Drama Nur Kasih TV3, Kisah Cinta Yang Sungguh Mantap!

Drama Popular Nur Kasih

Drama Popular Nur Kasih

Nur Kasih, drama terbitan Filmscape dan diarahkan oleh seorang pengarah semakin melonjakkan popularitinya iaitu Khabir Bhatia telah menutup tirai tayangan akhirnya.

Drama Nur Kasih tersebut telah mendapat tempat di hati peminatnya yang semakin hari semakin mendebarkan. Setiap minggu tayangannya pasti ada kisah yang bisa menyemarakkan emosi penonton yang secara tak langsung menaikkan rating tayangannya di TV3.

Yang paling menarik ianya digarap dengan penuh teliti tentang kehidupan keluarga  yang penuh kecintaan terhadap insan tersayang, allah yang esa dan islam. Penuh dengan pengajaran dan dimanipulasikan pula dengan kehebatan pengarahnya bermain dengan teknik sinematografi yang berkesan!

Ambik kau! Mukadimah je dah panjang giler (ha3). Aku, isteri dan anak-anak sememangnya tidak ketinggalan mengikuti setiap episod yang sudah pasti melengkapkan setiap sambungannya yang penuh dengan tanda tanya.

Sepanjang tayangannya penuh dengan moral dan pengajaran, seringkali menjadi persoalan pada anak-anak aku yang bertanya, kenapa macam tu, kenapa macam ni. Untuk isteri pula seringkali menjadi gurauan aku seperti,

Syoknya dapat isteri macam tu, dapat kahwin lagi satu (kah3)

Lagaknya seperti dalam drama tersebut yang sudah tentu punya banyak ayat-ayat power! (ha3).

Yang paling utama, drama tersebut memberi impak yang kuat bukan hanya kisah cinta kaum adam dan hawa tetapi juga kepada keluarga dan institusi masyarakat disekeliling. Memang mantap!

Melihat episod penghabisannya boleh merentap hati ini yang tanpa sedar air mata ini bisa mengalir laju. Pasti ada perkara yang buatkan hati aku tersentuh antara realiti kehidupan ini dengan kisah di dalam drama popular tersebut.

Sedikit sebanyak dapat beri pengajaran kepada masyarakat islam kita yang sudah pasti jauh perbezaan cara hidup dan pegangan. Walaupun kisah tersebut dimanipulasikan dalam bentuk drama tetapi ianya lengkap dengan sifat asas manusia yang punyai perasaan dan pelbagai emosi dan ajaran islam.

Kenapa perlu diberi galakan kepada drama asing yang tidak punyai moral yang baik untuk kita sebagai masyarakat islam? Lagi sekali bikin panas (ha3).

Akhir kata, aku mengharapkan lebih banyak drama berbentuk islamik dan pengajaran seperti ini. Walaupun ia merupakan kategori hiburan tetapi ia juga pelengkap asas kemanusiaan itu sendiri. Kita tidak dapat lari dari dunia hiburan, tetapi biarlah dunia hiburan tersebut memberi impak kepada membentuk keluarga islam.

Apa pendapat rakan-rakan pula?

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

Catatan-catatan lain yang cun!

31 maklumbalas untuk topik “Drama Nur Kasih TV3, Kisah Cinta Yang Sungguh Mantap!”

  1. Komen dari maryam pada November 28th, 2009 ago

    saya terlepas episod terakhir dan belum menjengah web tv3 untuk menyaksikannya. malam tadi berkejar ke hospital.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    terlepas tak apa. skang pun ada ulangan di tv3 pada setiap selasa – khamis jam 7.30 mlm.

    paling senang kat laman web tv3 kan?

    kebetulan malam tadi pun sy bekejar ke hospital tapi lewat malam.

    [Jawab Balas]

  2. Komen dari paeh pada November 28th, 2009 ago

    dengar cerita, drama ni akan ada kat layar perak pulaa… harap lg best laaa

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    layar perak? kalau dah memang sentuhan khabir bhatia, memang best la.

    macam tak sabar lak nak tunggu (he3).

    [Jawab Balas]

  3. Bukan ke dulu Alya pregnant? After one year, ingatkan muncullah baby. Tak ada pulak T___T Pengarah lupa kot dulu Alya pregnant. HAHA.

    Cerita ni ’sesuatu’ kan. Fenomena betul dekat kaca tv

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    dia buat cerita je kot!? farah punya keje la tu (he3).

    [Jawab Balas]

  4. aku tak tgk ending dia…ingatkan, waktu adam jumpa nur masa dalam filem nanti, rupanya dah jumpa dulu.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    kalau adam tidak diperlihatkan di akhir rancangan sepertinya jalan cerita tersebut tidak lengkap.

    drama tersebut bertujuan untuk membentuk watak adam dan aidil yang merupakan adik beradik yang akhirnya mencapai matlamat yang cuba dibentuk oleh si ayah.

    simbolik sekali drama tersebut sehingga ada yang fokus ke arah simbolik cinta adam dan nur.

    [Jawab Balas]

  5. Komen dari Adam pada November 28th, 2009 ago

    Semasa episod akhir semalam, pengarah pandai menyelesaikan semua konflik yang berlaku sejak permulaan cerita. Masalah Sarah dengan perangai yang suka menjaga tepi kain orang telah diubah kepada seorang yang baik. Ramai tidak menduga yang Nur Amira menolak pinangan Aliya!

