Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Fanatik Siber, Punca Utama Gejala Sosial?

Secara umumnya ia memang berlaku kepada cara hidup moden kita yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Rata-rata orang kita sudah mengenali apa itu dunia siber atau dikenali dengan dunia tanpa sempadan.

Fanatik atau taksub bermaksud suatu emosi yang penuh dengan semangat yang berlebihan terhadap sesuatu yang diminati. Akan tetapi ia tidak kritikal. Biasanya berlaku apabila ketaksuban ke atas sesuatu perkara yang menjadi budaya hidup dan kegemaran atau hobi.

Fanatik siber punca gejala sosial!?

Fanatik siber punca gejala sosial!?

Cuma kali ini aku ingin mengaitkan tentang ketaksuban kita terhadap dunia tanpa sempadan. Isu ini sudah banyak kali dikupas sama ada di media massa dan media elektronik. Aku masih ingat lagi, ianya pernah dikupas di dalam rancangan terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini.

Sesetengah masyarakat kita sering mengaitkan dunia siber ini dengan berlakunya gejala-gejala sosial pada masa kini. Aku tidak menafikannya, tapi apa yang aku harapkan mereka faham bahawa dunia siber juga punyai banyak kelebihan secara langsung.

Aktiviti yang mampu membuatkan seseorang itu fanatik siber adalah seperti,

  1. Maklumat – teknologi canggih ini mempercepatkan proses carian maklumat yang kamu ingin dapati, tidak kiralah maklumat berkenaan apa sekali pun, ternyata ia pantas dan berkesan seperti maklumat di blog.
  2. Sosial – mereka yang terlibat dalam meningkatkan kehidupan sosial mereka terlalu tinggi kini, mereka berebut untuk menyertai rangkaian sosial seperti facebook dan twitter yang kununnya tidak ketinggalan zaman.
  3. Permainan Dalam Talian – semakin popular sekarang dan mendapat sambutan menggalakan itu pun bergantung kepada capaian internet negara kita (hu3).

Namun dalam dunia siber ini terdapat keburukannya juga, dimana gejala sosial bisa terserap dalam corak hidup yang tidak bermoral kerana penerimaan maklumat yang tidak betul. Mereka selalu terperangkap dengan cara sebegini memandangkan setiap maklumat mendapat capaian secara langsung.

Secara keseluruhannya, fanatik atau tidak bukan persoalannya memandangkan ia boleh berlaku untuk tujuan kebaikan mahu pun keburukan. Sebaiknya anda mendisiplinkan diri ke arah yang boleh memberi faedah dan kebaikan untuk kehidupan yang lebih sihat!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 5 November '09 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
2,026 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , .

17 Komen untuk “Fanatik Siber, Punca Utama Gejala Sosial?”

05.11.09 at 09:56
Posted by abrar

fanatik terhadap sesuatu boleh diatasi dengan disiplin diri yg tinggi. Gejala sosial itu bermula apabila ada pihak yang menyalahgunakn perkhidmatan yang diberi.

sekarang, remaja sekarang banyak menghabiskan masanya di rangkaian sosial seperti facebook. Terlalu banyak permainan online yang muncul menyebabkan bermulanya gejala ponteng sekolah bagi pelajar sekolah.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

teknologi, kecanggihan, siapa yang tidak mahu mengejarnya. apatah lagi takut digelar ‘ketinggalan zaman’.

persoalan yang timbul apabila ianya menjadi punca gejala sosial. bermakna mereka tidak dikawal!?

[Jawab Balas]

abrar beri maklum balas:

konsep tamdadun perlu diselak kembali. majunya sesuatu masyarakat bukan diukur dengan teknologi tetapi tahap ilu dan sahsiahnya. Tiada gunanya teknologi jika rohaninya kosong.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kurang pengisian rohani adalah punca utama! dalam islam pun telah menekankan tentang hal ini.

[Jawab Balas]

princeofcat beri maklum balas:

Salam..
Betul.. Kalau iman tidak kukuh.. Nafsu akan menguasai diri.. Bisikan iblis dan syaitan meneraju hati dan jiwa..
lihat sekarang di akhbar.. banyak masalah sosial bermula dari internet.. yang ponteng kelas, khayal dengan game dan laman sembang sosial.. yang berzina,walaupun baru berkenalan dari laman sosial, kenapa begitu mudah mereka menurut hawa nafsu..
Ini semua harus bermula dari hati.. hati bersih, jiwa bersih.. iman teguh.. barulah kemungkaran dapat dibendung.. Insya Allah..

[Jawab Balas]

05.11.09 at 11:11
Posted by TMUkmkd

Fanatik – (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan).

fanatik. bagi aku fanatik ada baiknya. mencari benda baru yang tidak diketahuinya selama ini. tetapi jika salah caranya buruk akibatnya.

siber. banyak umpan daripada isinya. banyak penipuan daripada betulnya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul. klu bab keagamaan lebih sesuai dipanggil taksub. perlu lebih berhati-hati dengan penipuan maklumat juga.

[Jawab Balas]

TMUkmkd beri maklum balas:

tak tahu~ kamus dewan yang kat gitu hahaha..

[Jawab Balas]

05.11.09 at 11:46
Posted by Kujie

Secara asanya, buat sesuatu dengan berilmu. Dunia cyber ada segalanya dan dengan ilmu kita akan menapis.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

point. ilmu, ilmu yang dapat mengawal dan bantu buat keputusan baik dan buruk.

terima kasih kak ;)

[Jawab Balas]

05.11.09 at 20:10
Posted by Kreuger

off topic – ayat macam bace surat khabar siot.
kuitis giler. tetiber teringat cikgu BM aku
yang garang nak mampos. kalau tak kerana dia,
tak mungkin SPM aku dapat A1 untuk karangan. haha~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

patutlah ada member aku offer artikel kat berita harian dan kosmo! (kah3)

wah baguslah cikgu tu, semua student dpt A1 ke!?

[Jawab Balas]

roy beri maklum balas:

bleh x i dpt nombor cikgu tu?…

[Jawab Balas]

08.11.09 at 10:12
Posted by wazy

sekarang ni pun kanak-kanak seawal 7 tahun dah pandai guna komputer dan terdedah kepada dunia cyber ( aku tahu sebab keje kat cyber cafe sekarang ni..hehehe ) ,seperti kita yang dewasa ni dah tentu terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam dunia cyber cuma ikut kehendak sendiri la sama ada dengan tujuan baik atau pun buruk

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

generasi baru ni begitu cepat kenal dengan gajet-gajet canggih ni. begitu juga dunia siber.

anak aku sejak dari umur 4 tahun dah sibuk nak godeh-godeh laptop aku (hu3).

[Jawab Balas]

wazy beri maklum balas:

huhuhu

ok la cmtu kene bg pendedahan awal kat teknologi baru ni,nanti dia dah dewasa ,mana tahu jadi Penganalisis IT ke hehhee

[Jawab Balas]

08.06.10 at 15:57
Posted by shamiz

apa maksud sembang siber dan kesan negatif sembang siber ini

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled