Kawal Stress, Bogel Seluruh Diri, Minda Dan Hati
Melampau betul tajuk catatan ini kan? Tapi tidak selampau apa yang aku sedang tanggung. Boleh putus urat dileher. Boleh mati camtu je, subhanallah. Tapi apa nak buat hidup perlu diteruskan sehingga hujung nyawa. Lepas lihatlah sendiri hidup selepas mati kat mana kan?
Jadi dekatkanlah diri dengan Allah. Kita kan diberi peluang untuk secara terus mendekatinya. Tidak usahlah dok sibuk guna orang tengah. Pegi jumpa bomoh segala. Lepas sembahyang doa je terus seikhlas hati dan fokus terus kepada Allah yang Esa. Perbanyakkan amal dan baca quran.
Insya allah, ketenangan yang diharapkan bakal muncul. Seluruh jiwa dan raga menjadi satu. Seluruh jasad dan roh memohon bantuan dari-NYA.
Bogel? Siapa pula suruh kamu bogel (kah3). Maksud aku, kamu bersihkan diri kamu, minda kamu dan hati kamu sebersih-bersihnya hingga kamu yakin tiada yang tiris. Hah! Baru lah dapat rasa diri ini seperti dibogelkan. Minda dan hati turut bersih juga. Ingat Allah!
Kenapa aku membebel tak tentu pasal ni? Takde apa-apa, cuma mengenang nasib diri yang semakin dihimpit masalah. Semakin hari ada sahaja perkara yang aku tidak suka dengar. Tapi aku kena terimalah, kamu dan aku bukan satu roh, kamu dan aku bukan satu jasad. Jadi apa yang kamu rasa dan aku rasa mungkin berbeza.
Secara tak langsung, kita tahu kenapa Allah tidak mencipta kita untuk membaca minda dan hati orang lain. Namun berdasarkan pengalaman ada sesetengah orang yang sanggup belajar bidang psikologi islam iaitu mantik dan method. Aku pernah belajar dalam didikan agama tinggi dulu. Yang tersurat dan tersirat!
Kebelakangan ini aku sering diganggu fikiran dengan perhitungan yang berlum selesai dan kepura-puraan aku. Perlu masa untuk aku terus berada dalam dunia internet ni. Yalah orang yang kamu kenal, mungkin aku kenal dunia blog ini kan?
Terima kasih kepada pembaca dan rakan-rakan setia blog ini yang tak putus-putus beri kata perangsang dan semangat untuk aku terus berdiri. Tiada apa yang lebih baik dari doa yang merupakan senjata mukmin.
PS
- Sedang uruskan event Back To School untuk program cuti sekolah di Kipmart Kota Tinggi.
- Sedang uruskan promosi Silat Cekak Malaysia Kota Tinggi.

11 Komen untuk “Kawal Stress, Bogel Seluruh Diri, Minda Dan Hati”