Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Kad Debit Visa Maybank, Memudahkan Urusan Paypal

Dulu masa baru kenal paypal, ada cuba daftar dan ingin tahu penggunaannya. Ketika itu agak leceh untuk menjalankan transaksi melaluinya memandangkan perlu untuk pengesahan (verified) sama ada melalui kad kredit atau pun daftar sebagai rakyat Amerika. Apatah lagi kalau nak keluarkan duit!

Macam-macam cara mereka yang terdahulu lakukan. Ada yang jual sesama sendiri jual Dolar Amerika (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM) dan banyak cara lagi. Apatah lagi ketika itu pendaftar dari Malaysia di senaraihitam atas sebab penipuan!

Tapi kini, semuanya kembali pulih dan syukur semuanya mudah setelah paypal mengintegrasikan aplikasinya dengan bank-bank tempatan di Malaysia. Antara yang beri laluan mudah untuk kita ialah penggunaan kad debit Maybank yang mana kamu terus boleh mengesahkan (verified) pendaftaran dan mengeluarkan duit (withdrawal) dari paypal.

Transaksi tersebut secara automatik menukar nilai mata wang dari USD ke ringgit. Mudah bukan?

Kelmarin aku menukar kad lama Maybank kepada Kad Debit Visa Maybank setelah mendapat tahu melaluinya boleh mengesahakan dan mengeluarkan duit melalui paypal. Itu pun setelah aku mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh saudara Rohaizad di blognya, “withdraw paypal menggunakan maybank visa debit kad“.

Langkah tersebut di lakukan dalam web maybank dan kemudian ikuti langkah seterusnya untuk pautkan transaksi tersebut dengan paypal, “langkah mengeluarkan duit dari paypal mengunakan maybank visa debit kad“.

Alhamdulillah hanya dengan cubaan pertama, urusan pengesahan (verified) tersebut berjaya!

Kad Debit Visa Maybank & Paypal

Pengesahan Paypal melalui Kad Debit Visa Maybank telah berjaya!

Terima kasih kepada saudara Rohaizad atas penyediaan langkah-langkah tersebut. Kini urusan transaksi paypal menjadi lebih mudah dan aku sendiri sudah mampu melakukan projek-projek yang bertangguh sekian lama.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 20 February '10 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
783 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , .

32 Komen untuk “Kad Debit Visa Maybank, Memudahkan Urusan Paypal”

20.02.10 at 16:04
Posted by mohdisa

wah, mudahnya. aku pun tak buka paypal lagi. abis semua projek tertangguh. nak kena tukar pakai debit kad ni. baru leh buka akaun paypal. :)
Terkini dari mohdisa di blog nya – Sabar Itu Membawa Tuah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah akan datang kau akan tahu kelebihannya. mana tahu bakal menjadi penulis blog sepenuh masa ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

tak dapat dibayangkan jika aku menulis blog sepenuh masa. takda life terus, duk depan lappy jerk. hehe
Terkini dari mohdisa di blog nya – Sabar Itu Membawa Tuah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

menulis blog sepenuh masa bukan bermaksud takde life langsung. sama je macam kita jalani kehidupan seperti skang ni. kena la pandai manage ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

haha, tu yg menakutkan tu. bukan mudah nak manage masa. terikat dengan byk tgjwb. belum ada anak bini cam bro lg. hehe
Terkini dari mohdisa di blog nya – Sabar Itu Membawa Tuah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

20.02.10 at 16:10
Posted by mohdisa

RT @megat: Kad Debit Visa Maybank, Memudahkan Urusan Paypal http://goo.gl/fb/Y9d3

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

21.02.10 at 00:10
Posted by mohdisa

@megat: Kad Debit Visa Maybank, Memudahkan Urusan Paypal http://goo.gl/fb/Y9d3

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

20.02.10 at 16:11
Posted by Anarm

camne nk tukar kad maybank tu? mcm best je..
Terkini dari Anarm di blog nya – Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pergi maybank dan mintak tukar kad debit visa. lepas selesai transaksi RM12 akan dipotong dari akaun.

pastikan mykad dapat dibaca cipnya ;)

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

ooo.. mcm camtu.. minggu depan nk g buat.. thanks
Terkini dari Anarm di blog nya – Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

cikfen beri maklum balas:

Jika cip mykad ada masalah, kena settlekan masalah cip tu dulu ker? Sebab cip mykad cikfen tidak boleh dibaca dikebanyakan scanner mykad disebabkan cipnya rosak.
Terkini dari cikfen di blog nya – Pelaburan Unit Trust, Menguntungkan??? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya, betul. kena tukar mykad dulu. sebab sebelum saya berurusan di kaunter, saya perasan ada sorang yang buat perkara yang sama tetapi petugas bank berkenaan minta pelanggan tersebut menukar mykad tersebut dahulu.

