Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Februari, Mungkinkah Berubah?

Februari 2010 sudah menjelma. Ini bermaksud sudah masuk bulan kedua di tahun baru. Dalam sebulan yang lalu banyak perkara berlaku sama ada suka dan duka. Sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu yang dapat mengatur kembali kehidupan aku pada masa akan datang.

Bermula dengan entri tangisan aku, isteri dan anak-anak secara tak langsung telah mengungkai duka yang telah aku tanggung sekeluarga selama ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu aku merancang perjalanan hidup aku seterusnya. Rasanya separuh dari beban lalu dapat di atasi.

Separuh lagi? Ya, separuh lagi adalah yang berlaku ke atas diri aku dari sakit misteri (tolong, jangan ganggu aku!) sehingga merebak melibatkan sakit fizikal. Dengan bantuan dari En Hydir, rasanya sakit yang melibatkan perkara mistik tiada lagi. Harapan aku mudah-mudahan ianya berterusan dan tiada gangguan lagi, insya allah.

Kemudian blogger kacak dan blogger cun, sayang kamu! pula diterbitkan atas keprihatinan dan sumbangan ikhlas dari rakan-rakan blog dan pembaca blog ini. Sungguh tidak menjangka ianya mendapat sambutan hangat, syukur alhamdulillah. Kamu sungguh baik hati dan semoga ALLAH melindungi kamu serta melimpahi kamu rezeki yang banyak juga.

Termasuk hari ini sudah beberapa hari aku berulang-alik ke hospital sejak hari pertama (jom main nombor, hospital kota tinggi). Pengalaman pembedahan lalu membuatkan aku lebih berhati-hati. Aku meminta mereka membuat penilaian dahulu sebelum benar-benar melakukan pembedahan seterusnya.

Aku diberi ubat itu dan ini, ambil darah dan diujikaji untuk diambil sampel. Aku harap kali ini biarlah berbaloi. Jika tempoh seminggu ini tiada perubahan, aku terpaksa ditahan diwad untuk langkah ujian seterusnya (mungkin terus dibedah).

Namun apa yang aku benar-benar harapkan adakah permulaan ini bakal merubah keseluruhan hidup aku dan keluarga kepada kehidupan yang lebih baik?

Insya allah, buat permulaan apa yang dapat aku pastikan ialah aku lebih bersemangat dan bertenaga walaupun dapat tahu aku alami beberapa implikasi penyakit lain. Nekad sahajalah, tak guna nak sesakkan kepala, lebih baik aku fikirkan macam mana nak habiskan sisa hidup yang masih tertinggal.

Apa yang terbaik adalah DOA dari kamu yang tak putus-putus. DOA adalah senjata mukmin dan mana tahu ada KEAJAIBAN berlaku (he3).

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 1 February '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
149 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , .

25 Komen untuk “Februari, Mungkinkah Berubah?”

01.02.10 at 16:33
Posted by TMUkmkd

diharapkan berubah kepada yang lebih baik :)
Terkini dari TMUkmkd di blog nya – 1 Februari: Ulang Tahun ke-tiga My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah atas doa kalian.

[Jawab Balas]

TMUkmkd beri maklum balas:

tiba2 aku teringat sumthing. manusia takkan diuji dengan apa yang tak mampu dia hadapi :)
so ko sekeluarga memang hebat la megat!
Terkini dari TMUkmkd di blog nya – 25 sen Pertama My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.02.10 at 16:36
Posted by zaryl

setiap manusia ada ujian yg menanti dari Allah.
cara dan bagaimana yg berbeza.
apa yg penting kita perlu sentiasa tabah dan bersedia
untuk menghadapinya.

kirim salam pd akak dan ank2 ye bro. :)
Terkini dari zaryl di blog nya – Karmon Free WordPress Theme My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya betul tu. insya allah aku akan lebih berusaha dan bangkit kembali. peluang hidup di dunia hanya sekali, sekurang-kurangnya tunjuk bukti kebangkitan kita.

aku dah sampaikan salam ;)

[Jawab Balas]

01.02.10 at 16:39
Posted by Jaws

aku doaakan bro cepat2 sembuh..
semua penyakit ada ubatnya..
tawakkal..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih, insya allah dengan izin ALLAH.

