Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia Meninggal Dunia

Mantan Presiden Indonesia

Mantan Presiden Indonesia

Berita di dalam talian liputan 6, mengkhabarkan bahawa mantan Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, 68 tahun telah meninggal dunia hari ini (30 Disember 2009 jam 6.45 malam @ 7.45 malam waktu malaysia). Menurut berita yang disampaikan beliau telah meninggal di Rumah Sakit Cipto Mangungkusumo (RSCM), Jakarta Pusat.

Mantan Presiden tersebut adalah presiden yang ke 4 setelah Suharto meletak jawatan sebelumnya.

Kita kehilangan seorang lagi pejuang islam yang berpengaruh di dunia dan merupakan bekas pemimpin tertinggi negara Indonesia. Sebagai seorang islam, kita juga meratapi pemergian beliau yang telah lama memperjuangkan parti yang mewakili penduduk islam di Indonesia.

Indonesia juga merupakan negara dimana punyai ramai penduduk islam yang telah diwakili pemimpin berwibawa seperti beliau. Mewakili melalui parti islam yang diterima sepenuhnya oleh masyarakat islam disana.

Semoga rohnya dirahmati Allah.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 30 December '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.
73 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , .

12 Komen untuk “Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia Meninggal Dunia”

30.12.09 at 22:20
Posted by mohdisa

semoga allah merahmatinya. amin

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

amin. kita kehilangan seorang lagi pejuang islam walau pun di negara jiran.

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu bro, semoga ada lagi pejuang yg terus memperjuangkan islam di mata dunia. amin

[Jawab Balas]

30.12.09 at 22:36
Posted by Fahmishah

Ya Allah, engkau terimalah perjuangan hamba’mu ini. Tempat’kan beliau di tempat orang yang berjaya. Amiin.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

harapan dan doa dari orang islam. semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya. bukan mudah untuk memimpin dan dihormati.

[Jawab Balas]

30.12.09 at 22:45
Posted by ishak

innalilah….semoga roh nya ditempatkan ditempatkan bersama orang-orang soleh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, itulah harapan setiap orang mukmin.

[Jawab Balas]

30.12.09 at 23:50
Posted by menj

Innalillah…walaupun beliau tidak mempunyai karisma kepimpinan, tetapi beliau tetap dihormati sebagai pemikir Islam.

- MENJ

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju tidak berkarisma tetapi cukup dihormati. mudah-mudahan perjuangannya dirahmati.

[Jawab Balas]

31.12.09 at 15:59
Posted by mesticun

Surat khabar Metro pun ada keluar tadi.janganlah kita risau.hilang tumbuh patah gigi berganti.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tidak risau cuma menghargai apa yang telah dilakukan. ia juga sebagai penghormatan apa yang telah dilakukan.

[Jawab Balas]

05.01.10 at 14:08
Posted by Gus Dur meninggal dunia oleh MENJ

[...] terbaca berita dari Megat bahawa bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah meninggal dunia beberapa jam [...]








CommentLuv Enabled