[Jawab Balas]

20.02.10 at 16:14
Posted by Mr.Bintang

kad debit cap buah ceri tu ke? hehe..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yup yang ada gambar ceri ;)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

hehe.. tp aku dah buat pengesahan gune tune money.. hohoho..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak kisah verified guna apa sekali pun, janji dapat verified dan keluarkan duit tu.

dulu cukup susah (he3).

[Jawab Balas]

Extremist Thinker beri maklum balas:

skang ahbeng da tukar dgn buah limau :)
Terkini dari Extremist Thinker di blog nya – Beriadah Sensasi Di Kelantan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

erk? ye ke? aku baru bikin kelmarin masihbuah ceri!?

[Jawab Balas]

20.02.10 at 18:14
Posted by Incik RestNrilekS

Aha, terima kasih berkongsi dengan kami Megar.

Dulu masa bukak pay pall, memang terpaksa paut dengan kad debit Visa Al-rajhi.

La ni dah buat verifikasi guna Maybank debit Visa kad. Duit pun dah pernah keluarkan dari paypal ke Maybank. Cepat jugak, dalam 2-3 hari dapat. Pindah dari Paypal ke Maybank hari selasa, hari Jumaat dah ada dalam akaun.

Selamat Hari Minggu Megat
Terkini dari Incik RestNrilekS di blog nya – Doodle in FaceBook? Whoaho!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yang mana penting untuk kita, seeloknya berkongsi sama. lagi pun benda dah ada, aku cuma hebahkan je.

al-radjhi aku bikin juga tapi tapi takleh verified hanya boleh keluar duit je. atau aku salah step?

masa tu aku terpaksa bikin nexg ambank untuk verified.

selamat hujung minggu juga ;)

[Jawab Balas]

20.02.10 at 19:25
Posted by zaryl

jadi dah boleh la aku beli theme yg best2 haha
Terkini dari zaryl di blog nya – Kita Mampu Merancang, Allah Jua Yang Menentukan… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

beli theme? beli dengan siapa? (ha3).

ps – ada theme menarik tak untuk semua blog aku?

[Jawab Balas]

20.02.10 at 23:20
Posted by samanosuke_04

eh bro megat? cane account paypal ko bleh verified arh? aku bleh withdraw ngan bayar jer pakai paypal.. tapi xleh verify pun…
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Eurotrip 2.0: Amsterdamned! (part 1) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ko boleh keluar dan bayar pakai paypal tapi tak verified kah?

verified penting jika mahu LIMIT keluaran dari paypal TANPA HAD dan duit dalam paypal terjamin! unverified LIMITED sehingga USD500 kalau tak silap aku.

[Jawab Balas]

Fazreen beri maklum balas:

saya rasa si samanosuke ni mcm kelentong je..Selagi acc paypal tak verified, kita tak boleh withdraw or membeli dgn acc paypal..

walaupun sudah verified, sometimes dorang akan limitkan jga penggunaan acc paypal kita sebab dorang perlu dokumen sampingan untuk mengesahkan maklumat yang kita isi semasa membuka akaun paypal.

Ini pernah terjadi kepada saya semasa awal pembabitan dengan paypal. Saya terpaksa scan segala bil dan sent file tersebut kepada pihak paypal untuk membolahkan pengesahan dibuat.

Selalunya hal macam ni terjadi pada pengguna paypal yang baru..

yang pasal limit withdraw tu mmg betul sehari cuma 500USD saja untuk yang sudah verified. Yg belum verified seperti yang saya gtau awal tadi, tak boleh langsung keluarkan..

[Jawab Balas]

22.02.10 at 21:15
Posted by denaihati

bertambah mudah lah bisnis online kita ni. alhamdulillah paypal aku pun dah lama verified.
Terkini dari denaihati di blog nya – By: Nadri aka Daddy Aiman My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

22.02.10 at 21:36
Posted by samdaddycool

Sekarang, bukan setakat maybank, hampir semua bank kat Malaysia boleh withdraw fund daripada akaun paypal. Ambil masa 5 hari. Syukur paypal dah iktiraf Malaysia.
Terkini dari samdaddycool di blog nya – #@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

22.02.10 at 22:29
Posted by zik

terima kasih abang megat.. nak cuba apply lah… harap boleh le…
Terkini dari zik di blog nya – Selamat hari lahir Zik yang ke ?? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

23.02.10 at 16:06
Posted by nuwa

kenapa terpandang je PayPal,
rasa semangat.. lak.

[Jawab Balas]

03.03.10 at 12:36
Posted by Satelitku

Salam.

Haku baru tahu kad debit visa maybank ada intergrasi dengan paypal. Best! =)

[Jawab Balas]

04.03.10 at 02:23
Posted by atap_aje

dah dapat withdraw dekat 1000 euro ke RM sebelum ni guna maybank debit card ni. memang hebat. ada screenshot kat blog aku tu
Terkini dari atap_aje di blog nya – RapidShare AG sent you an Amazon.com Gift Card! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.05.10 at 05:51
Posted by ERY

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera!
Saya hendak memberi sedikit info.

SmartLink2U adalah kad prabayar MasterCard PERTAMA dengan bank di Malaysia. Kalau dilihat kepada trend @ fesyen…

Trend Penggunaan Kad:-
1. Kad Kredit (kad hutang)
2. Kad Debit (perlu buka akaun)
3. Kad PraBayar (terkini~!!)

SmartLink2U adalah kepunyaan SmartLink International Sdn Bhd. AmBank adalah Rakan Niaga Perbankan. Uptrend adalah Rakan Niaga Networking.

Kad Yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia (malahan dipercayai yang PERTAMA DI DUNIA!) iaitu Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard, yang TIDAK memerlukan syarat gaji minima dan TIDAK perlu membuka akaun dengan bank! (senarai hitam juga boleh!). Ini bermakna, sesiapa sahaja samada warganegara Malaysia atau tidak, yang berumur 12 tahun ke atas layak untuk menggunakan Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard ini!

5 ciri-ciri istimewa didalam satu kad:-
• Kad keahlian
• Kad diskaun
• Kad kesetiaan (Loyalty)
• Prabayar MasterCard
• Menjana pendapatan

9 Kelebihan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard:-
• PERTAMA di Malaysia
• Nikmati 30% rebet tunai peribadi
• PERCUMA RM300 baucer diskaun
• PERCUMA RM10,000 PA insurans
• PERCUMA kos pengaktifan (cepat & pantas)
• Diiktiraf di seluruh dunia
• Kemudahan ‘online shopping’
• Nikmati ganjaran pemegang kad rujukan
• Nikmati ganjaran mata S-Points disetiap Rakan Niaga SmartLink2U (Merchant/Co-Brand)

*Pemindahan duit daripada PayPal juga tiada masalah (ada orang dah buat gunakan kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard~!!)

Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard memang menggunakan Kad NeXG AmBank sebagai asas/platform, tetapi Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard telah mendahului Kad NeXG AmBank. Antaranya:-
1.Maksimum jumlah yang boleh disimpan dalam kad
a.Kad NeXG AmBank – RM10,000.00
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard – RM50,000.00

2.Jumlah pemegang kad
a.Kad NeXG AmBank (mula 2001) – 200,000++ pengguna
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard (mula 2006) – 420,000++

Caj bulanan kepada pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar
MasterCard ialah RM3.00 dikenakan oleh AmBank Group. Kenapa?? Kerana pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard menggunakan sistem AmBank Group. Termasuklah mesin auto-teller (ATM), Cash Deposit Machine (CDM), online banking (penyata penggunaan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard boleh didaftar & dilihat di https://ambank.amonline.com.my/)

Sebenarnya caj 2% itu dikenakan oleh bank terhadap pada peniaga sebagai sewa sistem dan mesin swipe kad. Cas itu akan di ‘waive’ sekiranya transaksi mencapai kuantiti yang besar. Peniaga sepatutnya faham Kad PraBayar bukan kad hutang seperti kad kredit. Peniaga tidak faham fungsi Kad PraBayar sebenarnya, oleh itu kita sebagai pengguna perlu menyampaikan info yang tepat kepada mereka.

Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard juga TIDAK dikenakan caj RM50.00 setahun oleh Kerajaan Malaysia.

Kekuatan SmartLink2U ialah.. SELAGI ORANG BERBELANJA~!! (adakah anda semua akan berhenti berbelanja??)

Untuk mendapatkan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard ini, sila hubungi saya di 016 324 2606 (ERY) atau email saya di zaheri@SmartLink2U.com. Harga untuk pembelian kali pertama ialah RM55.00 dan pembelian seterusnya hanya RM45.00 (caj penghantaran dikenakan)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled