-sembang keluarga. Aku tak pernah anggap kau KAWAN tapi aku lebih mengangkat martabat kamu sebagai seorang SAHABAT!

Sahabat yang amat rapat dengan dunia aku. Sahabat yang berjumpa di dunia realiti. Sahabat yang kenali ahli keluarga aku, anak isteri. Sahabat yang pernah bertandang kerumah aku dan membawa khabar berita gembira. Sahabat yang telah meletakkan harapan pada diri aku yang kamu anggap pura-pura.

Aku masih ingat kamu bersusah payah dari jauh menjemput aku untuk kejar cita-cita. Aku masih ingat bantuan kamu menjemput aku untuk punyai asas atas harapan yang kamu sampaikan. Aku masih ingat kamu memanyungi makan minum aku dan anak-anak disuatu tempat yang enak santapannya.

Namun aku keliru kenapa mudah benar kaca persahabatan tersebut berderai? Adakah kerana tiada ucapan terima kasih dari aku yang pura-pura ini atas sumabngan dan bantuan? Adakah kerana hutang yang aku tidak minta dan hutang yang aku minta? Adakah kerana aku tidak menjalankan harapan yang telah kamu berikan sebelum ini?

Demi allah aku terasa hati. Demi allah aku tidak pernah berniat untuk melakukan sedemikian maksudmu. Demi allah aku sememangnya semakin sukar hidup ini. Demi allah aku perlukan persahabatan antara aku yang berpura-pura dengan kamu yang berhati malaikat!

Aku tak kisah walau apa sekalipun kamu ingin gelarkan aku. Aku tidak kisah jika kamu tidak mahu memahami diri ini. Aku manusia biasa yang melakukan perkara yang tidak jujur. Aku manusia pura-pura yang tidak menghargai persahabatan. Aku manusia pura-pura yang tidak berterima kasih. Aku manusia pura-pura yang tidak kenang budi.

Namun aku, anak-anak dan isteri tidak pernah berputus asa berdoa demi kesejahteraan sahabat berhati malaikat. Semoga hidup kamu bertambah bahagia. Semoga hidup kamu dilimpah selimpah limpahnya rezeki. Biarlah bumi allah yang aku pijak dan langit yang aku junjung ini menjadi saksi segalanya.

Aku faham sebagai manusia biasa tiada sesiapa dapat membaca hati seseorang manusia yang lain. Apa yang tersurat tidak menggambarkan apa yang tersurat. Tetapi kamu berhak untuk lakukan apa yang kamu suka. Aku? Aku yang pura-pura?

Biarkan, biarkan aku yang pura-pura ini menanggung kesakitan yang semakin mencengkam. Biarkan aku yang pura-pura ini sentiasa diganggu ketidakpuasan darah daging sehingga sanggup busuk hati menganggu hidup anak isteri aku. Biarkan aku dan isteri tidak mampu mencari rezeki seterusnya. Biarkan aku, anak-anak dan isteri mati kelaparan.

Aku yang berpura-pura tidak punyai didikan agama yang tinggi. Aku yang berpura-pura ini tidak tahu menjaga hati sahabat berhati malaikat seperti kamu. Aku yang berpura-pura ini tidak dilahirkan dalam keluarga mulia seperti kamu. Aku yang berpura-pura ini lahir dari keluarga yang bermasalah.

Tapi jauh dipelusuk hati ini, aku yang berpura-pura ini sedang mendalami islam. Aku yang berpura-pura ini cuba untuk buatkan orang lain senang dengannya. Aku yang berpura-pura ini cuba lari dari kekal bermasalah dari keluarga bermasalah.

Persoalannya mungkin kamu menganggap catatan ini juga merupakan catatan pura-pura dari aku. Aku tahu catatan itu sudah diterbitkan bermakna kamu sudah berkecil hati dengan aku yang hidup berpura-pura ini.

Namun aku, anak-anak dan isteri benar-benar mohon dan maaf atas kekhilafan diri. Terima kasih atas segala bantuan. Kamu berjaya buat aku rasa bersalah. Kamu juga berjaya buatkan isteri aku bersalah kerana turut membaca catatanmu. Sempat juga aku berpesan pada isteri tentang hutang. Supaya jika aku sendiri tidak dapat lunaskan sebelum aku mati, isteri aku akan uruskannya.

Yang pasti aku tidak pernah lupakan kamu yang berhati malaikat.

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

Catatan-catatan lain yang cun!

  • Tiada catatan lain yang cun!

17 maklumbalas untuk topik “Dari Sahabat Yang Berpura-pura Kepada Sahabat Berhati Malaikat”

  1. telan air liur berkali2 baca entri ini. Apa lagi yang harus di tulis?

