Assalamualaikum dan selamat datang ke blog tukang kebun, MEGAT.

Jodoh Yang Baik, Siapa Yang Tidak Suka?

Berdasarkan kepada pencarian pengguna internet di enjin carian, katakunci (keyword) berkenaan topik tersebut singgah ke blog ini hampir setiap hari. Sebelum ini aku ada berkongsi tentang apakah cari jodoh perlu ada aturannya, kali aku cuba berkongsi tentang mencari jodoh yang baik.

Jodoh yang baik, penentu kebahagiaan

Jodoh yang baik, penentu kebahagiaan

Mencari jodoh yang baik, siapa yang tidak suka kan? Malah setiap orang mengidamkan jodoh yang baik. Ada yang inginkan calon suami atau calon isteri yang soleh dan solehah. Ada juga yang inginkan pasangan yang alim dan iman yang tinggi. Ada juga yang inginkan pasangan yang kacak, cun dan punyai personaliti yang baik dan popular juga.

Namun apakah pilihan kita merupakan jalan terbaik untuk kecapi kebahagiaan?

Dalam bab ini jangan pula kita jadi seperti yang berlaku dalam dunia artis negara, kununnya pada mulanya pasangan tersebut adalah yang terbaik dan memenuhi setiap apa yang diinginkan tetapi baru beberapa bulan atau beberapa tahun, semuanya tinggal kenangan. Sebab apa semua itu berlaku?

Sudah tentu banyak persoalan yang timbul apabila katakunci ‘jodoh yang baik’ menjadi pencarian pembaca bukan? (pergh macam pakar psikologi pula ha3). Jom kita bincang persoalan yang mungkin timbul terhadap pencari jodoh yang baik (he3).

Bahagia hingga akhir hayat

Insya allah selagi kriteria yang dipilih bertepatan dengan senarai jodoh baik. Sudah pasti setiap pasangan ingin bahagia hingga akhir hayat. Siapa mahu kahwin banyak kali beb? Kalau boleh apa yang dicari dan dimikili mahu berterusan. Tiada lain melainkan satu (kah3).

Tapi kita kena terima hakikat bahawa setiap dari kita telah ditimbang secara adil setiap buruk baik. Memanglah ingin jodoh yang baik tetapi kalau kamu fikir kamu tidak sebaik disangka, layak ke untuk terima jodoh yang baik? Adil dan saksama, itu juga menjadi pegangan dalam islam.

Kamu tentu tahu kan firman Allah yang berbunyi,

Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula).

Jadi kamu rasa diri kamu disebelah mana? Sebenarnya tiada ukuran tepat dalam hal ini kerana setiap orang berbeza-beza perangai dan keimanannya. Tetapi Allah telah tetapkan mengikut 2 bahagian tersebut, baik dan jahat. Fikirkanlah!

Populariti Dan Harta

Dalam isu ini pula, kedua-duanya punyai peranan yang sama iaitu kedudukan dan kekayaan. Terpulanglah, nak tolak 100% tak boleh juga sebab ia antara pilihan calon pasangan yang disarankan islam. Tetapi biarlah mengikut acuan kamu sendiri tidak berlebih-lebih dan melalaikan.

Perlu ingat, populariti dan harta itu bersifat sementara jika ianya tidak melalui landasan yang betul dan tidak bersyukur. Jika ingin gunakan hasil jodoh yang baik dari segi kedudukan dan kekayaan, lakukan perkara yang elok seperti membantu mereka yang susah dan memerlukan.

Kalau hanya ingin menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah, aku rasa baik kamu lupakan kerana ia tidak bersifat berpanjangan. Mungkin tidak berlaku kepada kamu sendiri, mungkin bakal terjadi kepada keturunan pada akan datang. Subhanallah!

Iman, kerana Allah ta’ala

Insya allah, aku rasa ramai yang masih sedar akan petunjuk kebahagiaan dalam rumahtangga yang telah digariskan dalam agam kita iaitu islam. Dilihat dari sini sudah pastilah kita tahu pengalaman sejarah islam dan psikologi kejadiaan manusia itu sendiri mainkan peranan.

Islam belajar dari pengalaman juga, dimana dari kehidupan yang terdahulu sebelum kita dan kita perlu sedar bahawa islam juga mainkan peranan penting dalam kejadian asas manusia. Sudah pasti islam mengenali kita sebagai manusia lebih dekat yang terperinci.