[Jawab Balas]

01.02.10 at 19:52
Posted by bayukk

Semoga cepat sembuh….amin.
Terkini dari bayukk di blog nya – Penat & memuaskan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.02.10 at 21:48
Posted by Kreuger

en megat.. banyakkan muhasabah diri ye. kalau rase tension tuh.. citer la kat blog. even tak semua disampaikan dengan nyata. tapi biarlah orang yang mampu membaca jer menilai perkara tersebut ok.

semoga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga. amin~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa perlu buat apabila dipaksa untuk kerja lebih masa. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

hanya “Jauhari yang mengenal Manikan” man..

ko pulak buatlah N3 lawak jenaka pulaks utk lepaskan tension kitaorang nie..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sememangnya aku melakukan sedemikian. terima kasih atas galakan. aku percaya pembaca blog ini pun ada kebijaksanaan mereka sendiri.

suka atau tidak itu perkara biasa. itulah namanya cabaran (he3)

[Jawab Balas]

02.02.10 at 00:23
Posted by Ayah Aiman

dugaan itu hanya untuk orang2 yang terpilih sahaja..lg hebat dugaan itu diharap lebih dekatlah hamba dengan penciptaNYA..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

subhanallah, ALLAH maha hebat! insya allah dan bersyukur atas apa yang ditanggung.

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

Pasti ada hikmah disebalik setiap dugaan tu. Hikmah tu kekadang datang tanpa kita sedari..

Dugaan juga salah satu cara untuk membersihkan dosa2 (kafarah) kita yg lampau..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

02.02.10 at 12:48
Posted by denaihati

Hidup ini bagai RODA hari ini di bawah esok lusa pasti di atas hari berduka esok lusa pasti gembira. Kerana Allah sayangkan kita maka Allah uji kita. Kesabaran dan keredhaan perencah utama untuk menaikan martabat di sisi Allah. Teruskan usaha, doa dan tawakal. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya.
Terkini dari denaihati di blog nya – Tak sangka ramai yang memilih HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku dah rasa pengalaman tersebut dan sudah tentu ia memberi impak yang besar dalam diri aku dan keluarga.

insya allah perubahan yang lebih baik dan menguatkan ketaatan kepada ALLAH ta’ala.

[Jawab Balas]

02.02.10 at 15:09
Posted by titan

Insya-Allah. berdoalah. Aku juga sentiasa berdoa setiap hari. agar hidup aku dan umat Islam dipermudahkan. Amin..
Terkini dari titan di blog nya – 21 orang TNX Super Knight My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, amin.

[Jawab Balas]

02.02.10 at 15:28
Posted by sueella

semoga tabah menempuhi liku2 kehidupan walau apapun ujian melanda
Terkini dari sueella di blog nya – Update Contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

02.02.10 at 17:09
Posted by hydir

harapnya usaha untuk berubat diteruskan,
setiap penyakit itu sebenarnya menghapuskan dosa2 kecil kita, itu tandanya Allah masih sayang kepada kita,
diberi peluang lagi kepada kita,

Blogger We Care
Terkini dari hydir di blog nya – Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga … My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah bang, peluang yang diberi juga tidak disia-siakan. terima kasih bang.

[Jawab Balas]

03.02.10 at 12:19
Posted by knightblogger

Insya-Allah. Mudah-mudahan..
Terkini dari knightblogger di blog nya – What’s Blogger hate to do? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

03.02.10 at 15:09
Posted by mesticun

harap bulan ni ia menjadi lebih baik lagi.
Terkini dari mesticun di blog nya – Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.02.10 at 09:51
Posted by safar

Insya-Allah.mana kita tahukan.ada keajaibkan.akan berlaku.lalu en.megat cepat sembuh.
Terkini dari safar di blog nya – Pengkianat makmal penyelidikan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

06.02.10 at 14:18
Posted by Dak Wan

Insyallah, akan ada ubatnya. Tabah lah ye?
Terkini dari Dak Wan di blog nya – Buat Para Sahabat! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails