Ibu, Sayangku, Engkaulah Ratu Hatiku!
Terlalu banyak perkataan yang timbul dari kepala semata ingin menulis mengenai hari ibu. Mungkin sambutan hari ibu ini bukan berasal dari kelompok orang kita, islam tetapi ia sekian lama disambut. Tak apalah yang tdak baik jangan diikut, ambil contoh yang baik sahaja. Yang penting niat kita kan?
Habis kamu ingat kamu je ada ibu? Aku pun ada juga. Walau pun mungkin aku tidak menjadikan kebiasaan aku menulis berkenaan ibu, aku tetap meletakkan ibu ditempat paling atas dalam hati aku. Ingatlah, syurga di bawah tapak kaki ibu.
Teringat zaman kenakalan aku, ibu adalah segala-galanya bagi aku. Ibulah penyelamat aku ketika diikat dan ditabur kerengga dipokok oleh si ayah. Aku masih ingat, ibu menangis teresak melihat keadaan aku yang menahan kesakitan, sudah lah ditabur kerengga, dirotan pula. Aku masih ingat lagi ibu, tatkala itu kau mengusap kepalaku, kau menyapu ubat di tubuhku, kau membalut lukaku supaya cepat sembuh dan yang paling aku tidak akan lupa sampai mati ialah kau membaluti tubuhku mengubati luka hatiku di dalam pelukanmu. Oh ibu!
Aku masih lagi ibu, setiap kali aku terlambat balik dari mengaji, aku dihukum tidak boleh masuk rumah dan tidur diluar rumah. Akibat ketakutan dan kesejukan, aku tidur dibawah rumah. Ketika itu kita di perumahan staff gugusan tanah rancangan felda. Ibu selamatkan aku dari ketakutan berada di dalam kegelapan, mengangkatku ketempat yang lebih selesa.
Untuk sampaikan antara kenangan aku tidak mampu lupakan ini, sudah berjurai-jurai air mataku ibu. Tidak terniat di hati ini untuk menyingkap kenangan yang mungkin buatkan ibu turut sama terkenang dan menangisi tetapi tujuanku hanya ingin ibu tahu, aku tidak pernah melupakan ibu.
Itu sahaja sudah cukup buatkan air mata ini berjurai, ibu. Sudah pasti aku sangat faham apabila aku berada di rahimmu sehingga ibu sanggup menunggu 9 bulan 10 hari untuk aku mengejengah dunia yang penuh pancaroba ini. Di tambah lagi ibu membesarkanku, memberi didikan yang sempurna sama ada di dalam bidang sekunder mahu pun agama.
Ucapan terima kasih sememangnya tidak mampu membalas apa yang telah ibu lakukan kepadaku. Sayang ibu, kasih ibu hingga kesyurga. Terima kasih sangat-sangat ibu, aku sangat-sangat menghargainya. Semoga ALLAH melindungi ibu dan tambah rezeki ibu.
##########
Dikesempatan ini juga aku ucapkan selamat hari ibu kepada isteriku yang melahirkan zuriat untukku, menjaga dan turut sama membantu mendidik zuriat hingga mereka besar. Terima kasih juga sayangku kerana sudi bertungkus lumus menjadikan hidup ini bahagia walaupun banyak cabaran hidup datang melanda.
Bukan niat aku untuk membawa kamu dalam cerita duka aku, sayang. Tapi percayalah, ini semua adalah dugaan ALLAH. Aku mungkin tidak memandang kepada perkara lain selain dari kecekalan dan ketabahanmu untuk sama-sama berjuang dalam hidup kita bersama, syukur.
Untukmu, sayang. Semoga ALLAH melindungi hidupmu dan dilimpahi selimpah limpahnya rezeki ke atasmu. Mudah-mudahan kita bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat. Terima kasih sayang!

25 Komen untuk “Ibu, Sayangku, Engkaulah Ratu Hatiku!”