Aku rasa dari sini ramai yang menitikberatkan isu tersebut sebab memandang tinggi apa yang digariskan. Ia juga menguji sejauh keimanan kita. Bagi aku mereka yang memilih mencari jodoh dengan berpegang pada cara ini lebih diberkati dan sudah pasti dilakukan kerana Allah.

**********

Tidak salah inginkan jodoh yang terbaik untuk diri kamu atas kepentingan keturunan dan tidak ingin dipandang keji. Lakukanlah demi agama kamu, mudah-mudahan yang keji boleh membentuk diri supaya lebih beriman dan mensyukuri nikmat yang Allah beri. Paling penting bersyukur apa yang telah diberi dan sentiasalah ingin berubah menjadi lebih baik.

Bagaimana pula pandangan kamu?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 2 January '10 oleh Megat, dalam kategori Islam.
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , .

61 Komen untuk “Jodoh Yang Baik, Siapa Yang Tidak Suka?”

02.01.10 at 16:06
Posted by ariffshah

RT @megat: sudah update blog Jodoh Yang Baik, Siapa Yang Tidak Suka? http://bit.ly/4Rn91L komen?

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:09
Posted by ariff

Bagus topik nih tapi belum sampai masa lagi kot aku cari jodoh. Kerja pun belum tentu lagi.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah boleh survey dah kalau nak (he3). kalau belum terfikir tak apa. masih banyak masa untuk fikir seadanya.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:18
Posted by zwairy

wali- cari jodoh;)

dpt samsung corby;)

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:24
Posted by zihnun fatin

bagus sgt entri ni..sy nye jodoh abah kot carikan..hehe..cari sendiri pn x berkenan,so sy dh x kisah skrg..dan sy yakin Allah dah sediakan jodoh yg terbaik buat sesiapa pn..=)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sebagai panduan saje. masih banyak yang perlu dikupas sebenarnya. apa yang digambarkan adalah yang terbaik.

insya allah jodoh telah ditetapkan untuk setiap orang. Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:26
Posted by missiesya

topki yg bgus gak..tp kebnyakn org karang xpikir gat sal ni..org zaman karang..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ramai yang fikir yang sama. lain orang lain caranya, itu yang perlu kita fikir. namun guide line seperti ini perlu diperluaskan.

rasanya ada orang yang nasibnya tidak seperti kita. mungkin boleh dijadikan panduan ;)

terima kasih singgah.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:37
Posted by zihnun fatin

alah..terlebih komen la plak..td igt xdpt..hehehe

[Jawab Balas]

02.01.10 at 16:45
Posted by farhana

Huhuhu.. Mahu mencari jodoh juger laa.. Prepare diri mnjadi yg terbaik supaya dapat yg baik-baik juge.. Heehee.. ;)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bermuhasabahlah, insya allah semua akan menjadi seperti yang dirancang. firman Allah yang ditulis di atas ditujukan kepada mereka untuk tujuan peringatan.

mudah-mudahan apa yang kita rancang untu kebaikan, dibalas dengan kebaikan juga. itu janji Allah.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 17:25
Posted by Mr.Bintang

bertemu jodoh di blog.. hehehe.. :P

bercinta memang indah, tapi bila tiba masanya untuk memikul tanggungjawab.. aku jadi takut.. mampukah aku menyara pasangan aku bila dah kahwin kelak? kehidupan sekarang pun belum cukup meyakinkan.. :(

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bertemu jodoh dan sedikit demi sedikit belajar mengenainya juga adalah perjuangan.

cuba fikir dengan hanya ingin menulis blog, kemudian berusaha untuk maju. apakah ia semudah 1 2 3? perlu belajar dan punyai kreativiti juga kan?

bagi aku tiada alasan jika mahu yang terbaik. sebaliknya orang kita terlalu banyak beralasan (hu3)

[Jawab Balas]

02.01.10 at 17:29
Posted by x-po

aku impikan pasangan yang kurang merajuk dan tak halang aku nak tengok bola atau main bola..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau dah namanya perempuan, sudah tentu dekat dengan emosi walaupun sekeras mana sekali pun.

tapi masih ada seperti yang diimpikan. impian dan kenyataan selalu mencipta jurang.

orang umah aku lebih kurang yang kau impikan sebab sama denga apa yang aku impikan (he3)