    Terjemahan dari Surah Al-Kahf ayat 103 & 104

    [103]
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
    [104]
    (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    terima kasih kak. terima kasih. sekurang-kurangnya saya rasa ada penerimaan, ada reaksi dari seseorang.

    saya pernah berada dalam dunia gelap. saya pernah berputus asa. tapi setelah saya kenal maksud islam yang syummul, saya cuba cekalkan diri.

    terima kasih sekalii lagi sebab berkongsi terjemahan tersebut. saya rasa saya pun perlu pergi ke kelas untuk lebih mengenali makanan rohani kita (hu3).

    [Jawab Balas]

  2. wahh….sabar la erk..semoga sahabat anda tuh terbuka hatinya lepas baca post nih…=)

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    insya allah aku pun harap perkara yang sama. niat aku bukan nak memburukkan keadaan cuma nak penjelasan dari hati ke hati.

    yalah aku bukan malaikat, aku manusia biasa yang bebila masa boleh berlaku kesilapan.

    [Jawab Balas]

  3. aku pon terkedu jugak. sebab tuh aku selalu pesan kat isteri aku yang dulunya tunang aku dan juga sahabat baik aku… jangan sesekali menerima pertolongan orang meskipon ikhlas mane mereka, biar kita kelaparan janji kita tak susahkan orang lain, biar kita keliling hutang.. tapi tak susah kan adik beradik, biar kita tak makn sekalipon… janji tak mintak makan kat orang lain… aku dah serik dengan perkara kat atas tuh. itu perkara pertama aku ulang selepas aku berkawin.

    setiap pertolongan dari manusia kepada manusia, memang akan diminta untuk dikenang dan diberi ganjaran.

    tertarik dengan kata-kata yang aku dapat dari cerita “italian job” – “you can trust a human, but never trust the demon inside them” – lebih kurang macam tuh la.

    susah… memang susah. manusia selalu berubah.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    takpe lah man. apa sekali pun yang berlaku, ia adalah dari kelakuan kita manusia biasa. yang tak lari dari melakukan kesilapan.

    tapi aku juga tidak mahu perkara yang seumpamanya menjadi alasan untuk melakukan kesilapan malah jadikannya sebagai pengajaran.

    setiap perjalanan hidup kita berlaku atas pengajaran dari pengalaman yang lalu.

    [Jawab Balas]

  4. hmmm……..aku tak tahu nak katakan apa bro. aku harap kesemua masalah antara kawan-kawan dapat diselesaikan dengan baik. Aku harap ada “Happy Ending” pada perkara semacam ini. Aku doakannya……

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    betul tu, aku harap macam tu. fikir yang baik-baik sahaja. yang penting demi allah, mereka adalah SAHABAT aku.

    terima kasih atas doa ;)

    [Jawab Balas]

  5. aku belum berkahwin..sukar untuk memahami perasaan itu..tp aku pernah rasa menerima bantuan dari orang..bukan soal duit..tp soal lain…dan orang tu mengungkit balik segala pertolongan yang dia dah bg…

    yg paling sedih..memburuk2kan aku dekat org lain…takpela…DIA kan ada…maha ADIL, lebih mengetahui dan mendengar segalanya…

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    yalah, kita tak dapat kawal kesemua situasi kan? apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa hanya DIA yang maha mengetahui.

    [Jawab Balas]

  6. hoho, baguslaa camtue.. tuhan tue maha ADIL.. hehe, bersyukur…

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    syukur alhamdulillah, amin.

    [Jawab Balas]

  7. Komen dari kita pada November 10th, 2009 ago

    betul-betul emosi baca luahan ini…tp ini btul-btul realiti ko ke megat ?

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    luahan hati aku yang paling dalam, sabri. tiada apa yang membuktikan luahan ini jika sekadar melihat luahan di blog ini kecuali melihatnya.

    [Jawab Balas]

  8. bawa bersabar bro. lain orang lain ragamnya.
    saya harap semua ni berakhir dengan baik dan dapat diselesaikan.

    dari kecik ayah saya selalu pesan, tolong orang tanpa harapkan balasan. tolong seikhlasnya dengan apa yang mampu. dan elakkan berhutang dsb. Memang ayah tak suka kalau berhutang, kalau tahu je, mesti suruh cepat2 selesaikan. Memang dia tak suka.

    Saya mungkin lagi muda dan masih belum berkahwin untuk merasai beban dan tanggungjawab yang bro galas, tapi apa yang saya mampu tolong hanyalah sokongan moral dan berdoa agar segalanya dapat diatasi. Insyaallah.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    selesai atau tidak bukan berada di tangan aku tapi ditangan SAHABAT.

    pasal hutang aku tahu hukum hakamnya apatah lagi ia berlaku dalam suasana yang amat sukar, amat sukar.

    sesetengah keputusan yang dibuat bukan berlaku macam itu sahaja. kalau Allah hendak perkara tersebut berlaku ia akan berlaku juga. selepas itu baru kita sedar apa yang akan berlaku.

    [Jawab Balas]

  9. Manusia sering diuji oleh Allah dengan macam-macam cara dan di antaranya keluarga dan teman juga adalah ujian kepada kita daripada Allah swt.

    [Jawab Balas]

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!