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    dalam satu drama yang punyai byk watak yang kuat dan setiap watak yang punyai elemen masing-masing yang kuat juga, pengarah sememangnya bijak berimaginasi.

    watak sarah bagi aku, bukan sahaja suka jaga tepi kain, tetapi terus membara menjadi seorang yang busuk hati. sememangnya agak sukar untuk berubah kecuali ada trajedi yang berlaku.

    terciptanya wanita memang mepunyai deria tersirat yang kuat sehingga tidak terjangka apa yang tersebunyi disebaliknya.

    dalam drama ini bukan sahaja menunjukkan yang tersurat dipandangan kita tetapi aku juga pelik ia melibatkan apa yang tersirat disebalik ciptaan allah! subhanallah!

    [Jawab Balas]

  6. tapi dalam citer ni aku tengok aku lebih lihat pada ikatan kekeluargaan..antara abang dan adik..tak semestinya lihat pada cinta tiz zaqyah dan ayu raudhah jer..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    kita selalu dihebahkan dgn cinta melankolik antara adam dan hawa, sudah terlalu biasa.

    kali ini nampak telus berkaitan kisah kekeluargaan, aku ramai yang perasan akan kelainan yang dipaparkan. dunia skang ni aku rasa lebih baik tumpukan pada cinta kekeluargaan.

    [Jawab Balas]

  7. yap. aku sempat tengok semalam. pandai diorang wat, betul2 waktu hari raya aidiladha. memang semua orang leh tengok..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    bajet masa yang tepat (he3). mudah-mudahan mendapat iktibar kepada kita semua dari drama tersebut.

    [Jawab Balas]

  8. lepas tengok balik kulit depan drama nie.. baru aku ingat Katrina pun wujud dalam citer nie.. haha tapi macam x dominan sangat peranan dia.. haha!

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    mungkin wataknya lebih kepada watak pembantu. bagi aku watak itu berada di tempatnya yang tersendiri.

    jika watak itu mendominasi drama tersebut mungkin akan maksud sebenar drama tersebut tidak dicapai kerana jika dibaca pada sinopsisnya ia berkaitan kasih sayang adik beradik, aidil dan adam.

    [Jawab Balas]

  9. hebat betul penangan Nur Kasih sehingga ramai blogger hebat juga menulis tentang kisah drama ni…

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    memula aku tak perasan pun, mungkin anggap terikat dengan jalan cerita seperti drama lain.

    yang menarik minat aku, cara hidup yang digambarkan. cukup terkesan.

    [Jawab Balas]

  10. Komen dari LaLa pada November 28th, 2009 ago

    Sker sgt tgk citer neh…xpenah missed ttiap jumaat…dgr citer akan difilemkan…xmo lps pluang nak tgk…hehehe

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    wah ini peminat setia ni. sepatutnya nur kasih boleh bagi hadiah (he3).

    memula saya tertinggal juga sebab belum nampak impaknya. dah lelama macam tak mahu berganjak pula.

    apatah lagi tengok orang rumah setiap jumaat malam tercegat depan TV seolah ada majlis besar je (ha3)

    [Jawab Balas]

    LaLa beri maklum balas:

    tuhla…kalo nur kasih @tv3 ada wat contest..konpem da masuk…he3!

    p/s: sker gaks baca entry2 kt blog en.megat neh…he3

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    kompem masuk dan kompem menang kan? yalah dah jadi pemnat setia (ha3).

    terima kasih kerana sudi membaca di blog ini ;)

    [Jawab Balas]

    LaLa beri maklum balas:

    samer2 kasih…hik3

    [Jawab Balas]

  11. cerita yang mengangkat suasana kampung semulajadi. rumah kayu tepi sawah yang membahagiakan. desiran angin yang mengujakan. owh aku nak balik kg la mcm ni. hehe :)

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    aduh tak sangka catatan ini mengingatkan ko kat kampung pula. kira rindu bertandang la ni zam (hu3).

    kalau aku pun sama, jauh diperantauan dan berbeza budaya dan cara hidup. pasti tidak sama dengan suasana di kampung di tanah air.

    [Jawab Balas]

    KNizam beri maklum balas:

    tu la pasal. sikit sangat la drama/filem tempatan yang menggarap keindahan malaysia dan alam sekitarnya kan. kalau nak diikutkan mmg banyak tempat menarik kat malaysia, cuma nak dengan tak nak adjer. hehe :)

    [Jawab Balas]

  12. emm, suka sangat ending dia..happy ending la, cerita ni memang bagus berkaitan ngan agama dan masyarakat..memang sesuai untuk tontonan semua..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    setuju, secara tak langsung dapat menyedarkan kita betapa jauh perbezaan budaya hidup sebagai muslim sebenar.

    terima kasih bertandang ;)

    [Jawab Balas]

  13. SERTAI PERADUAN NURKASIH SEKARANG!!

    ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI SET LENGKAP DVD NURKASIH YANG BERNILAI RM99!

    UNTUK MENYERTAI PERADUAN INI,

    LAYARI http://www.gua.com.my/Entertainment/Contest.aspx

    [Jawab Balas]

  14. Tak tgk cerita ini dari mula. Tgk gitu2 je. Tak tau cerita nie best. Mula follow masa Adam dah kahwin. Lepas tu wife pun follow gak. Cerita memang best giler. Kabir Bakhtiar memang superb…

    [Jawab Balas]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Penangan Cucu Betong Lebih Mantap Dari Anak Betong!? | MEGAT

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!

CommentLuv Enabled