[Jawab Balas]

02.01.10 at 18:43
Posted by wany

nice blog =)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

thanks! senang-senang ronda lah kat blog ni (he3)

terima kasih kerana sudi bertandang ;)

[Jawab Balas]

02.01.10 at 20:04
Posted by paeh

kekasihku dah bising2 suruh aku cari kerja. dia kat xmo cinta lelame. nak kawin cepat. wuwuwuwuuuu… kerja susah nak cari skrg ni kan bro.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kot ya pun jangan sampai mendesak, nanti lain pula jadinya. setiap perkara ada hikmahnya & kita perlu percaya pada qada & qadar-NYA.

memang susah nak cari kerja sekarang ni, sebab itulah kena fikir cabang lain (hu3).

[Jawab Balas]

02.01.10 at 20:15
Posted by farahaznil

kalau tanya farah….farah pilih yg kaya…muahahahahahaha..tp kaya dgn iman,harta,paras rupa,dan budi bahasa…br lengkap meh..tp………..kebanyakan laki ckp ke syarat2 ni??

p/s-bdk prmpn uia skrng mmg rmi gila nak kawin..farahaznil pun pelik…tak sbr dorang ni..serius..mmg rmi gila tgh kempunan cr laki!hohhhhh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

apa yang disenaraikan adalah saranan islam juga. tak salah pun tetapi biarlah mengikut keutamaan iaitu niat kerana Allah.

tiada yang sempurna kalau nak ikut senarai yang lengkap. apa yang ditulis adalah antaranya.

ps – baguslah kalau dah mampu, elak dari terjerumus dalam maksiat!

[Jawab Balas]

02.01.10 at 22:08
Posted by Taufik SM

kahwin? hmmmm bujang lagi best…lagipun aku x minat bercouple ni.cam ne nk kahwin…huhu

[Jawab Balas]

qismina beri maklum balas:

kalu tak mint nk couple, tak yah ler bercouple.. kawin jer terus… maksiat dpt dielakkan.. huhu.. kuno ker pmikirn sy nih??

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak bercouple pun ok, sekurang-kurangnya menjauhkan diri jauh maksiat dan perkara-perkara yang tak baik.

nak kawen terus pun kena tengok latar belakang nya juga supaya tidak mengeruhkan suasana di kemudian hari, almaklumlah zaman sekarang ni (he3)

selamat datang ke blog ini ;)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itu kata-kata dari seseorang yang belum merasai nikmat berumahtangga. insya allah setiap orang telah tertulis pasangan masing-masing.

macam mana dan bila, wallahu aklam.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 22:21
Posted by mohdisa

setiap insan mengimpikan jodoh yang baik. macam dalam cerita syurga cinta. ada 3 jodoh yang dimaksudkan. tak boleh lupa ayat atok tu. aku juga mengimpikan jodoh terbaik buat diriku. tp harus diingatkan, bersyukurlah apa yang ada. mungkin itu lebih baik.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

impian sahaja tanpa berusaha pun tak boleh juga. bukankah nasib kita, kita yang tentukan sendiri? doa dan petunjuklah yang membantu.

ya bersyukur apa sahaja yang diterima, mungkin ada hikmahnya.

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu bro, setiap keinginan perlu ada dengan usaha yang berterusan. tp jodoh tidak boleh dipaksa. :(

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang tidak boleh dipaksa tapi untuk yang terbaik perlulah berusaha ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

insyaAllah, aku akan usahakan untuk mendapat yg terbaik. tp harus diingatkan, apa yg ada jdkanlah ia yg terbaik.
Terkini dari mohdisa di blog nya – Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

02.01.10 at 22:36
Posted by Kreuger

Jodoh? alhamdulillah, ianya pelengkap kepada kekurangan. saling melengkap dan saling bertolak ansur. itu lagi elok. mane nak carik pasangan sesempurna Zulaikha. Jauh sekali bersuamikan sesempurna imannya seperti Nabi. Namun untuk menuju kesempurnaan itu yang patut kita beri perhatian.

kalau di impikan selepas berkahwin kamu bahagia… kompom lah salah. banyak dugaan yang menitikberatkan kepada sikap tolak ansur. apa yang dapat aku rumuskan bila berkahwin, syaitan memang menangis. tapi harus di ingat mereka (syaitan) berazam untuk memisahkan kamu. orang selalu cakap bila dah kawin syaitan nanges jer. tapi depa kurang bagi perhatian perancangan syaitan untuk memisahkan pasangan yang dah berkahwin.

pertelingkahan kecik yang membawa perang besar ekorang dari hasutan syaitan. mungkin kamu juga yang telah berumah tangga kadang kala terdetik rasa curiga terhadap pasangan. awas ye.. ini adalah bisikan syaitan. moga kita semua dipelihara Allah. amin.

Bisikan syaitan ini amatlah halus untuk memecah belahkan pasangan suami isteri. sama juga. bila disebut bisikan syaitan… apa yang kita gambarkan adalah perasaan cemburu ataupon perasaan curiga. oh kawan.. ianya lebih daripada itu… mungkin anggapan berikut timbul:

Kamu: “kenapalah bini aku malas sangat hari ni?”
Syaitan: “nko tak tau ke? sehari tidok jer kat rumah. apa kerja pon tak buat.”

Kamu: “mungkin bini aku penat kot jaga anak”
Syaitan: “Alah jaga anak jer.. bukannye jaga taska. dah la kain baju pon tak basuh.. penat apa?”

Kamu: “barangkali anak-anak aku nakal agaknye”
Syaitan: “mane ade.. nko tengok.. tiap kali nko balik kerja.. anak-anak nko mesti tidor jer kan??”

banyak lagi la kalau nak diikutkan kira. sekiranya beberapa ayat tersebut terlintas dalam fikiran anda, cuba bebawak istigfar. jangan terlampau terpengaruh dengan siaran television yang anda tengok setiap malam. memang aku akui ada kebenaran rancangan yang dipaparkan. tapi orang kita ni kadangkala mempunyai minda “pekung” yang gak kuat.

seperti juga kamu, aku pon kadangkala diuji dengan bisikan-bisikan seperti contoh di atas (tapi aku blom ade anak lagi) memang boleh menimbulkan marah. masalahnya adalah berpunca dari kamu. cuba tengok kembali, adakah kamu menjalankan tanggungjawab yang sempurna pada hari ni? Isteri kamu penat, adakah kamu bantu dia mengemas? memasak? ada kamu tanye dia, dia ada masalah tak hari ni?

erm.. nampaknya kupasan aku berkisar kepada tahap rasa percaya dan mencari kesempurnaan. tapi dengan tegas aku katakan, kalau kamu dah beristhikharah dan menemui jalan pilihan yang dia adalah pasangan kamu. maka terimalah dia dengan redho dan harus di ingat.. kita saling melengkapi.

kepada yang masih tercari-cari jodoh, pesanan aku adalah bukan tangkap muat. tapi kene berusaha. aku mulakan perkahwinan tanpa rasa cinta, tapi dipegang dengan rasa percaya dan amanah. hanya beberapa bulan sebelum di ijab kabul baru terdetik rasa cinta yang teramat sangat. (orang kata tak tahan.. hehehe) tapi sebenarnya.. naluri untuk bersedia memikul tanggung jawab telah lahir dan berkobar-kobar. mungkin juga sebab itu pernikahan di awalkan sebulan dari tarikh sepatutnya.

meletakkan kepercayaan – herm… citer pasal meletakkan kepercayaan kepada pasangan. ok di sini kita kosentret pada yang baru nak berkenalan atau bercinta. aku sebenarnya tak sarankan kamu bercinta sebelum berkahwin ye. kerana nanti takut nikmat cinta itu pudar.

berbalik kepada kepercayaan, ada sesetengah orang tidak menggalakkan meletakkan kepercayaan 100% pada pasangan. bagi aku… (pendapat aku ye..) ini adalah cara yang salah. kalau kamu dah sayang dia.. mengapa tidak memberi kepercayaan 100% dulu. dalam masa yang sama.. kamu kene buat beberapa ujian kepercayaan… daripada 100% bergantung kepada keputusan ujian sama ada ia akan kekal 100% dalam tempoh yang kamu tetapkan ataupon semakin berkurangan.

silap kita ketika berkawan atau bercinta adalah meletakkan daripada sifar (0%) dan mengejar kepada 100%. perkara yang sebegini lah yang sering membuatkan kamu kecewa tiap kali berkawan atau bercinta. aku tidak suruh kamu gadaikan maruah kepada yang tersayang akibat dari 100% kepercayaan tadi. sila paham dengan betoi betoi apa yang aku cakap ni.

