Drama Cinta Balqis TV3, Boleh Melalaikan?
Rasanya ramai yang sudah tahu kehadiran drama yang semakin menarik perhatian, Cinta Balqis terbitan Radius One untuk TV3. Melihat sinopsisnya, drama ini agak menarik kerana jalan ceritanya agak berlainan dari drama-drama lain. Biasalah kalau dah berumahtangga terpaksalah layan sekali (betul tak azman? he3).

Drama Cinta Balqis di TV3
Seperti biasa kat sini aku tak letak sinopsis tentang sesuatu drama yang aku lihat dan disini bukan tempat dimana peminat-peminat drama tersebut nak cari maklumat pasal pelakon yang terlibat tetapi aku lebih suka bikin komen aku sendiri. Dah banyak sangat blog yang tulis maklumat seperti itu.
Mula-mula dulu, aku lihat permulaan cerita macam biasa je seperti drama-drama melayu lain tetapi aku silap. Bila dah sampai klimak drama tersebut macam seronok pula layan. Yang tak seronoknya tayangan drama tersebut tak kena masa siarannya. Siaran tersebut ditayangkan dalam masa untuk kita berkhalwat! (bercinta dengan Allah)
Difikirkan memang patutlah aku selalu ketinggalan dan tidak pernah tengok sepenuhnya drama berkenaan memandangkan masa yang sememangnya tidak sesuai. Aku tak tahulah kalau orang lain yang lebih mementingkan hiburan dari bersolat (ya tak? ha3). Aku cakap pun bukan main terkam je tapi melihat dari pelbagai sudut dan beberapa pengalaman di depan mata.
Bayangkan kalau masa tayangan ada antara mereka yang terpacak depan TV dan sanggup menangguhkan waktu yang dituntut malah hukumnya wajib? Fikirkan balik dalam azan pun aad menyebut dengan merdu dan syahdu yakni marilah mengerjakan sembahyang! kemudian barulah mengejar kejayaan!
Itu je yang aku nak bebelkan. Bukan apa, dok layan perasaan jalan cerita drama tersebut, aku lagi pilu bila melihat mereka yang lalai dengan hiburan. Yalah aku tak nafikan dalam dunia moden ni sememangnya tak dapat lari dengan hiburan tetapi fikirkan juga yang mana lebih penting.
Berbalik kepada perjalanan cerita tersebut (yang aku dapat tengok la), banyak juga kisah moral yang boleh dijadikan tauladan. Yang paling aku suka ialah cara hidup Mak Biah dan anaknya Hassan yang dekat dengan kehidupan sebagai orang islam. Aku memang berharap kisah-kisah moral yang menyerapkan kehidupan islam menjadi keutamaan dalam setiap drama melayu.
Yalah nama pun hiburan, pasti dapat menarik perhatian lebih ramai peminat kerana dengan cara tersebut dapat menyerapkan nilai-nilai islam dalam pemikiran penonton yang lebih muda.
Pendapat kamu?
21 Komen untuk “Drama Cinta Balqis TV3, Boleh Melalaikan?”