Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!?
Wah topik kali ni berbau provokasi terhadap gadis-gadis. Maaf bukan bermaksud seperti itu. Baca dulu baru boleh buat kesimpulan, jangan hentam kromo je, boleh? Tak boleh tak apa. Tak rugi apa pun. Kalau boleh alhamdulillah, kita buat renungan bersama (he3).

Gadis cun dalam Nur kasih
Aku rasa kau pun perasan sekarang ni ramai betul anak-anak gadis yang semakin cun. Sebab apa eh? Mungkin dah ramai dikacuk agaknya (ha3). Bila dah ramai yang cun, nisbah atau margin yang tak elok pun ramai. Macam-macam boleh jadi kan?
Ini termasuklah dalam gejala sosial yang semakin teruk di negara kita ni. Dilihat dari mata kasar, ramai yang terjebak dalam kancah maksiat dan kes-kes buang bayi pun adalah remaja yang tergolong dalam kategori gadis-gadis cun. Eh mana kau tahu? (ha3).
Dalam beberapa sebab, sudah tiada bezanya antara gadis cun dengan gadis seksi kan? Cuma gadis seksi yang sememangnya dengan rela merangsang si lelaki lebih bijak dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti berlaku kepada gadis cun. Mungkin pengalaman mereka yang mengajar mereka tentang bab-bab tu.
Lain pula dengan gadis cun. Bukan semua tapi segelintir yang punyai ketirisan dalam didikan. Mereka tiada pengalaman. Maka mereka lebih mudah diperdaya kaum lelaki yang berhidung belang. Yalah kalau dah tergedik sana tergedik sini siapa yang tak terangsang ya tak? Apatah lagi dari pandangan budak-budak lelaki sekarang yang mudah terdedah dengan perkara seperti itu lebih mudah dan pantas.
Jangan kata orang luar, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita adik merogol kakak, tidak cukup teruk lagikah?
Apakah yang sebabkan perkara-perkara seperti ini berlaku?
Kepada gadis-gadis cun cuba lakukan beberapa perkara yang mungkin dapat elakkan perkara yang boleh berlaku gejala sosial dan sumbang mahram,
- Tidak cun – bunyi seperti kelakar kan? cubalah cuba memperlihatkan diri tidak cun, mungkin ia boleh mengelak kerana lelaki suka melihat yang cantik-cantik (ha3).
- Pakaian – elakkan pemakaian yang seksi dan menampakkan susuk tubuh yang cun, kadang-kadang ada pemakaian yang kau rasa dah elok tapi tak elok dari pemandangan lelaki.
- Pergaulan – kalau dulu adik beradik ni kelihatan mesra bertepuk tampar segala, sebenarnya dalam islam pun memang tidak membenarkan adik beradik lelaki dan perempuan bergurau senda sebegitu.
- Bilik berkunci – kalau tidur dalam bilik tu, sentiasalah berwaspada, mungkin kau boleh kunci bilik yang dapat menghalang dari sesuatu perkara berlaku, elak dari tidur di ruang tamu walaupun di rumah sendiri.
Sebenarnya semua perkara telah diterapkan dalam cara hidup orang islam, cuma nak ikut atau tidak je. Janganlah kau nak salahkan sesiapa sedangkan kau tidak ikut apa yang disarankan dalam agama kita.
Segala tentang kehidupan dan psikologi manusia terdapat dalam ajaran agama islam. Ikut sahajalah, insya allah semua selamat.

40 Komen untuk “Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!?”