tak kira berkawan dengan sesiapa pon, aku memang memberi 100% kepercayaan kepada orang yang baru aku kenal. memang agak bahaya, tapi memanglah bodoh kalau kamu serahkan dompet yang penuh berisi wang ringgit kepada orang yang kamu baru sahaja kenal tadi.

ujian kepercayaan – mesti ramai yang nak tahu macam mane ujian kepercayaan boleh dilakukan terhadap pasangan, sama ada lelaki ataupon perempuan. ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah tips untuk menduga si dia ini setia ataupon tidak? “..ye ye… tolong lah En. Azman.. kami nak tau jawapannya.. boleh kongsi bersama tak?”

boleh… apa salahnye.. tapi kita tunggu en. megat menggunakan keywords tersebut sebagai topic perbincangan yang lain ye. semoga ketemu di masa akan datang. semoga anda bertemu dengan pasangan yang di idamkan. ingat… jangan mencarik kesempurnaan, tapi cariklah jalan menuju kesempurnaan.

Azman Ishak®

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu dia detail lagi (ha3). terima kasih berkongsi pengalaman dan idea man.

[Jawab Balas]

Akuro San beri maklum balas:

wah, sangat detail~ terima kasih dengan peringatan yang diberi~
Terkini dari Akuro San di blog nya – Mitos Gerhana Bulan 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

02.01.10 at 23:00
Posted by Luth Textile

Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula).

Aku kekadang terfikir juga bro firman Allah tu.. Kita boleh tengok diri sendiri kalau nak sembang pasal kahwin atau apa sekalipun. Bab kahwin, kalau demand tinggi tinggi sangat, atau memilih sangat susah la jugak.. Ukur baju dibadan sendiri. Kita cukup baik atau tidak dengan seseorang yang kita kehendaki. Tapi, tak semestinya kita nak kena fikir diri sendiri dan juga dia, kena fikir sama ahli keluarga dia jugak..

Mak aku pon ada cakap juga pasal jodoh ni.. Kita bukan nak kahwin dengan orang yang kita suka tu saja, kahwin kena kahwin dengan semua dalam ertikata kena baik dengan mak pak dia, adik beradik dia dan kaum kerabat.

Susah la nak fikir pasal kawen, nak cari awek solo pon susah..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

maknanya ko faham la serba sedikit apa yang perlu dalam hidup kongsi ko akan datang. semua tu tersenarai di belakang sijil nikah, 13 tanggungjawab sebagai suami/isteri, termasuklah hubungan dengan mertua.

mungkin akan dikupas pada masa akan datang.

aku rasa tidak adillah jika nak kupas semua sekali dalam satu entri, cara aku akan kupas setelah menerima feedback bagus atau tidak ;)

kenapa perlu takut? kalau nak mula pun takut macam mana nak hadapi keseluruhan hidup berkongsi pada akan datang kan?

[Jawab Balas]

02.01.10 at 23:19
Posted by mijie

percaya pada jodoh suda ditentukan Illahi, sekiranya kita dah jumpa dan berkahwin dgn isteri kita, maka terima lah jodoh kita seadanya dan sayanginya.

kalau nak cari yang terbaik, kita takkan jumpa kerana terbaik akan wujub apabila kita bersama

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! baik atau tidak bergantung kepada bagaimana kita melayarkan bahtera perkahwinan kita.

jadi berusahalah kita bukan sekadar membajai tetapi menjaga, melindungi dan membelai.

[Jawab Balas]

03.01.10 at 00:26
Posted by farahaznil

insyaAllah setiap manusia akan dipertemukan tulang rusuk masing2…jgn dah jmpa…buat dek aje sudah lah..huhu..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan buat dek je tapi perlu berusaha untuk yang terbaik. nasib kita, kita ubah.

[Jawab Balas]

03.01.10 at 10:31
Posted by k-rol

assalamualaikum..megat sihat??cerita pasal jodoh…jodoh saya tak sampai lagi,,mungkin 7tahun akan datang….sya nak tanya pendapat megat,,perlukah kita ambil tahu pasal jodoh dalan usia yang muda???saya rasa tak perlu kerana belajar lebih penting lagi buat masa muda ni…megat rasa macammana??
k-rol – undefined (Enjoy 10 returned posts for Christmas) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikumsalam k-rol, bergantung kepada keperluan dan kemampuan juga. jangan fikir perkahwinan atau jodoh satu perkara yang menyusahkan.

tujuannya jelas, dari menghadapi perkara mungkar dan maksiat. setiap perkara yang telah disarankan oleh agama kita ada sebab dan musababnya.

[Jawab Balas]

03.01.10 at 12:23
Posted by Eriyza

Nak suruh encek Megatlah carikan jodoh tuk sy.
Sy bkn jenis suka berkapel malah sy sgt tidak
selesa dgn senario kuar dgn bkn muhrim. Justeru,
sy lebeh suka kawen tanpa bechenta telebih dahulu
tp taklah pula sampai tidak mengenali lgsg psgan
tesebut. Cukuplah skadar mengambil tahu serba sedikit
ttg hal ehwal dirinya.
Eriyza – blog Hari Jadi Di Januari My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aduhai anak siapa la ni eh? alhamdulillah masih ada lagi orang seperti eriyza di zaman moden ni. boleh jadi bini no 2 (kah3).

saya tak berani nak carikan untuk orang lain. untuk diri sendiri boleh lah (ha3).

bukan apa, nak carikan untuk orang takut tak sesuai dan boleh jadi sebab tidak baik kemudian hari. walaupun saya sendiri pernah ada pengalaman carikan jodoh hingga pergi merisik untuk orang lain.

insya allah, jodoh ada. cuma teruskan berdoa dan berusaha. percaya pada kemampuan sendiri dahulu ;)

[Jawab Balas]

03.01.10 at 14:54
Posted by jawatan kosong 2010

Bagus sekali jika bisa dapat jodoh yang baik. Memang harus terus berdoa dan berusaha..
Terkini dari jawatan kosong 2010 di blog nya – Nautica & TagHeuer Retail Executive Vacancy 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! teruskan berdoa dan berusaha. insya allah Allah akan bantu umat yang tak berputus asa kerana DIA menyukai umatnya yang sedemikian.

[Jawab Balas]

04.01.10 at 02:02
Posted by KNizam

byk betul halangan dalam nak mendirikan masjid neh kan. hehe :)
Terkini dari KNizam di blog nya – Maggie Malaysia Jugak La Yg Best Kan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

semua raong akan hadapinya zam, bergantung kepada kita handle sesuatu masalah.

entri macam ni pun berupa perkongsian pengalaman dan nasihat (he3)

[Jawab Balas]

04.01.10 at 14:26
Posted by Kujie

macam komen kak jie yang lepas2

jodoh = bertemu dengan orang yang tepat pada masa yang tepat
Terkini dari Kujie di blog nya – Blogger Wordpress Sombong? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

maksud kak jie, jodoh tak perlu dicari?

[Jawab Balas]

samanosuke_04 beri maklum balas:

hehe, kalo bertemu jodoh, orang cakap cam ader cetusan dalam diri tue.. macam reaction kimia, semuanye otomatik, takyah seksa diri cari.. haha, sentiasa tampil smart dan kemas, baik dan sopan… gerenti ader yang sangkut..
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Ujikaji: Pabila Blog tak Diminati… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cun! tip yang membina. terima kasih ;)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 19:00
Posted by hazman aka species1980

Seronok baca komentar dari bro azman…..
Terkini dari hazman aka species1980 di blog nya – Jom Cuba NASI AYAM PENYET My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan seronok baca komentar azman tu kat je. malah bro azman adalah penyumbang entri juga di blog ini. bacalah entri beliau disini juga ;)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 21:16
Posted by zool

AMIN.. harap aku jumpa jodoh yang diidamkan.. asik gagal je
Terkini dari zool di blog nya – Mangga Melaka Delight My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

gagal yang kau alami mungkin menandakan jodoh yang tak sesuai atau sepadan dengan kebaikan kau.

insya allah aku dan pembaca disini mendoakan semoga kau dapat jodoh yang baik ;)

[Jawab Balas]

10.01.10 at 22:21
Posted by arieza

mau jodoh yg baik juga. insyaAllah :)
Terkini dari arieza di blog nya – ::: >>> The Worst Scenario My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

14.01.10 at 18:20
Posted by sya

Saya nk tanye la ape pandangan saudara la..
sbb sy ni agak memilih sikit…mgkn sbb tu sy ni tak jumpe jodoh lg.. wpun dh umur 27 thn..
sbb skg ni ssh nk jumpe yg berkenan, yg sy suka,serasi dan beragama..
kalo salah satu ciri tu takde.. sy mcm kwn jela.. tp utk jd lebih serius mcm tak..
ade gak mcm baik,happy go lucky orgnye tp bile tgk ilmu agama dia mcm kureng cket.. sy dh mula berbelah bagi..
tp kalo yg alim sgt sy tak boleh..sbb sy ni bukan ler jenis mcm ustazah tu.. kkdg poyo, gila2 gak..

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

biar saya jawab ya. sama seperti jawapan sebelumnya. solat istikharoh dulu. tadek siapa dalam dunia ni lengkap dan sempurna. even diri kita sendiri pon ade cacat celanya. mungkin tidak pada zahir dan pandangan mata.. sapa tahu di dalam hati… yang tersembunyi dalam pakaian.. kudis dan sopak? tak siapa yang nampak. saya tidak la berkata saudari/saudara/cik/tuan/puan ini ade kudis atau sopak.. tapi kita cuba hitung diri kita dulu.. adakah kita ni dah cukup sempurna untuk memiliki pasangan yang sesempurna idaman kita?

kalau jawapannya tidak.. maka lebih afdal kita lengkap melengkapi. itu adalh salah satu tujuan utama perkahwinan. untuk melengkapkan yang mana ada kekurangan pada pasangan. dan pasangan tersebut adalah tampungan kekurangan kepada pasangannya.

mungkin kita warak (contoh) dia pulak kurang.. tapi tak semestinya kita terus membiarkan dia hanyut. kalau terdetik dalam hati bahawa aku rasa macam sayang pada dia, mengapa tidak kita bimbing dia ke jalan yang benar?

saya juga bukan lah seorang alim ulama. juga seorang yang turun naik rajinnya. meskipon macam tuh, kita disuruh berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita dan pasangan kita.. bukan kita duduk diam dan mengharap satu magik akan berlaku lantas mengubah mereka seperti berada di alam fantasi.

[Jawab Balas]

sya beri maklum balas:

sy pun tak sempurna mana… cume sebab sblm ni sy penah gak la nk bimbing org.. tp sy sendiri tak kuat…so sy terhanyut skali..bukan mudah nk mengubah org jika dia sendiri tak berubah. sbb tu kali ni sy nk cari someone yg boleh pimpin sy…even dia tu bese je, tp dia mengamalkan agama..tak semestinye kene jadi ustaz..
kkdg org tu takde ciri2 sy nak tp sy leh suke..
ade gak yg ade ciri2 yg sy nak tp bukan taste sy lak.. huhu

[Jawab Balas]

25.02.10 at 11:02
Posted by Kesuma

Bulan-bulan yang baik untuk mendirikan rumah tangga. Ada info tak???

[Jawab Balas]

12.03.10 at 10:41
Posted by whitemice85

yes,same ngn sya..bkn inginkn yg terbaik,cukuplah skadar yg boleh membimbing diri..
skrg tgh bkawan dgn seseorang,tetapi terlampau byk kelemahan dia yg sy nmpak..tp dia terlampau sbr & sygkn sy..sy pernah tdgr org kata terimalah sesorg yg menyayangi kita..sy jd confius..kdg2 rasa suka,kdg2 rasa tak suka..sy da wat solat istikharoh..tp masih sama,still rasa confius..mybe dia bkn jodoh sy?tetapi stiap kali sy cuba tgalkn dia,ada saja perkara yg berlaku dlm hidup sy..cthya,kematian abah baru2 ini..dia juga yg byk bg smangat pd sy..
pernah dlu kwn sy citakan sume kelemahan dia yg sy xsuka..dia kata dia tahu dia byk sgt kelemahan n dia harap sy dpt bimbing dia..tp masalhnya,sy sndiri perlukn bimbingan..sy sndiri byk kelemahan..sy sgt sedeh…sy sdg blaja utk menyukai dia..dlm masa yg sama,teruskn istikharoh stiap mlm spaya diberi petunjuk dr Allah..tp stiap hari ada saja benda2 menyakitkn hati yg berlaku..sy ade tebaca entry,bisikan syaitan tu..sy msih kurg fhm..kalo kita da jumpa jodoh kita n kita masih cnfius,mungkinkh itudisebabkn bisikan syaitan?

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled